Rabu, 22 April 2015

BUDAYA KEMUNGKARAN

Assalamualaikum WBT sahabat fillah semua.. Semoga kalian sentiasa dalam perlindunganNya di dunia dan di akhirat.. Lama tak menconteng di dinding blog tersayang ni.. J

Sahabat perasan tak, ramai di kalangan umat Islam semacam ‘selesa’ dengan budaya berpasanganan (bercouple).. Seolah2 ia menjadi suatu keperluan dan kemestian.. Bila seseorang itu tidak mempunyai “couple” seolah2 menjadi suatu yang pelik pula... Allahu... L

Yang pelik lagi bila ada yang cemburu bila tengok orang ‘bercouple’..  Orang buat benda yang Allah SWT larang pun nak cemburu?? Allahu.. Muhasabah diri sama..

Perasaan tu tak sewajarnya ada dalam diri seorang yang bergelar Islam.. Perasaan yang sewajarnya wujud dalam diri apabila melihat kemungkaran itu adalah membenci perbuatan itu, bersyukur kerana kita tidak terjerumus dalam dosa itu dan berdoa semoga Allah lindungi kita dari berbuat kemaksiatan.. Kita sama2 berdoa agar mereka yang terlibat diberikan petunjuk.. Aamin.. J

Begitu juga dengan kemungkaran yang lain seperti meninggalkan solat, riba, derhaka kepada orang tua, tabbaruj dan kemungkaran2 yang lain yang seolah2 menjadi perkara biasa pada akhir zaman ini.. Sedangkan ia adalah bentuk2 kemaksiatan dilarang Allah SWT..


P/S: Semoga kita semua sentiasa di dalam rahmat dan keredhaanNya di dunia dan di akhirat.. Aamiin.. (^_^)

Selasa, 21 April 2015

HARGAI ‘PELUANG’ YANG ADA

Assalamualaikum WBT sahabat fillah semua.. Kaifa halukum… Semoga kalian sentiasa didalam perlindungan dan redha Allah SWT.. Aamiin.. Hari ni genap umur saya 25 tahun.. Alhamdulillah, syukur dengan nikmat umur yang Allah SWT pinjamkan kepada saya.. Semoga hari esok dan hari-hari mendatang, In Syaa Allah saya menjadi hamba-Nya yang lebih beriman dan solehah.. Aamiin.. J
Semoga hari ini dan hari-hari yang akan tiba, saya menjadi insan yang lebih kuat semangat, banyak manfaat, suka beramal, sentiasa ikhlas, khusyuk, tawadhuk dan istiqamah beribadat hanya kerana Allah SWT, terus berusaha kejar cinta dan redha-Nya dan sentiasa ingat akhirat dan kematian.. In Syaa Allah.. Aamiin Allahumma Aamiin.. J

Sahabat, cuba kalian refresh balik tahun lepas.. Tanya diri kita.. Apa yang kita buat masa tu? Siapa kita ketika itu? Macam mana keadaan kita waktu tu? Adakah sekarang ni lebih baik atau mungkin sama saja.. Tapi, harap2 jangan lagi teruk ye.. Nauzubillah min zalik..

Allah beri peluang untuk kita ubah hidup kita tahun lepas, apa kita buat? Pernah ke kita rasa syukur dengan peluang itu? Adakah kita dah guna peluang ini sebaik2nya atau kita hanya sia2kan peluang itu? Sama2 kita muhasabah diri..

Tak semua orang dapat ‘peluang’ yang sama macam kita.. Berapa banyak orang sekeliling kita ‘pergi dulu’ sebelum kita dalam masa setahun ni? Apa ikhtibar yang kita dapat dengan pemergian mereka? Allah masih sayang pada kita, sama2 kita guna peluang yang masih ada sebaiknya untuk kita ubah diri kita kepada yang ‘diri yang lebih baik’ dari hari ke hari.. Moga masih ada ‘peluang’ itu buat kita.. In Syaa Allah.. Aamiin... J



P/S: ‘Peluang’ tak semua orang dapat tau.. Jadi bila dah dapat ‘peluang’ gunakan sebaik2nya.. Alhamdulillah.. J

Sabtu, 18 April 2015

YAKINLAH JANJI ALLAH

Assalammualaikum WBT, sahabat fillah… Kaifa halukum.. Diharapkan kalian didalam pelindungan Allah SWT sentiasa.. Aamiin… Lama betul saya tak menconteng dinding blog ni kan.. Kali ni entri saya berkaitan dengan keyakinan kita terhadap janji Allah SWT.. J

Sahabat, Allah SWT tidak akan menjadikan sesuatu itu sia-sia... Setiap sesuatu yang Allah SWT telah tetapkan untuk seseorang hambaNya adalah yang terbaik untuk hambaNya itu.. Kita sebagai hambaNya perlu yakin dengan ketentuanNya itu..

Begitu juga berkaitan dengan jodoh.. Kadang2 saya tak faham kenapa bila ternampak pasangan yang dirasakan tidak sesuai dari segi rupa, darjat atau  kedudukan, maka akan ada suara yang mempersoalkan semua itu… L

Allah SWT dah janji yang wanita yang baik untuk lelaki yang baik dan begitu juga sebaliknya. Allah tak pernah janji bahawa orang yang cantik dengan orang hensem dan orang kaya dengan orang yang kaya jugak kan…  Tapi yang Allah SWT janji adalah orang baik yang baik.. Jadi yakinlah dengan janji Allah SWT…

Andai  kita pernah menyimpan perasaan atau tertarik dengan akhlak seseorang dan berharap dia menjadi pasangan hidup kita.. Namun, dia bukan jodoh untuk kita.. Redha dan bersangka baiklah kepada Allah SWT bahawa Dia dah tetapkan orang baik lain atau yang lebih baik untuk kita begitu juga dia.. Jadi, jangan sedih atau putus asa.. J

Apa yang penting, jadi hambaNya yang taat kepada segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya.. Semoga jodoh yang Allah SWT tetapkan buat kita adalah jodoh yang baik juga.. In Syaa Allah.. Aamiin Allahumma Aamiin… J


P/S: Yakinlah dengan kasih sayangNya bahawa setiap ketentuanNya itu adalah yang terbaik  buat kita… Sesungguhnya, Allah SWT Maha Mengetahui apa yang terbaik buat hambaNya

Rabu, 12 November 2014

CARA ATASI KEMARAHAN

Assalamualaikum WBT, sahabat fillah.. Hari ni saya nak kongsikan dengan kalian, tips untuk atasi kemarahan.. Marah datangnya daripada syaitan dan syaitan berasal dari api dan api hanya dapat dipadamkan dengan air.. Oleh itu, untuk memadam api kemarahan, ambillah wudhuk.. Semoga hati kita tenang kembali.. J


Tips lain untuk mengatasi  kemarahan adalah:

Mula2, sahabat Selawat (3 kali):
~> Allahumma salli 'ala Sayyidina Muhammad

Kemudian, kalian baca surah At-Takwir ayat 17 dan 18 (3 kali)
~> Surah yang ke-81 dalam Al-Quran.

# Setiap kali baca, tarik nafas dalam2 dan hembus perlahan-lahan... Semoga masuk kebaikan dalam diri dan keluar kejahatan dari diri kita..

Perkongsian ilmu ini saya petik daripada tazkirah Ustaz Muhammad bin Abdullah Al Amin... Tabarakallah.. Semoga kita dapat amalkan sama2... Aamiin...J


P/S: Ingatlah Allah SWT sentiasa.. Basahkan lidah dengan zikrullah… Moga selamat di Dunia dan di Akhirat.. J

SABARLAH....

Assalammualaikum sahabat fillah semua.. Entri saya kali ni adalah berkaitan dengan SABAR... Dalam hidup ni kita kena banyak bersabar menghadapi pelbagai cabaran dan ujian.. Kemanisan iman akan dapat kita rasai bila kita bersabar… Jadi, sabarlah sahabat sekalian... J

Firman Allah SWT:
“Hai orang-orang yang beriman, mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan (mengerjakan) shalat, sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar.”
(Al-Baqarah:153)
Berkaitan sabar ni, saya nak kongsikan ilmu yang saya dapat masa saya dengar ceramah Ustaz Muhammad bin Abdullah Al Amin kat radio IKIM.fm.. Ustaz cakap, apa yang perlu kita lakukan  kalau orang buat atau cakap buruk2 kat kita, kita kena ikut 2 rules..

Rule 1: Sabar
Rule 2: Return to rule 1

Kesimpulannya, apa pun keburukan orang buat dan cakap kat kita, kita kena sabar, sabar dan terus bersabar... Dia penat nanti, dia berhenti la.. J

Betul la kan sahabat, sebab sabar kan sebahagian daripada iman… Tapi, kalau kalian rasa tak boleh nak sabar, letak tangan kat dada dan ucapkanlah:
"Hasbunallah  Wa Ni'mal Wakil Ni'mal Maula Wa Ni'man Nasir"

In Syaa Allah, hati kalian akan tenang.. Semoga perkongsian ini bermanfaat dan selamat beramal..

P/S: Sabar bila ditimpa ujian (kesenangan atau kesusahan).. Semoga Allah SWT redha hidup kita.. Aamiin.. J

ISLAM ITU MUDAH, JANGAN RUMITKAN

Assalamualaikum WBT sahabat fillah semua… Harap kalian sihat dan diredhai Allah sentiasa..Aamiin.. Lamanya saya tak mencoretkan sesuatu untuk dikongsikan ilmunya buat kalian yang saya sayang kerana Allah… J

Kalian perasan tak yang kat Malaysia ni seolah2 menjadi suatu yg agak pelik bila ada muslimat yang solat dengan tidak memakai telekung sembahyang? Macam sesuatu yang sangat asing untuk mereka terima cara tu.. Sedangkan syarat sah solat bukan pada telekung sembahyang, tapi cukup dengan memakai pakaian yang menutup aurat mengikut syariat... J

Kalau kita dah pakai tudung labuh & tutup dagu, baju longgar, hand sock, kain/seluar labuh & longgar dan stokin, solat je kat mana pun In Syaa Allah boleh... Janji bersih pakaian dan tempat nak solat tu... Sebab pakaian di dalam solat adalah sama di luar solat adalah sama...

Saya pun pernah solat kat luar tanpa pakai telekung sembahyang.. Ada yang pandang pelik dan tegur, saya jawab dan jelaskan elok2 dan Alhamdulillah mereka faham.. J

Bila kita keluar, memang senang sangat nak cari masjid atau surau sebab negara kita memang banyak rumah Allah, tapi kebarangkalian telekung sembahyang yang disediakan cukup dan bersih sukar dijangkakan. Jadi, saya agak kesal, bila ada muslimat yang meninggalkan solat atau solat di akhir waktu hanya kerana tidak ada telekung sembahyang.

Nak selamat, pakailah pakaian yang menutup aurat mengikut syariat.. Kalau bimbang pakaian kotor, bawalah telekung sendiri.. Selesai masalah.. J

Sesungguhnya, Islam adalah agama yang sangat mudah, jadi mengapa kita sebagai penganutnya merumitkan? Tepuk dada, tanya iman..

P/S: Islam itu mudah, tapi jangan ambil mudah.. Peringatan buat diri dan sahabat semua… J

Selasa, 7 Oktober 2014

RAYA KORBAN…

Assalamualaikum, sahabat fillah semua..  Selamat Hari Raya Aidiladha…J Hmmm..saya baru sampai kat kolej awal pagi tadi setelah beraya 2 hari di kampung halaman bersama keluarga tercinta.. Alhamdulillah… J


Setelah 2 tahun menyambut Raya Korban di perantauan, akhirnya tahun ini dapat juga beraya di kampung halaman.. Walaupun sampai di rumah di pagi raya, Alhamdulillah saya masih sempat bantu mak buat juadah untuk tetamu.. Untuk raya korban kali ini, mak dan ayah ambil bahagian korban (tahun lepas x buat sebab saya tak balik raya)...

Raya kali ni memang meriah sampai saya kena masak 2 kali.. Subhanallah...  Ramai yang datang ke rumah.. Seronok sangat bila berkumpul ramai-ramai.. Lagi-lagi bila ada ahli keluarga baru (anak saudara pertama, anak kepada adik lelaki nombor 3 saya).. Ahlan wa sahlan, Dhia.. Dan Alhamdulillah, mak saya dah semakin sihat selepas pembedahan kecil 13 September lepas.. Syukur sangat-sangat…  Alhamdulillah J

Akhir kata, Selamat Hari Raya Aidiladha sahabat semua.. maaf zahir dan batin.. Semoga raya kali ini memberi seribu erti buat kita semua.. J


P/S: Moga Allah merahmati dan meredhai hidup kita semua… Aamiin.. J