Sabtu, 31 Ogos 2013

MERDEKAKAH KITA???

Assalammualaikum WBT ukhwah fillah semua.. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana masih lagi diberi peluang  menghirup udara segar ciptaan-Nya hari ini.. 

Selamat Ulangtahun Kemerdekaan yang ke 56 tahun saya ucapkan kepada kalian.. J Alhamdulillah.. Dlm menikmati kemerdekaan, kadang2 kita tidak sedar yg kita masih dijajah..Penjajahan yang saya maksudkan ialah dari segi cara hidup kita..

Contoh penjajahan dari segi pergaulan (terutama umat Islam ) telah dibutakan sekian lama oleh penjajah.. Dalam Islam kita diseru supaya menjauhi zina dan cinta sewajarnya berpaksikan kepada Ilahi.. Namun penjajah telah men’brain wash’ pemikiran remaja Islam mengenai definisi cinta yg bertentangan dengan syariat Islam  melalui televisyen, akhbar, majalah, novel dan media sosial yang sememangnya menjadi medium untuk mereka menjalankan agenda tersembunyi.. 


Kita turut disajikan dengan fesyen moden yang tidak mengikut syariat agama.. Penjajah sentiasa mengintai peluang untuk merosakkan imej Islam.. Cara pemakaian yang mereka terapkan secara terang-terangan bertentangan dengan yang dituntut syarak.. Umat Islam dilekakan dengan perubahan zaman dan moden dlm berfesysen, sedangkan tiada istilah perubahan zaman menjalankan syariat Islam.. Aurat wanita dan lelaki wajib untuk dilindungi, bukan untuk diperagakan.. Islam sangat-sangat menjaga soal aurat setiap umatnya walaupun disaat jasad tidak lagi bernyawa..

Semakin hari sunnah-sunnah Rasulullah yang kita cintai semakin dilupakan.. L Hiburan diserapkan dalam jiwa umat  juga sangat keterlaluan..Kebanjiran rancangan realiti hiburan yang tumbuh bak cendawan lebih tertumpu kepada golongan remaja yang pastinya akan bakal menjadi pemimpin negara... 

Yang paling menyedihkan adalah apabila ibubapa mengizinkan dan memberi sokongan penyertaan terutama anak2 gadis mereka dlm rancangan hiburan.. Bukankah ibabapa sepatutnya mengisi setiap jiwa anak-anak dengan pengisian yang bermanfaat seperti tuntutan agama?? Dalam Islam, berhibur tidak salah tapi berhibur jangan sampai melampaui batas.. Sesungguhnya Allah benci hambaNya yang melampaui batas..

Nauzubillah.... :'(

P/S: Merdeka bukan hanya dari segi fizikal, tapi juga pengisian rohani.. Railah kemerdekaan dengan pengertian “merdeka” yang sebenar… J

Jumaat, 23 Ogos 2013

ISLAM BUKAN "MAINAN"

As salam WBT ukhwah fillah semua… Tajuk post saya pada kali ini adalah mengenai masalah mempermainkan soal hukum agama yang melanda segelintir umat Islam lewat hari ini.. Keadaaan ini sangat menyedihkan dan tidak sepatutnya terjadi apatah lagi yang terlibat adalah umat Islam sendiri..
  
Sahabat, memperlekehkan dan mempersendakan hukum menutup aurat, hudud, poligami dan hukum Islam yang lain, begitu juga mengatakan Islam ketinggalan zaman dan kolot  antara contoh bermain dalam perkara agama. Syukur kepada Ilahi kerana dilahirkan dan  menjadi sebagai seorang Islam, tapi jangan hanya Islam pada nama..  Kita haruslah sentiasa peka tentang hukum agama jgn sampai ada yg mempermainkannya..

Allah SWT berfirman:
"Dan jauhkanlah diri dari orang-orang yang menjadikan agama mereka sebagai permainan dan hiburan dan mereka pula telah diperdayakan oleh kehidupan dunia dan peringatkanlah (mereka) dengan Al-Quran itu supaya tiap-tiap diri (di akhirat kelak) tidak terjerumus (ke dalam azab Neraka) dengan sebab apa yang dia telah usahakan (dari perbuatan yang buruk dan keji). Tidak ada baginya pelindung dan tidak juga pemberi syafaat yang lain dari Allah dan jika dia hendak menebus (dirinya) dengan segala jenis tebusan, (nescaya tebusan itu) tidak akan diterima daripadanya. Mereka itulah orang-orang yang dijerumuskan (ke dalam azab Neraka) dengan sebab apa yang telah mereka usahakan. Bagi mereka disediakan minuman dari air panas yang menggelegak dan azab seksa yang tidak terperi sakitnya, disebabkan mereka kufur ingkar (semasa hidupnya)."
(Surah Al An'am:70)

P/S: Semoga kesucian Islam terus terpelihara... Aamiin.. :)

Isnin, 19 Ogos 2013

BUAT SAUDARAKU...

Assalamualaikum WBT, ukhwah fillah semua.. Post kali ini saya ingin mengajak kalian sama-sama membaca Qunut Nazilah buat saudara seagama kita yang sedang berjuang demi agama Allah.. Semoga kemenangan menjadi milik Islam dan semoga roh mereka yang telah gugur syahid dicucuri rahmat Allah SWT.. Dan pastinya balasan Syurga untuk mereka.. Janji Allah itu pasti.. In Syaa Allah, aamiin.. (^^,) 

“Dan jangan sekali-kali engkau menyangka orang-orang yang terbunuh (yang gugur Syahid) pada jalan Allah itu mati, (mereka tidak mati) bahkan mereka adalah hidup (secara istimewa) di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki”

 ALI-'IMRAAN: 169



Sabtu, 10 Ogos 2013

SALAM IDULFITRI

Assalamualaikum WBT ukhwah fillah semua.. Alhamdulillah, malam ni dah masuk 4 Syawal 1434 Hijrah dan bermakna sudah 4 hari Ramadhan meninggalkan kita.. Semoga kita diberi peluang  untuk bertemu lagi dengan bulan mulia Ramadhan pada tahun depan dan tahun-tahun yang seterusnya… In Syaa Allah, aamiin.. J 

Syukur Alhamdulillah kerana Allah SWT memberi keizinan untuk kita meraikan kemenangan ini.. Semoga kemenangan kita kali ini lebih bermakna dari tahun-tahun lepas dan menjadikan kita hamba-Nya yang lebih beriman dan bertaqwa… Aamiin.. J Di kesempatan post saya kali ini juga, saya ingin mengucapkan Salam Idul Fitri buat kalian semua… Taqobalallahu minna wa minkum.. Maaf zahir dan batin.. J