Ahad, 24 Ogos 2014

PILIH PASANGAN

Assalamualaikum WBT sahabat yang saya sayangi kerana Allah S.W.T.. Petang ni sejuk, nyaman… Hujan turun membasahi bumi… Syukur rahmat daripada-Nya.. Alhamdulillah..  J Hmm.. Sahabat, entri saya kali ni adalah tentang “pilih pasangan”…

Semua orang berhak untuk memilih pasangan.. Sebab setiap orang ada taste sendiri dalam memilih pasangan.. Tapi, kita ingat satu perkara iaitu:

J Kita kena pilih pasangan bukan untuk kita, tapi untuk zuriat yang bakal kita lahirkan… J

Jangan la pilih pasangan hanya untuk penuhi angan2 dan impian je tau…
#Nak yang badan tegap la
#Nak yang handsome la
#Nak yang kaya la
#Nak yang keturunan raja la

Kalau kita pilih pasangan just dengan criteria macam tu, tak ke mananya rumahtangga yang kita nak bina.. Sebab bila semua tu dah tak de @ hilang @ dimamah usia,  maka hilang jugak la cinta yang kita sandarkan tu… Jadi, apa yang boleh diwariskan untuk zuriat keturunan yang bakal lahir nanti?? L

Hadis Rasulullah SAW untuk mencari pasangan:
“Dinikahi wanita itu kerana empat perkara; kerana harta kekayaannya, kedudukannya, kecantikannya dan kerana agamanya. Hendaklah memilih yang taat beragama, nescaya engkau akan beruntung.”
(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)


Oleh itu, pilihlah pasangan yang kuat dan kukuh pegangan agamanya... In syaa Allah zuriat keturunan yang bakal lahir akan kuat dan kukuh juga pegangan agamanya.. J


Buat ukhti,
Kita bukan sekadar memilih suami untuk kita, tapi juga ayah kepada bakal zuriat kita…

Buat akhi,
Jangan sekadar pilih isteri untuk kalian, tapi juga ibu kepada bakal zuriat kalian...


Pilihlah pasangan yang sentiasa mengajar kita dan zuriat mencintai-Nya dan mampu memimpin tangan kita dan anak2 ke Syuga Ilahi.. Moga bahagia di dunia dan di akhirat.. Aamiin..  J



Hakikatnya, pasangan untuk setiap hambaNya telah ditetapkan oleh Allah SWT di Luth Mahfuz… Jadi tak perlulah kita terlalu memikirkan soal itu.. Istikkharah la untuk mendapat ketenangan bila sampai waktu untuk memilih… Andai memang dia yang Allah pilihkan untuk kita, terima saja seadanya yang telah ditetapkan olehNya..  J

P/S: Yang penting, muhasabah dan perbaiki diri terlebih dahulu.. Solehahkan diri, sebelum mencari yang soleh… J

Tiada ulasan:

Catat Ulasan