Ahad, 24 Ogos 2014

PILIH PASANGAN

Assalamualaikum WBT sahabat yang saya sayangi kerana Allah S.W.T.. Petang ni sejuk, nyaman… Hujan turun membasahi bumi… Syukur rahmat daripada-Nya.. Alhamdulillah..  J Hmm.. Sahabat, entri saya kali ni adalah tentang “pilih pasangan”…

Semua orang berhak untuk memilih pasangan.. Sebab setiap orang ada taste sendiri dalam memilih pasangan.. Tapi, kita ingat satu perkara iaitu:

J Kita kena pilih pasangan bukan untuk kita, tapi untuk zuriat yang bakal kita lahirkan… J

Jangan la pilih pasangan hanya untuk penuhi angan2 dan impian je tau…
#Nak yang badan tegap la
#Nak yang handsome la
#Nak yang kaya la
#Nak yang keturunan raja la

Kalau kita pilih pasangan just dengan criteria macam tu, tak ke mananya rumahtangga yang kita nak bina.. Sebab bila semua tu dah tak de @ hilang @ dimamah usia,  maka hilang jugak la cinta yang kita sandarkan tu… Jadi, apa yang boleh diwariskan untuk zuriat keturunan yang bakal lahir nanti?? L

Hadis Rasulullah SAW untuk mencari pasangan:
“Dinikahi wanita itu kerana empat perkara; kerana harta kekayaannya, kedudukannya, kecantikannya dan kerana agamanya. Hendaklah memilih yang taat beragama, nescaya engkau akan beruntung.”
(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)


Oleh itu, pilihlah pasangan yang kuat dan kukuh pegangan agamanya... In syaa Allah zuriat keturunan yang bakal lahir akan kuat dan kukuh juga pegangan agamanya.. J


Buat ukhti,
Kita bukan sekadar memilih suami untuk kita, tapi juga ayah kepada bakal zuriat kita…

Buat akhi,
Jangan sekadar pilih isteri untuk kalian, tapi juga ibu kepada bakal zuriat kalian...


Pilihlah pasangan yang sentiasa mengajar kita dan zuriat mencintai-Nya dan mampu memimpin tangan kita dan anak2 ke Syuga Ilahi.. Moga bahagia di dunia dan di akhirat.. Aamiin..  J



Hakikatnya, pasangan untuk setiap hambaNya telah ditetapkan oleh Allah SWT di Luth Mahfuz… Jadi tak perlulah kita terlalu memikirkan soal itu.. Istikkharah la untuk mendapat ketenangan bila sampai waktu untuk memilih… Andai memang dia yang Allah pilihkan untuk kita, terima saja seadanya yang telah ditetapkan olehNya..  J

P/S: Yang penting, muhasabah dan perbaiki diri terlebih dahulu.. Solehahkan diri, sebelum mencari yang soleh… J

SIFAT MALU

Assalamualaikum WBT sahabat semua… Hmmm…post entri saya pada hari ini adalah tentang sifat malu..

Kebelakangan ni semakin ramai umat Islam yang macam hilang rasa malu.. Ya, bukan semua.. Tapi bimbang ia akan jadi lebih serius pada masa depan..  Jadi bagaimana agaknya generasi Islam masa depan kalau semua tak dicegah dari awal???

Perkara yang paling ketara dalam isu ni adalah dari segi pergaulan dan pakaian.. Kadang2 orang yang tengok pulak rasa malu, sedang pelakunya buat tak tahu je..  




Pergaulan antara ajnabi macam tak de batas je.. Langsung x lepas dari ikhtilat.. Bertepuk tampar, bergurau senda n macam2 lag la.. Cara berpakaian pun sama.. Allahu.. Islam dah gariskan panduan dalam pergaulan dan berpakaian... Tak susah pun nak ikut semua tu.. Setiap perkara yang Allah suruh dan larang mesti la ada sebabnya..

Bila kita tengok semua tu,kita kena tengok diri kita balik.. Muhasabah diri.. Ya, kita bukannya baik sangat kan.. Tapi kita kena sentiasa berusaha jadi lebih baik.. Tapi bila  kita tengok orang buat salah, jangan sesekali menghina.. Tapi doakan mereka supaya diberi petunjuk.. 



Kita sebagai umat Islam kenalah simpan sifat malu dalam diri.. Sifat malu tu kan sebahagian daripada iman. Orang yang hilang sifat malu adalah orang yang tipis imannya. Sebab malu dan iman berjalan seiringan. Klau salah satu ditinggalkan, kedua2nya akan hilang...


P/S: Malu perlu pada tempatnya.. Simpan malu tu kemas2 dalam diri.. Biar jadi bunga diri.. J

Khamis, 21 Ogos 2014

SOLEHAH ITU BUKAN MUDAH

Assalamualaikum WBT… Hmm..sahabat semua sihat?? J Di harapkan kalian semua sihat2 selau dan sentiasa di dalam rahmat Allah SWT… Aamiin…

Sahabat, menjadi seorang wanita solehah bukan semudah yang dituturkan..

Mungkin orang di sekeliling mudah melabelkan seseorang itu dengan hanya melihat pakaian yang di pakai oleh seseorang muslimah…

Hakikatnya, nilaian solehah itu bukan sekadar penampilan diri, tapi perlu sentiasa menjaga hati dan akhlak yang menjadi bunga diri...

Diri juga perlu lebih tarbiyah dan muhasabah diri dan kenal Pencipta Yang Maha Mengerti...

# Jika wanita solehah itu diri ini, Alhamdulillah… Namun, rasanya diri ini belum layak untuk meraih status itu.. Ya, perlu banyak kenal diri dan kenal Ilahi...

Moga bahagia abadi menanti di Jannah Ilahi... Aamiin.. J

Sahabat,di sini ada doa yang saya selitkan untuk amalkan sama2… Afdhal di saat kita sujud selepas solat… J

Ya Allah,
Jadikanlah aku wanita yang solehah…
Yang baik di antara yang terbaik…
Dan kurniakanlah aku pasangan yang baik,

dalam mendapat sesuatu yang terbaik daripadamu…  Aamiin…

P/S: Nilaian solehah hanya pada pandangan Ilahi…. J

Isnin, 18 Ogos 2014

HAKIKAT DIRI

Assalamulaikum sahabat.. Ni post last untuk pagi ni.. J  Dah lama tulis entri ni, pagi ni baru sempat post… 

Sahabat, kita ni selalu je takut berdepan dengan realiti atau hakikat hidup kan.. Kita takut dengan apa yang sedang dan bakal tempuh.. Tapi kita terus alpa dengan dunia fantasi ciptaan sendiri.. Hanyut  dengan angan2 palsu sedangkan realiti hidup tak semudah yang kita mimpikan.. Mahu atau tidak, kita harus hadapinya jua..

Kita cakap takut akan kematian,  tapi hakikatnya kita sedang menuju ke arahnya.
Kita cakap sayang nyawa kita, tapi hakikatnya kita selalu ‘membuangnya’ kpd perkara2 lagha.
Kita tahu dunia ni cuma sementara, tapi hakikatnya kita sedang mengejarnya.
Kita tahu Akhirat kekal selamanya, tapi hakikatnya kita selalu mengabaikannya.
Kita akui Al-Quran dan sunnah adalah panduan hidup, tapi hakikatnya kita tak amalkannya.
Kita akui Islam itu indah, tapi hakikatnya kita tak praktikkan keindahannya  dalam hidup.

~HAKIKATNYA, kita hambaNya yang tak pernah kering dari buat dosa… Sama2 kita mohon ampun dan bermunajat kepadaNya… Perjuangan menuju Allah bukan mudah, perlu ada keteguhan iman, istiqomah dan sentiasa muhasabah…  Moga kita mejadi hambaNya yang soleh / solehah.


P/S: Pesanan dan ingatan buat diri dan ukhwah fillah..

HIBURAN ITU MENENANGKAN, BUKAN MELALAIKAN...

Assalammualaikum semua.. Post kedua saya di pagi yang hening ni adalah mengenai hiburan.. Berhibur tak salah sebenarnya, tapi zaman sekarang ni cara berhibur dah tahap ‘MELAMPAUI BATAS”… Dah tak ikut yang syariat gariskan.. Malu sangat bila tengok saudara seagama berhibur ikut cara barat.. Dedah sana sini.. Lalai dari menginagati Allah SWT..  

Hiburan dalam Islam bukan begitu.. Dalam Islam dah ada garis panduan berhibur.. Masih menutup aurat dengan sempurna dan menjaga ikhtilat dan akhlak.. Bersih dari maksiat.. J

“Hiburan sejati, bukan datang dari luar, sebaliknya datang dari dalam ke luar. Tidak ada kehidupan yang tenang kecuali hidup dalam lingkungan dan naungan akidah, syariat dan akhlak Islamiah. Tegasnya, iman itu hiburan yang paling asas dan teras. “
~>USTAZ PAHROL MOHAMAD JUOI  

Mesti sahabat ingat kan lirik lagu Raihan yang popular zaman 90-an dulu pasal berhibur ni kan..  Bak kata Raihan,

Berhibur tiada salahnya,
Kerna hiburan itu indah,
Hanya pabila kita salah memilihnya,
Membuat kita jadi bersalah…

Kita yang memilih cara berhibur..
Nak pilih cara Islam ATAU cara barat..
Tepuk dada, Tanya Iman.. J

Mari kita muhasabah diri adakah hiburan yang kita pilih itu menyenangkan atau melalaikan.. Moga kita menjadi hambaNya yang soleh/solehah.. In Syaa Allah.. Aamiin.. J

P/S:  Pesanan buat sahabat fillah semua dan diri  dan diri sendiri yang selalu lupa dan alpa nikmat dunia yamg sementara.. Astaghfirullahalazim... 

JANGAN PANDANG REMEH, DOSA KECIL

Assalamualaikum sahabat fillah semua… Malam ni saya nak “mengepost” nukilan2 saya yang dah lama terperap dalam  computer tapi tak de masa nak post..  Post pertama adalah tentang dosa yang dilihat biasa oleh umat Islam sekarang.. Walhal dosa tu adalah dosa besar… Macam tak de apa2 pun, slamber je dia buat… Sedih sangat.. L

Ingatlah sahabat, bahawa setiap apa yang kita lakukan di dunia ini walau sebesar biji sawi atau zarah akan dipertanggungjawab ke atas diri kita dan takkan terlepas dari perhintungan dan pandangan-Nya Yang Maha Esa...

Jangan sesekali cakap, contohnya:

"Sekali sekala je kot buat........"
"Ala....dosa kecik je la..."
"Buat apa nak takut, bukan orang tahu dan nampak pun..."
"Lepas buat ni, kita taubat la.."
"La..takkan ni pun dosa.. Orang lain lagi teruk, kita buat mcm ni je takkan tak boleh..."

Astaghfirullah... Seringan2 azab neraka sampai menggelegak otak.. Allahu....  Jangan pandang ringan dosa kecil.. Kita tak tahu pun bila ajal kita, entah sempat atau tidak untuk bertaubat.. Nazubillah...

P/S: Saya menyampaikan pesanan ini kerana saya sayang kalian kerana Allah SWT dan supaya kita sama2 pesan dan ingatkan pada diri kita... Semoga kita menjadi hamba-Nya yang soleh/solehah.. In Syaa Allah... Aamiin..

Ahad, 17 Ogos 2014

RUKUN QAULI: ANTARA PUNCA TAK SAH SOLAT

Assalamualaikum semua.. Entri kali ni saya cuma nak share pasal rukun Qauli solat… Rasnya mesti ramai kat luar sana yang masih belum tahu dan faham pakal rukun2 solat dengn mendalam kan… Tak pe, kita sama2 belajar k.. Kat bawah ni ada sikit info pasal rukun Qauli yang saya petik daripada  http://www.nurmuslim.com/index.php/blogs/3559/289/rukun-qauli-antara-punca-tak-sah .. Harap bermanfaat buat kita semua… J
…………………………………………………………………………………………………………………………
Qauli maksudnya Sebut atau Ucap atau Lafaz
Sebut atau Ucap atau Lafaz mestilah beserta dengan suara ye. Kalau tak, takdelah namanya Sebut, Ucap atau Lafaz ye tak?

Rukun Qauli dalam solat adalah WAJIB
diulang...
WAJIB Sebut atau Ucap atau Lafaz  sampai boleh dengar dengan telinga sendiri.

Rukun Solat terbahagi kepada 3:
1. Qalbi (diniat / diingat dalam hati)
2. Qauli (Sebut atau Ucap atau Lafaz dengan lidah)
3. Fi'li (pergerakan / perbuatan)

Rukun Solat ada berapa? Bukak balik Buku PAFA ye tolong.
Katanya ada 13 perkara. Apa dia 13 tu?

1. Berdiri bagi yang mampu (yang ni perbuatan jadi ianya Fi'li)
2. Niat (yang ini Qalbi, diingat dalam hati je. Jangan confuse ye NIAT dengan LAFAZ NIAT)
3. Takbiratul Ihram (yang ni Qauli yg PERTAMA dalam Solat, jadinya kena Sebut atau Ucap atau Lafaz dengan lidah)
4. Baca Al-Fatihah (ini Qauli yg KEDUA, bacalah kuat sikit sampai telinga sendiri dengar, bisik2 tak sah, tertinggal satu huruf tak sah ye)
5. Ruku' dengan tama'ninah (Fi'li)
6. Iktidal dengan tama'ninah (Fi'li)
7. Sujud dengn tama'ninah (Fi'li)
8. Duduk antara dua sujud dengan tama'ninah (Fi'li)
9. Duduk Tasyahhud akhir (Fi'li)
10. Baca Tasyahhud akhir (Tahiyyat akhir). (Ini Qauli yang KETIGAye, sebut biar jelas ye tolong)
11. Selawat kepada Nabi kita Muhammad S.A.W dalam Tasyahhud Akhir. (Qauli yang KEEMPAT)
12. Mengucap salam pertama (Ini Qauli terakhir yang KELIMA)
13. Tertib (Fi'li)

Jadi dalam solat Qauli ada 5 saje, Insya Allah mudah diingat.
Selamat beramal !!

"Berusaha berubah itu adalah lebih baik daripada hanya niat untuk berubah"
…………………………………………………………………………………………………………………………………

P/S: Harap kita sama2 muhasabah solat kita… In Sya Allah… J

Sabtu, 16 Ogos 2014

KITA JUGA PENDOSA...

Assalammualaikum WBT ukhwah fillah semua… Semoga kalian sihat2 selalu hendaknya… Aamiin… Moga segala urusan dipermudahkan olehNya..  In Syaa Allah.. Aamiin… J

Sahabat, hati saya sakit sangat bila dengar orang buka aib orang… Telinga macam panas je…

Cara yang saya praktikkan untuk elakkan diri  berkongsi “dosa buka aib orang”:
1) Lari je dari situ
2) Kalau tak boleh lari (atas sebab2 tertentu), pakai earphone dengar bacaan al quran ke, zikir ke, nasyid ke..
3) Kalau memang tak boleh nak buat apa, berzikir dan istighfar tanpa henti.. Moga Allah ampunkan dosa kita.. Astaghfirullah…L

Kalau tengok orang buka aib orang, macam seronok je dorang tu kan... Memanglah, sebab syaitan akan jadikan maksiat itu indah kepada pelakunya..  Astaghfirullah… L

Kenapa la suka sangat nak bagi ‘FREE’ pahala kat orang lain.. Dah la pahala bukannya banyak sangat.. Dah habis pahala tu, dosa dia pulak kita kena tanggung.. Nauzubillah min zalik.. L

Sahabat, sebesar mana pun dosa seseorang itu, kita tak berhak membuka aibnya..

Kalau kita di tempatnnya, mesti kita akan malu, marah kan kalau orang buka aib kita..

Cukup dengan kita menjadikan kesilapannya sebagai ikhtibar dan mendoakannya berubah..
Mungkin suatu hari nanti, dia lebih baik daripada kita…

Siapa tahu kan…

Ya, tiada yang mustahil bagi Allah SWT...



Kita tak berhak menghukum, kerana kita juga insan berdosa… L
Kerja menghukum, kerja Allah…

Jadi kita buat je tanggungjawab kita sebagai hamba-Nya…
Tambah amal, bukan tambah dosa…


P/S: Tutuplah aib orang di dunia ni, nescaya Allah akan tutup aib kita di akhirat.. Allahu..