Selasa, 7 Oktober 2014

RAYA KORBAN…

Assalamualaikum, sahabat fillah semua..  Selamat Hari Raya Aidiladha…J Hmmm..saya baru sampai kat kolej awal pagi tadi setelah beraya 2 hari di kampung halaman bersama keluarga tercinta.. Alhamdulillah… J


Setelah 2 tahun menyambut Raya Korban di perantauan, akhirnya tahun ini dapat juga beraya di kampung halaman.. Walaupun sampai di rumah di pagi raya, Alhamdulillah saya masih sempat bantu mak buat juadah untuk tetamu.. Untuk raya korban kali ini, mak dan ayah ambil bahagian korban (tahun lepas x buat sebab saya tak balik raya)...

Raya kali ni memang meriah sampai saya kena masak 2 kali.. Subhanallah...  Ramai yang datang ke rumah.. Seronok sangat bila berkumpul ramai-ramai.. Lagi-lagi bila ada ahli keluarga baru (anak saudara pertama, anak kepada adik lelaki nombor 3 saya).. Ahlan wa sahlan, Dhia.. Dan Alhamdulillah, mak saya dah semakin sihat selepas pembedahan kecil 13 September lepas.. Syukur sangat-sangat…  Alhamdulillah J

Akhir kata, Selamat Hari Raya Aidiladha sahabat semua.. maaf zahir dan batin.. Semoga raya kali ini memberi seribu erti buat kita semua.. J


P/S: Moga Allah merahmati dan meredhai hidup kita semua… Aamiin.. J

Tiada ulasan:

Catat Ulasan