Jumaat, 16 November 2012

MAKSUD DISEBALIK "AKU TERIMA NIKAHNYA"




Assalamualaikum WBT ukhwah fillah semua...  Sebut je pasal nikah dan kahwin pasti ada yang ketawa, tersenyum sendirian dan tak kurang ada juga yang tersipu-sipu malu.. Hari ini saya ingin kongsikan sesuatu yang menarik untuk renungan kita bersama iaitu tentang maksud disebalik lafaz akad nikah… 

“Aku terima nikahnya si dia binti ayah si dia dgn mas kahwin RM…” Bunyi macam senang? Nah ni makna sebenarnya…

Aku tanggung dosa-dosa si  dia dari ibubapanya, apa saja dosa yang si dia buat, dari dedah auratnya sehingga tinggal solatnya, aku tanggung & bukan lagi ibubapa si dia.. Dan aku tanggung semua dosa bakal anak-anakku, jika gagal maka aku fasik, dayus & aku rela masuk neraka & malaikat Zabaniyah melibas badanku sehingga pecah..

P/S: Kepada yang sudah mengetahui tentang semua ni, Alhamdulillah dan diharapkan laksanakanlah tanggungjawab yang diamanahkan dengan sebaik-baiknya… Begitu juga kepada yang baru mengetahuinya… Post ini bukan dikhususkan kepada kaum Adam sahaja, tapi juga untuk  kaum Hawa kerana sebuah rumahtangga yang baik, bahagia dan diredhai Allah S.W.T menuntut tanggungjawab daripada kedua-dua belah pihak…  Semoga semua ini memberi manfaat kepada kita semua di dunia dan di akhirat… Aamiin… J

5 SEBAB KENAPA "COUPLE" HARAM

Assalammualaikum WBT ukhti wa akhi.. Dah lama nukilan saya tidak menghiasi dinding blog saya kerana kesibukan saya menghadapi final exam.. Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar dan tenang.. 

Banyak perkara saya nak kongsi dengan sahabat semua.. Post saya pada kali ini adalah mengenai “COUPLE”… Kalian pasti tahu dan faham apa itu “couple” kan… Nukilan saya kali bukan untuk mengulas  apa itu “couple”, tapi nak ulas tentang 5 perkara kenapa “couple” haram dlm Islam.. Ulasannya adalah seperti berikut: J


PERTAMA: TIDAK MEMPUNYAI NIAT YANG BAIK ATAU SEBALIKNYA
Sesebuah perhubungan “istimewa” antara lelaki dan wanita seharusnya didasari dengan niat yang baik seperti bertujuan untuk berkahwin. Justeru sebarang perhubungan yang hanya bertujuan seperti bercouple untuk berhibur, bersuka-suka dan sebagainya adalah tidak harus.



KEDUA: TIDAK MEMATUHI ATAU MELAMPAUI SYARIAT AGAMA
Apabila Syariat Islam mengharamkan sesuatu perkara/perbuatan, maka wasilah atau tindakan yang menuju kepada perkara yang diharamkan tersebut juga turut diharamkan. Kaedah Fiqh ada menyebutkan : sesuatu yang membawa kepada yang haram, maka ia juga menjadi haram. Justeru berdasarkan kaedah ini, maka bercouple yang membawa kepada perlanggaran hukum syariat juga adalah HARAM.


KETIGA: MENJATUHKAN MARUAH (PERIBADI) SEORANG WANITA
Ingatlah sahabat, bahawa Islam amat memprihatinkan penjagaan maruah seorang wanita. Di atas dasar itulah adanya hukum Qazaf dan kerana tujuan tersebut jugalah Islam mengharamkan perhubungan yang di luar batasan kerana Islam amat memelihara kehormatan seorang wanita.

Dalil yang lebih kuat menentang hubungan percintaan terdapat di dalam Surah Al-Israa’(17) ayat 32:
“Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.”

Sahabat sekalian, dalam ayat ini, Allah melarang kita mendekati zina. Allah menggunakan kalimah ‘walaa taqrobuu’ (jangan hampiri) dan bukannya kalimah ‘walaa ta`maluu’ (jangan melakukan). Ini menunjukkan, walaupun kita hanya mendekati zina, ia sudah pun HARAM! Jadi, bercinta sebelum kahwin dan ber’couple’ adalah menghampiri zina, dan menghampiri zina adalah HARAM.

Dalam hadis, Baginda Rasulullah telah memperincikan jenis-jenis zina. Daripada Abu Hurairah r.a katanya, Nabi S.A.W. bersabda :
Sesungguhnya Allah Ta’ala telah menetapkan nasib anak Adam mengenai zina. Tidak mustahil dia pernah melakukannya. Zina mata ialah memandang. Zina lidah ialah berkata. Zina hati ialah keinginan dan syahwat,sedangkan faraj (kemaluan) hanya menuruti atau tidak menuruti.”*




Hadis kedua; Daripada Abu Hurairah r.a., dari Nabi S.A.W. sabdanya :
“Nasib anak Adam mengenai zina telah ditetapkan. Tidak mustahil dia pernah melakukannya. Dua mata, zinanya memandang. Dua telinga, zinanya mendengar. Lidah, zinanya berkata. Tangan, zinanya memukul. Kaki, zinanya melangkah. Hati, zinanya ingin dan rindu, sedangkan faraj (kemaluan) hanya mengikuti atau tidak mengikuti.”**

(Dua hadis di atas adalah sahih dan diriwayatkan oleh 4 orang imam, iaitu Al-Bukhari, Muslim, Ahmad dan Ghayatul-Maram. *Sahih Muslim, hadis ke 2281. **Sahih Muslim, hadis ke 2282)


KEEMPAT: MEMBAZIRKAN WANG KEPADA PERKARA YANG TIDAK WAJAR
Apabila bercouple pasti banyak wang yang  akan dibelanjakan seperti belanja makan, top-up, beli hadiah dan macam-macam lagi.. Banyak perkara yang tidak perlu telah diutamakan dalam perbelanjaan yang mengakibatkan berlakunya pembaziran.  Sahabat sekalian, ingatlah bahawa perbuatan membazir dan menyalahgunakan harta juga adalah amalan syaitan.(Rujuk Al-Israa ayat 27)


KELIMA: MEMBUANG MASA KEPADA PERKARA YANG TIDAK SEWAJARNYA
Seperkara yang wajar diprihatinkan di sini ialah penggunaan waktu kepada perkara yang tidak bermanfaat. Kita haruslah ingat bahawa setiap saat dan minit yang digunakan bagi setiap perkara baik atau buruk  akan dipersoal dan diperbicarakan di hadapan Allah.. Islam tidak menghalang kebebasan umat Islam, tetapi meletakkan beberapa prasyarat yang perlu dipenuhi dalam setiap perkara yang dilakukan. Sekiranya kita gagal mengikut syarat-syarat tersebut, maka status perbuatan tersebut menjadi HARAM serta menjauhkan diri pelaku daripada kasih sayang dan cinta Allah. (Rujuk kitab al-Halal wal Haram Fil Islam, Dr. Yusuf Al-Qardhawi)



P/s: Semaga semua ini menjadi pengajaran, panduan dan peringatan kepada kita semua….. Aamiin… J