Khamis, 14 Disember 2017

RAHSIA ALLAH

Assalammualaikum sahabat fillah..  Dah 2 tahun 6 bulan sy x update apa2 entri di dinding blog. Rindunye.. Ok, kali ni entri saya tentang 'RAHSIA ALLAH'..

Dalam hidup kita, ada beberapa perkara yang Allah rahsiakan daripada kita. Kenapa Allah rahsiakan?

Ada 2 sebab:
1) Allah nak kita berusaha
2) Allah nak kita bersedia

Saya ambil contoh jodoh n ajal ye. Sebab 2 perkara ni yg selalu jadi topik perbualan.

Macam jodoh, Allah rahsiakan sebab Dia nak kita berusaha. Usaha utk perbaiki kualiti diri dalam setiap aspek.  Nak jodoh yang baik, kena la jadi baik dulu. Yang penting lakukan semata2 kerana Allah SWT. Andai tiada jodoh di dunia, In Syaa Allah di syurga.. Aamiin..

Ajal pula Allah nak kita bersedia. Setiap orang pasti merasai detik kematian. Oleh itu, kita perlu bersedia menghadapinya. Bersedia dengan memperbanyakkan amalan di dunia utk diperhitungkan di akhirat. Kerana kita tak tahu bila Allah akan jemput kita untuk bertemu dengan-Nya. Sungguh, kehidupa di dunia hanya persinggahan sebelum menuju ke destinasi abadi. Semoga husnul khotimah untuk kita.. Aamiin..

Allah jua yang Maha Mengetahui setiap sesuatu di langit dan di bumi.. Allahu..

P/S: Sentiasalah husnuldzon kepada Allah SWT. Mati itu pasti, jodoh In Syaa Allah.