Ahad, 31 Mac 2013

BERSYUKURLAH...

Assalamualaikum WBT, ukhwah fillah.. Semoga kita semua sentiasa di dalam redha Ilahi.. Rindunya ingin berkongsi ilmu dengan kalian.. J Entri saya kali ini adalah tentang syukur.. 

Kenapa tajuk ini saya pilih untuk dikongsi bersama kalian?? Kerana ramai manusia sekarang lupa untuk menghargai dan bersyukur nikmat kurniaan Ilahi…  L


Layakkah kita menghina pakaian yang kita miliki lantaran ia tidak cantik di mata kita sedangkan masih ramai sahabat kita di luar sana yang hanya mengimpikan pakaian untuk menutup tubuh mereka dari bahang mentari dan dinginnya malam?? Andai pakaian yang kita hina itu diberikan kepada mereka, betapa gembira kerana mungkin itulah pakaian yang paling cantik yang pernah mereka miliki..

Teman, pantaskah kita mengcaci makanan yang kita makan hanya kerana ia tidak menepati selera kita padahal masih ramai sahabat diluar sana yang kebuluran kerana tiada makanan untuk mengisi perut mereka.. Makanan yang kita hina itu mungkin makanan paling lazat sepanjang hayat mereka dan mereka pasti menghargainya…



tergamakkah kita mempertikaikan setiap nikmat dan anugerah yang Allah SWT berikan, sedangkan ramai lagi insan di luar sana yang mengimpikan hidup seperti kita.. Sanggupkah kita menjadi hambaNya yang sombong terhadap segala nikmatNya sedang kita hanya insan yang lemah dan hina di muka bumiNya yang luas in?? Jadilah hambaNya yang sentiasa bersyukur dengan nikmatNya setiap saat…  Semoga kita dijauhkan daripada menjadi hambaNya yang kufur nikmat… Aamiin… J



P/S: Bersyukurlah sebelum terlambat…. Ingatlah segala yang Allah SWT pinjamkan kepada kita di dunia ini adalah sementara dan Allah SWT boleh mengambilnya kembali kerana semua itu sebenarnya milikNya... J

Selasa, 12 Februari 2013

JODOH...


Assalamualaikum WBT,ukhwah fillah .. Tajuk entri saya pada kali ini adalah tentang JODOH.. J

Pastinya dalam melayari hidup ini kita inginkan setiap apa kita lakukan sentiasa mendapat keberkatan dan keredhaan Allah SWT di dunia dan di akhirat kan..  Begitu jugalah berkaitan dengan jodoh..

Jodoh adalah rahsia Allah SWT.. Dulu saya pernah terfikir, siapakah jodoh saya, layakkah saya untuk dia, bolehkah dia terima saya seadanya dan macam-macam lagi persoalan yang berlegar-legar di dalam kotak fikiran saya.. J 

Tapi sekarang, bila saya muhasabah diri dan banyak belajar mengenainya, saya rasa saya tak perlu terlalu memikirkan soal jodoh kerana ia adalah urusan Allah dan pastinya Allah dah tentukan siapa jodoh saya sejak azali lagi.. Adalah lebih baik saya sibukkan diri saya dengan mencintai Allah SWT dan mensolehahkan diri terlebih dahulu dan semoga Allah memberikan jodoh yang baik untuk saya.. 

Semoga Allah SWT menganugerahkan kepada saya seorang suami yang soleh kerana terdidiknya seorang isteri kerana solehnya suami.. Begitu  juga buat  kalian yang saya sayang kerana Allah SWT.. In syaa Allah, aamiin..

……………………………………………………………………………………………

CORETAN HATI SEORANG WANITA



Jodoh adalah satu anugerah yang terindah pemberiaan Allah SWT kepada hambaNya.. Andai suatu hari nanti jodoh saya tiba, InsyaAllah saya akan menerima jodoh itu dengan hati yang terbuka samada jodoh itu pilihan hati atau pilihan ibubapa.. Semoga saya redha dengan apa yang Allah tetapkan kerana pilihan Allah SWT adalah yang terbaik kerana Dia lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya.. J Sebagai wanita suatu kewajipan untuk saya mencintai dan mentaati insan yang telah Allah SWT tetapkan buat saya sejak di Luth Mahfuz.. Betapa bertuah dan bersyukurnya diri ini andai anugerah itu saya perolehi kerana tidak semua insan dapat memilikinya.. J

Jodoh dan hidup bersama insan yang dicintai hingga ke akhir hayat?? Tak semua yang dapat peluang itu kerana kadang-kadang Allah tidak akan beri apa yang kita ingin tapi Allah beri apa yang kita perlu.. Boleh jadi apa yang kita suka, tidak baik untuk kita dan apa yang kita tidak suka itu mungkin yang terbaik untuk kita.. Sesungguhnya Allah SWT Maha Mengetahui setiap sesuatu di langit dan di bumi… Bersangka baiklah sentiasa  kepadaNya.. J



Sebelum jodoh itu tiba, saya perlu memperbaiki diri saya untuk menjadi muslimah yang solehah.. Saya perlu lebihkan usaha untuk menjadi yang solehah daripada usaha untuk mencari yang soleh.. Saya yakin dengan kalam Allah SWT bahawa wanita yang baik untuk lelaki yang baik, begitu juga sebaliknya.. Saya perlu periksa dan muhasabah diri adakah apa yang Dia perintahkan sudah saya laksanakan dan adakah ibadat itu telah saya lakukan dengan sempurna dan diterimaNya.. Saya perlu berusaha mengapai cintaNya terlebih dahulu sebelum menyerahkan cinta itu kepada insan yang ditetapkan untuk saya tanpa berkurang cinta saya terhadapNya.... J




Cinta… Saya yakin pada perasaan cinta kerana saya juga insan biasa yang memiliki naluri untuk rasa dicintai, menyintai, dikasihi, dirindui, dibelai, dihargai dan dilindungi oleh insan yang benama suami.. Semoga cinta yang bakal hadir dalam diri ini adalah cinta kerana Ilahi.. Saya tak ingin cinta yang dimurkai dan tidak diredhai.. Biarlah cinta itu menambahkan lagi ketaatan dan cinta kami kepadaNya.. Dan semoga insan yang bakal menjadi suami saya adalah insan yang memiliki agama yang teguh dan pekerti yang luhur dan dapat memimpin saya dan bakal zuriat kami di dunia dan di akhirat, In syaa Allah hingga ke Jannah.. Aamiin..  J

Kalian doakan saya ye.. Syukran…J

-Cik Fatin Syuhaidah-
……………………………………………………………………………………………………………….

P/S: Anugerah yang ALLAH SWT berikan terlalu indah dan berharga untuk  hambaNya… Hargailah ia dengan pandangan mata hati.. J

Jumaat, 1 Februari 2013

ALLAH MAHA BIJAKSANA

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih  lagi Maha Penyayang…

Assalamualaikum WBT, ukhti wa akhi semua.. Salam Jumaat juga kepada kalian.. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW.. J  Pada entry kali ini saya ingin membicarakan tentang kekuasaan Allah SWT.

Segala yang berlaku di langit dan di bumi adalah atas kehendakNya dan setiap ciptaan Allah SWT pastinya ada keunikan dan keistimewaan tersendiri.  

Tapi adakah kita sedar dan teliti setiap apa yang Allah ciptakan terutama  yang berada di sekeliling kita???  Tepuk dada, tanya iman.. J

Saya ambik contoh dari segi bahasa.. Pernah tak kalian terfikir bagaimana dari satu bahasa iaitu bahasa Arab yang menjadi bahasa pertuturan Nabi Adam boleh berkembang kepada begitu banyak bahasa di dunia ni?

Contoh paling senang, di negara Asia sendiri dah pelbagai bahasa berlainan yang menjadi pertuturan negara yang berlainan. Dalam negara kita sendiri dah banyak bahasa kan.. Ada bahasa melayu, cina dan india, belum lagi bahasa bangsa lain yang terdapat di negeri Borneo.. Malah bahasa melayu dituturkan dalam pelbagai dialek mengikut neger masing-masing.. Subhanallah, sesungguhnya Allah SWT Maha Bijaksana.. J

P/S: Sahabat, indah dan unik kan ciptaan Allah SWT.. J Dunia ni meriah dengan pelbagai bahasa dan sesungguhnya Allah SWT Maha Mengetahui.. J

Khamis, 24 Januari 2013

SEMARAK CINTA RASULULLAH SAW


Assalamualaikum WBT, ukhwah fillah semua .. Syukur Alhamdulillah kita masih mampu bernafas dan sama-sama meraikan Maulidur Rasul SAW pada  hari ini, 12 Rabiulawal 1434 Hijrah.. 

Di pagi yang mulia ini marilah kita sama-sama memperbanyakkan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW dan semoga amalan ini kita dapat lakukan secara istiqomah pada hari esok dan hari-hari seterusnya, aamiin..

SELAWAT RASULULLAH SAW

Kita sering mengatakan bahawa kita cinta dan rindu terhadap  baginda SAW, tetapi apakah yang telah kita lakukan untuk membuktikan rasa cinta dan rindu kita itu??? 

Rasulullah SAW telah meninggalkan terlalu banyak sunnah untuk diamalkan oleh umat Baginda SAW dan sebagai umat Baginda SAW, marilah kita bersama-sama menyemarakkan cinta terhadap  Rasulullah SAW dengan menghidupkan, melaksanakan dan melestarikan sunnah Rasulullah SAW secara sedaya upaya kita dan istiqomah dalam kehidupan seharian kita..

Antara amalan sunnah Rasulullah SAW yang boleh kita amalkan adalah solat Tahajjud, solat Dhuha, membaca Al-Quran, solat berjemaah di masjid, sedekah setiap hari, jaga wudhu terus-menerus, dan amalkankan istighfar setiap hari.. Marilah kita sama-sama mengamalkannya.. 

Kalau tidak mampu untuk melakukan seperti yang di atas, paling kurang pun kita laksanakan sunnah Rasulullah SAW seperti cara Baginda memotong kuku, makan, berpakaian, berbicara dan lain-lan lagi.. Semoga kita menjadi hamba Allah SWT dan umat Nabi Muhammad SAW yang sentiasa bersyukur.. InsyaAllah, aamiin..

Betapa bertuahnya kita menjadi umat Nabi Muhammad SAW.. Seharusnya kita bersyukur dan menghargai perjuangan dan pengorbanan Rasulullah SAW menegak dan menyebarkan agama Islam sehingga kita pada akhir zaman hari dapat menikmati nikmat Islam.. Semoga kita sentiasa berusaha menjadi umat Baginda SAW yang sentiasa menyintai dan merindui baginda dengan rasa cinta dan rindu yang sebenarnya.. InsyaAllah, aamiin.. J

Rasulullah SAW bersabda:

“Barang siapa yang menghidupkan Sunnahku berarti dia cinta kepadaku dan  barangsiapa yang cinta kepadaku, maka ia akan bersamaku di dalam syurga.”
(Hr. As Sajzi dari Anas)

Rasulullah SAW sangat menyintai umat Baginda sehingga di saat kewafatan Baginda, Baginda SAW masih risau akan keadaan umat Baginda selepas ketiadaan Baginda.. Sungguh besar rasa cinta Rasulullah SAW terhadap kita, umat Baginda SAW.. Subhanallah.. J 

Hargailah pengorbanan dan kasih sayang Baginda yang tidak ternilai untuk kita dengan penuh penghayatan.. Semoga kita memperolehi syafaat daripada Baginda SAW dan bersama-sama Baginda di hari akhirat kelak. InsyaAllah, aamiin.. J


P/S: Jom kita perbanyakan selawat ke atas junjungan besar Rasulullah SAW.. J

Ahad, 20 Januari 2013

KETENTUAN ILAHI...


Assalamualaikum WBT, ukhwah fillah semua…  Segala puji bagi Allah , Tuhan sekalian alam dan selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW..

Dalam mengharungi hidup pinjaman Ilahi ni, kita pasti sering menghadapi sesuatu yang berada di luar kotak fikiran kita kan… Lain yang kita harapkan, lain yang kita dapat..  Lantas kedengaran keluhan dan rintihan di bibir dan di lubuk hati.. Ada kalanya jugak perkara yang pernah atau baru terlintas dalam benak dan hati kita benar-benar terjadi, pantas hati kita mebuat kesimpulan bahawa ianya hanya secara kebetulan.. 

Lupakah kita  bahawa setiap apa yang berlaku adalah ketentuan  Allah SWT dan setiap yang Allah jadikan pastinya berhikmah..??? Jadi tiada yang terjadi secara kebetulan di langit dan di bumi melainkan di atas kehendak Allah SWT yang Maha Kuasa.. Bersangka baiklah kepada Allah SWT kerana sesungguhnya Allah Maha Mengetahui.. 



“Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan), sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang Mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.”
(Al-Baqarah:216)

"Dan pada sisi Allah jualah anak kunci perbendaharaan segala yang ghaib, tiada sesiapa yang mengetahuinya melainkan Dia lah sahaja; dan Ia mengetahui apa yang ada di darat dan di laut; dan tidak gugur sehelai daun pun melainkan Ia mengetahuinya, dan tidak gugur sebutir bijipun dalam kegelapan bumi dan tidak gugur yang basah dan yang kering, melainkan (semuanya) ada tertulis di dalam kitab (Lauh Mahfuz) yang terang nyata."
(Al-An'aam: 59)




Sebagai hambaNya yang kerdil dan lemah di muka bumi Allah SWT, kita seharusnya bersyukur dan redha kepada Allah di atas setiap ketentuanNya terhadap diri kita.. Allah lebih mengetahui apa yang terbaik buat hambaNya.. Alhamdulillah.. 

Terimalah setiap apa yang dihadirkan olehNya dalam hidup kita dengan senyuman.. Walaupun ia kadang-kadang pahit untuk ditelan tapi percayalah pasti ada kemanisannya di kemudian hari.. InsyaAllah.. Sesungguhnya ilmu kita hanya setitis jika dibandingkan dengan selautan ilmu Allah SWT.. Allah Maha Kuasa atas setiap sesuatu di langit dan di bumi.. Allah, Allah, Allah… 


P/S: Bersangka baiklah kepada Allah SWT walau apa pun yang terjadi kerana Dia Maha Mengetahui setiap di langit dan di bumi .. Semoga hati kita menjadi lebih tenang. Aamiin… J

Isnin, 14 Januari 2013

ISTIKHARAH CINTA


Assalamualaikum WBT ukhti wa akhi yang saya sayangi semua..Entri kali ini saya ingin membawa kalian kepada topik istikharah cinta.. Saat hati keliru antara dua pilihan, hanya kepada-Nya kita memohon petunjuk.. 

Hanya kepada Allah tempat kita mengadu dan meminta pertolongan.. Allah sentiasa rindu mendengar hambNya meminta dan berdoa kepada-Nya. 

Saat insan lain sedang lena dibuai mimpi, bangunlah dan dirikanlah solat istikharah pada 2/3 malam untuk mendekatkan diri kepada Allah dan memohon petunjuk daripada-Nya..



Hamba itu lebih hampir kepada Tuhannya, saat dia sujud...
Kala hati mula pasrah, segalanya terjawab melalui istikharah...
Istikharah hati mendebunga cinta dan menemukan jawapan...
Jawapan yang pasti, dalam memburu cinta Ilahi...


Bersaksi cinta diatas cinta
Dalam alunan tasbih ku ini
Menerka hati yang tersembunyi
Berteman dimalam sunyi penuh do'a

Sebut nama Mu terukir merdu
Tertulis dalam sajadah cinta
Tetapkan pilihan sebagai teman
Kekal abadi hingga akhir zaman

Istikharah cinta memanggilku
Memohon petunjukmu
satu nama teman setia
Naluriku berkata

Dipenantian luahan rasa
Teguh satu pilihan
Pemenuh separuh nafasku
Dalam mahabbah rindu

diistikharah cinta.. 

Sabtu, 12 Januari 2013

KUN FAYA KUN

Assalamualaikum WBT semua... Segala puji bagi Allah SWT yang telah mengizinkan kita untuk menikmati nikmat kurniaan-Nya yang sangat besar... Sesungguhnya tiada upaya untuk kita melakukan sesuatu melainkan dengan izin Allah.. 

Betapa lemahnya kita di muka bumi-Nya ini...  Apabila Allah bekehendak dan mengkehendakinya, Dan apabila Dia menetapkan sesuatu maka cukuplah dengan Allah berfirman kepadanya dengan kalimah "Jadilah, maka jadilah ia".. Subhanallah...Maha Suci Allah yang menjadikan setiap sesuatu.. Sesungguhnya janji Allah SWT itu benar.. 

[Al Baqarah:117]
Allah Pencipta langit dan bumi, dan bila Dia berkehendak sesuatu, maka Dia hanya mengatakan kepadanya: "Jadilah!" Lalu jadilah ia."

P/S: Marilah kita sama-sama menjadi hamba-Nya yang beriman, beramal dan bertaqwa kepada-Nya dengan istiqamah setiap hari.. InsyaAllah.. Aamiin..