Khamis, 24 Januari 2013

SEMARAK CINTA RASULULLAH SAW


Assalamualaikum WBT, ukhwah fillah semua .. Syukur Alhamdulillah kita masih mampu bernafas dan sama-sama meraikan Maulidur Rasul SAW pada  hari ini, 12 Rabiulawal 1434 Hijrah.. 

Di pagi yang mulia ini marilah kita sama-sama memperbanyakkan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW dan semoga amalan ini kita dapat lakukan secara istiqomah pada hari esok dan hari-hari seterusnya, aamiin..

SELAWAT RASULULLAH SAW

Kita sering mengatakan bahawa kita cinta dan rindu terhadap  baginda SAW, tetapi apakah yang telah kita lakukan untuk membuktikan rasa cinta dan rindu kita itu??? 

Rasulullah SAW telah meninggalkan terlalu banyak sunnah untuk diamalkan oleh umat Baginda SAW dan sebagai umat Baginda SAW, marilah kita bersama-sama menyemarakkan cinta terhadap  Rasulullah SAW dengan menghidupkan, melaksanakan dan melestarikan sunnah Rasulullah SAW secara sedaya upaya kita dan istiqomah dalam kehidupan seharian kita..

Antara amalan sunnah Rasulullah SAW yang boleh kita amalkan adalah solat Tahajjud, solat Dhuha, membaca Al-Quran, solat berjemaah di masjid, sedekah setiap hari, jaga wudhu terus-menerus, dan amalkankan istighfar setiap hari.. Marilah kita sama-sama mengamalkannya.. 

Kalau tidak mampu untuk melakukan seperti yang di atas, paling kurang pun kita laksanakan sunnah Rasulullah SAW seperti cara Baginda memotong kuku, makan, berpakaian, berbicara dan lain-lan lagi.. Semoga kita menjadi hamba Allah SWT dan umat Nabi Muhammad SAW yang sentiasa bersyukur.. InsyaAllah, aamiin..

Betapa bertuahnya kita menjadi umat Nabi Muhammad SAW.. Seharusnya kita bersyukur dan menghargai perjuangan dan pengorbanan Rasulullah SAW menegak dan menyebarkan agama Islam sehingga kita pada akhir zaman hari dapat menikmati nikmat Islam.. Semoga kita sentiasa berusaha menjadi umat Baginda SAW yang sentiasa menyintai dan merindui baginda dengan rasa cinta dan rindu yang sebenarnya.. InsyaAllah, aamiin.. J

Rasulullah SAW bersabda:

“Barang siapa yang menghidupkan Sunnahku berarti dia cinta kepadaku dan  barangsiapa yang cinta kepadaku, maka ia akan bersamaku di dalam syurga.”
(Hr. As Sajzi dari Anas)

Rasulullah SAW sangat menyintai umat Baginda sehingga di saat kewafatan Baginda, Baginda SAW masih risau akan keadaan umat Baginda selepas ketiadaan Baginda.. Sungguh besar rasa cinta Rasulullah SAW terhadap kita, umat Baginda SAW.. Subhanallah.. J 

Hargailah pengorbanan dan kasih sayang Baginda yang tidak ternilai untuk kita dengan penuh penghayatan.. Semoga kita memperolehi syafaat daripada Baginda SAW dan bersama-sama Baginda di hari akhirat kelak. InsyaAllah, aamiin.. J


P/S: Jom kita perbanyakan selawat ke atas junjungan besar Rasulullah SAW.. J

Ahad, 20 Januari 2013

KETENTUAN ILAHI...


Assalamualaikum WBT, ukhwah fillah semua…  Segala puji bagi Allah , Tuhan sekalian alam dan selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW..

Dalam mengharungi hidup pinjaman Ilahi ni, kita pasti sering menghadapi sesuatu yang berada di luar kotak fikiran kita kan… Lain yang kita harapkan, lain yang kita dapat..  Lantas kedengaran keluhan dan rintihan di bibir dan di lubuk hati.. Ada kalanya jugak perkara yang pernah atau baru terlintas dalam benak dan hati kita benar-benar terjadi, pantas hati kita mebuat kesimpulan bahawa ianya hanya secara kebetulan.. 

Lupakah kita  bahawa setiap apa yang berlaku adalah ketentuan  Allah SWT dan setiap yang Allah jadikan pastinya berhikmah..??? Jadi tiada yang terjadi secara kebetulan di langit dan di bumi melainkan di atas kehendak Allah SWT yang Maha Kuasa.. Bersangka baiklah kepada Allah SWT kerana sesungguhnya Allah Maha Mengetahui.. 



“Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan), sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang Mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.”
(Al-Baqarah:216)

"Dan pada sisi Allah jualah anak kunci perbendaharaan segala yang ghaib, tiada sesiapa yang mengetahuinya melainkan Dia lah sahaja; dan Ia mengetahui apa yang ada di darat dan di laut; dan tidak gugur sehelai daun pun melainkan Ia mengetahuinya, dan tidak gugur sebutir bijipun dalam kegelapan bumi dan tidak gugur yang basah dan yang kering, melainkan (semuanya) ada tertulis di dalam kitab (Lauh Mahfuz) yang terang nyata."
(Al-An'aam: 59)




Sebagai hambaNya yang kerdil dan lemah di muka bumi Allah SWT, kita seharusnya bersyukur dan redha kepada Allah di atas setiap ketentuanNya terhadap diri kita.. Allah lebih mengetahui apa yang terbaik buat hambaNya.. Alhamdulillah.. 

Terimalah setiap apa yang dihadirkan olehNya dalam hidup kita dengan senyuman.. Walaupun ia kadang-kadang pahit untuk ditelan tapi percayalah pasti ada kemanisannya di kemudian hari.. InsyaAllah.. Sesungguhnya ilmu kita hanya setitis jika dibandingkan dengan selautan ilmu Allah SWT.. Allah Maha Kuasa atas setiap sesuatu di langit dan di bumi.. Allah, Allah, Allah… 


P/S: Bersangka baiklah kepada Allah SWT walau apa pun yang terjadi kerana Dia Maha Mengetahui setiap di langit dan di bumi .. Semoga hati kita menjadi lebih tenang. Aamiin… J

Isnin, 14 Januari 2013

ISTIKHARAH CINTA


Assalamualaikum WBT ukhti wa akhi yang saya sayangi semua..Entri kali ini saya ingin membawa kalian kepada topik istikharah cinta.. Saat hati keliru antara dua pilihan, hanya kepada-Nya kita memohon petunjuk.. 

Hanya kepada Allah tempat kita mengadu dan meminta pertolongan.. Allah sentiasa rindu mendengar hambNya meminta dan berdoa kepada-Nya. 

Saat insan lain sedang lena dibuai mimpi, bangunlah dan dirikanlah solat istikharah pada 2/3 malam untuk mendekatkan diri kepada Allah dan memohon petunjuk daripada-Nya..



Hamba itu lebih hampir kepada Tuhannya, saat dia sujud...
Kala hati mula pasrah, segalanya terjawab melalui istikharah...
Istikharah hati mendebunga cinta dan menemukan jawapan...
Jawapan yang pasti, dalam memburu cinta Ilahi...


Bersaksi cinta diatas cinta
Dalam alunan tasbih ku ini
Menerka hati yang tersembunyi
Berteman dimalam sunyi penuh do'a

Sebut nama Mu terukir merdu
Tertulis dalam sajadah cinta
Tetapkan pilihan sebagai teman
Kekal abadi hingga akhir zaman

Istikharah cinta memanggilku
Memohon petunjukmu
satu nama teman setia
Naluriku berkata

Dipenantian luahan rasa
Teguh satu pilihan
Pemenuh separuh nafasku
Dalam mahabbah rindu

diistikharah cinta.. 

Sabtu, 12 Januari 2013

KUN FAYA KUN

Assalamualaikum WBT semua... Segala puji bagi Allah SWT yang telah mengizinkan kita untuk menikmati nikmat kurniaan-Nya yang sangat besar... Sesungguhnya tiada upaya untuk kita melakukan sesuatu melainkan dengan izin Allah.. 

Betapa lemahnya kita di muka bumi-Nya ini...  Apabila Allah bekehendak dan mengkehendakinya, Dan apabila Dia menetapkan sesuatu maka cukuplah dengan Allah berfirman kepadanya dengan kalimah "Jadilah, maka jadilah ia".. Subhanallah...Maha Suci Allah yang menjadikan setiap sesuatu.. Sesungguhnya janji Allah SWT itu benar.. 

[Al Baqarah:117]
Allah Pencipta langit dan bumi, dan bila Dia berkehendak sesuatu, maka Dia hanya mengatakan kepadanya: "Jadilah!" Lalu jadilah ia."

P/S: Marilah kita sama-sama menjadi hamba-Nya yang beriman, beramal dan bertaqwa kepada-Nya dengan istiqamah setiap hari.. InsyaAllah.. Aamiin..

Khamis, 10 Januari 2013

MATI ITU PASTI, HIDUP INSYAALLAH

Assalammualaikum WBT ukhwah fillah semua... Entri saya pada kali adalah tentang kematian.. Semoga kita bersedia saat kematian itu tiba... Aamiin...

Pada satu masa kita pasti akan dirisik,
Pertunangan sejak azali dan juga berlangsung perkahwinan dengan maut,
Hantarannya sakit dan nazak,
Tamu bertandang menghadiahkan tangisan dan melagukan yasin,
Lalu pengantin dimandikan dan dipakaikan kain putih,
Wangian gharu cendana jadi pelamin,
Kemudian pengantin bersanding sendirian,
Diarak keliling kampung dan dikompangkan azan dan kalimah qudus,
Akad nikah dengan talkin, berwalikan liang lahad dan bersaksikan batu nisan,
Siraman mawar daripada keluarga,
Malam pertama bersama kekasih berdindingkan tanah dan menuntut janji perkahwinan…

“Setiap yang hidup pasti akan merasai mati”     

Sesungguhnya kematian adalah suatu kepastian yang tak dapat dipercepatkan atau ditunda walau sesaat.. Ia datang tak kira masa, tempat atau keadaan.. Persoalannya adakah kita bersedia menghadapinya?? Subhanallah.. Peringatan buat diri sendiri dan sahabat seagama sekalian.. Semoga disaat kematian kita, kita medapat husnul khotimah.. InsyaAllah.. Aamiin.. :)

Sabtu, 5 Januari 2013

SOLAT JAMAK TANPA QOSAR

Assalamualaikum WBT ukhwah fillah sekalian…  Entri kali ini saya tertarik untuk berkongsi ilmu tentang solat jamak tanpa qosar.. 

Pasti kalian pernah mendengar mengenainya dan ada yang pernah melakukannya.. Tapi, tahukah kalian bahawa solat jamak tanpa qosar bukan sahaja boleh dilakukan ketika dalam keadaan musafir, tetapi  dalam keadaan lain juga yang dibenarkan syarak.. Masih ramai di luar sana yang beranggapan bahawa solat jamak hanya boleh dilakukan ketika bermusafir, tetapi ironinya  tidak sedar dan tidak tahu akan kelebihan solat ini lantaran malu, malas dan tidak ambil kisah untuk mencari ilmu terutama dalam bab ilmu agama..

Sesungguhnya ilmu yang ada dalam diri kita hanya setitis jika dibandingkan dengan selautan ilmu Allah SWT.. Begitu kerdil diri kita di muka bumi Allah ini.. Marilah kita bersama-sama tambah ilmu dunia dan akhirat..

Antara keadaan yang membolehkan kita untuk menunaikan solat jamak tanpa qosar adalah ketika terlalu sibuk, ketika sakit, ketika hujan, ketika ketakutan dan sebagainya.. Allah tidak pernah membebankan hambaNya dan yakinlah sesungguhnya Islam adalah agama yang ringkas dan mudah..

P/S: Untuk maklumat lanjut mengenai solat jamak ini, kalian boleh melawati link  http://fikrahhalaqah.com/solat-jamak-tanpa-qosar-siri-ii/ . Semoga perkongsiaan ini bermanfaat untuk kalian dan dilindungi Allah sentiasa.. Aamiin... J