Khamis, 24 Januari 2013

SEMARAK CINTA RASULULLAH SAW


Assalamualaikum WBT, ukhwah fillah semua .. Syukur Alhamdulillah kita masih mampu bernafas dan sama-sama meraikan Maulidur Rasul SAW pada  hari ini, 12 Rabiulawal 1434 Hijrah.. 

Di pagi yang mulia ini marilah kita sama-sama memperbanyakkan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW dan semoga amalan ini kita dapat lakukan secara istiqomah pada hari esok dan hari-hari seterusnya, aamiin..

SELAWAT RASULULLAH SAW

Kita sering mengatakan bahawa kita cinta dan rindu terhadap  baginda SAW, tetapi apakah yang telah kita lakukan untuk membuktikan rasa cinta dan rindu kita itu??? 

Rasulullah SAW telah meninggalkan terlalu banyak sunnah untuk diamalkan oleh umat Baginda SAW dan sebagai umat Baginda SAW, marilah kita bersama-sama menyemarakkan cinta terhadap  Rasulullah SAW dengan menghidupkan, melaksanakan dan melestarikan sunnah Rasulullah SAW secara sedaya upaya kita dan istiqomah dalam kehidupan seharian kita..

Antara amalan sunnah Rasulullah SAW yang boleh kita amalkan adalah solat Tahajjud, solat Dhuha, membaca Al-Quran, solat berjemaah di masjid, sedekah setiap hari, jaga wudhu terus-menerus, dan amalkankan istighfar setiap hari.. Marilah kita sama-sama mengamalkannya.. 

Kalau tidak mampu untuk melakukan seperti yang di atas, paling kurang pun kita laksanakan sunnah Rasulullah SAW seperti cara Baginda memotong kuku, makan, berpakaian, berbicara dan lain-lan lagi.. Semoga kita menjadi hamba Allah SWT dan umat Nabi Muhammad SAW yang sentiasa bersyukur.. InsyaAllah, aamiin..

Betapa bertuahnya kita menjadi umat Nabi Muhammad SAW.. Seharusnya kita bersyukur dan menghargai perjuangan dan pengorbanan Rasulullah SAW menegak dan menyebarkan agama Islam sehingga kita pada akhir zaman hari dapat menikmati nikmat Islam.. Semoga kita sentiasa berusaha menjadi umat Baginda SAW yang sentiasa menyintai dan merindui baginda dengan rasa cinta dan rindu yang sebenarnya.. InsyaAllah, aamiin.. J

Rasulullah SAW bersabda:

“Barang siapa yang menghidupkan Sunnahku berarti dia cinta kepadaku dan  barangsiapa yang cinta kepadaku, maka ia akan bersamaku di dalam syurga.”
(Hr. As Sajzi dari Anas)

Rasulullah SAW sangat menyintai umat Baginda sehingga di saat kewafatan Baginda, Baginda SAW masih risau akan keadaan umat Baginda selepas ketiadaan Baginda.. Sungguh besar rasa cinta Rasulullah SAW terhadap kita, umat Baginda SAW.. Subhanallah.. J 

Hargailah pengorbanan dan kasih sayang Baginda yang tidak ternilai untuk kita dengan penuh penghayatan.. Semoga kita memperolehi syafaat daripada Baginda SAW dan bersama-sama Baginda di hari akhirat kelak. InsyaAllah, aamiin.. J


P/S: Jom kita perbanyakan selawat ke atas junjungan besar Rasulullah SAW.. J

Tiada ulasan:

Catat Ulasan