Isnin, 18 Ogos 2014

HAKIKAT DIRI

Assalamulaikum sahabat.. Ni post last untuk pagi ni.. J  Dah lama tulis entri ni, pagi ni baru sempat post… 

Sahabat, kita ni selalu je takut berdepan dengan realiti atau hakikat hidup kan.. Kita takut dengan apa yang sedang dan bakal tempuh.. Tapi kita terus alpa dengan dunia fantasi ciptaan sendiri.. Hanyut  dengan angan2 palsu sedangkan realiti hidup tak semudah yang kita mimpikan.. Mahu atau tidak, kita harus hadapinya jua..

Kita cakap takut akan kematian,  tapi hakikatnya kita sedang menuju ke arahnya.
Kita cakap sayang nyawa kita, tapi hakikatnya kita selalu ‘membuangnya’ kpd perkara2 lagha.
Kita tahu dunia ni cuma sementara, tapi hakikatnya kita sedang mengejarnya.
Kita tahu Akhirat kekal selamanya, tapi hakikatnya kita selalu mengabaikannya.
Kita akui Al-Quran dan sunnah adalah panduan hidup, tapi hakikatnya kita tak amalkannya.
Kita akui Islam itu indah, tapi hakikatnya kita tak praktikkan keindahannya  dalam hidup.

~HAKIKATNYA, kita hambaNya yang tak pernah kering dari buat dosa… Sama2 kita mohon ampun dan bermunajat kepadaNya… Perjuangan menuju Allah bukan mudah, perlu ada keteguhan iman, istiqomah dan sentiasa muhasabah…  Moga kita mejadi hambaNya yang soleh / solehah.


P/S: Pesanan dan ingatan buat diri dan ukhwah fillah..

HIBURAN ITU MENENANGKAN, BUKAN MELALAIKAN...

Assalammualaikum semua.. Post kedua saya di pagi yang hening ni adalah mengenai hiburan.. Berhibur tak salah sebenarnya, tapi zaman sekarang ni cara berhibur dah tahap ‘MELAMPAUI BATAS”… Dah tak ikut yang syariat gariskan.. Malu sangat bila tengok saudara seagama berhibur ikut cara barat.. Dedah sana sini.. Lalai dari menginagati Allah SWT..  

Hiburan dalam Islam bukan begitu.. Dalam Islam dah ada garis panduan berhibur.. Masih menutup aurat dengan sempurna dan menjaga ikhtilat dan akhlak.. Bersih dari maksiat.. J

“Hiburan sejati, bukan datang dari luar, sebaliknya datang dari dalam ke luar. Tidak ada kehidupan yang tenang kecuali hidup dalam lingkungan dan naungan akidah, syariat dan akhlak Islamiah. Tegasnya, iman itu hiburan yang paling asas dan teras. “
~>USTAZ PAHROL MOHAMAD JUOI  

Mesti sahabat ingat kan lirik lagu Raihan yang popular zaman 90-an dulu pasal berhibur ni kan..  Bak kata Raihan,

Berhibur tiada salahnya,
Kerna hiburan itu indah,
Hanya pabila kita salah memilihnya,
Membuat kita jadi bersalah…

Kita yang memilih cara berhibur..
Nak pilih cara Islam ATAU cara barat..
Tepuk dada, Tanya Iman.. J

Mari kita muhasabah diri adakah hiburan yang kita pilih itu menyenangkan atau melalaikan.. Moga kita menjadi hambaNya yang soleh/solehah.. In Syaa Allah.. Aamiin.. J

P/S:  Pesanan buat sahabat fillah semua dan diri  dan diri sendiri yang selalu lupa dan alpa nikmat dunia yamg sementara.. Astaghfirullahalazim... 

JANGAN PANDANG REMEH, DOSA KECIL

Assalamualaikum sahabat fillah semua… Malam ni saya nak “mengepost” nukilan2 saya yang dah lama terperap dalam  computer tapi tak de masa nak post..  Post pertama adalah tentang dosa yang dilihat biasa oleh umat Islam sekarang.. Walhal dosa tu adalah dosa besar… Macam tak de apa2 pun, slamber je dia buat… Sedih sangat.. L

Ingatlah sahabat, bahawa setiap apa yang kita lakukan di dunia ini walau sebesar biji sawi atau zarah akan dipertanggungjawab ke atas diri kita dan takkan terlepas dari perhintungan dan pandangan-Nya Yang Maha Esa...

Jangan sesekali cakap, contohnya:

"Sekali sekala je kot buat........"
"Ala....dosa kecik je la..."
"Buat apa nak takut, bukan orang tahu dan nampak pun..."
"Lepas buat ni, kita taubat la.."
"La..takkan ni pun dosa.. Orang lain lagi teruk, kita buat mcm ni je takkan tak boleh..."

Astaghfirullah... Seringan2 azab neraka sampai menggelegak otak.. Allahu....  Jangan pandang ringan dosa kecil.. Kita tak tahu pun bila ajal kita, entah sempat atau tidak untuk bertaubat.. Nazubillah...

P/S: Saya menyampaikan pesanan ini kerana saya sayang kalian kerana Allah SWT dan supaya kita sama2 pesan dan ingatkan pada diri kita... Semoga kita menjadi hamba-Nya yang soleh/solehah.. In Syaa Allah... Aamiin..

Sabtu, 16 Ogos 2014

KITA JUGA PENDOSA...

Assalammualaikum WBT ukhwah fillah semua… Semoga kalian sihat2 selalu hendaknya… Aamiin… Moga segala urusan dipermudahkan olehNya..  In Syaa Allah.. Aamiin… J

Sahabat, hati saya sakit sangat bila dengar orang buka aib orang… Telinga macam panas je…

Cara yang saya praktikkan untuk elakkan diri  berkongsi “dosa buka aib orang”:
1) Lari je dari situ
2) Kalau tak boleh lari (atas sebab2 tertentu), pakai earphone dengar bacaan al quran ke, zikir ke, nasyid ke..
3) Kalau memang tak boleh nak buat apa, berzikir dan istighfar tanpa henti.. Moga Allah ampunkan dosa kita.. Astaghfirullah…L

Kalau tengok orang buka aib orang, macam seronok je dorang tu kan... Memanglah, sebab syaitan akan jadikan maksiat itu indah kepada pelakunya..  Astaghfirullah… L

Kenapa la suka sangat nak bagi ‘FREE’ pahala kat orang lain.. Dah la pahala bukannya banyak sangat.. Dah habis pahala tu, dosa dia pulak kita kena tanggung.. Nauzubillah min zalik.. L

Sahabat, sebesar mana pun dosa seseorang itu, kita tak berhak membuka aibnya..

Kalau kita di tempatnnya, mesti kita akan malu, marah kan kalau orang buka aib kita..

Cukup dengan kita menjadikan kesilapannya sebagai ikhtibar dan mendoakannya berubah..
Mungkin suatu hari nanti, dia lebih baik daripada kita…

Siapa tahu kan…

Ya, tiada yang mustahil bagi Allah SWT...



Kita tak berhak menghukum, kerana kita juga insan berdosa… L
Kerja menghukum, kerja Allah…

Jadi kita buat je tanggungjawab kita sebagai hamba-Nya…
Tambah amal, bukan tambah dosa…


P/S: Tutuplah aib orang di dunia ni, nescaya Allah akan tutup aib kita di akhirat.. Allahu.. 

Isnin, 21 April 2014

ALHAMDULILLAH... (^_^)

Assalamualaikum WBT, ukhti wa akhi semua… Syukur Alhamdulillah, hari ini genap usia saya 24 tahun… Alhamdulillah, masih dipanjangkan usia ini... Mungkin agak lambat saya menulis tentang hari indah ini kerana beberapa minit je lagi nak masuk ke tarikh baru...  J



Pagi tadi, saya terima mesej ucapan hari lahir dari keluarga saya nun jauh di kampung halaman... Terubat juga rindu di hati...  Hehe.. Maklum la, dah lama tak balik kampung, jadi rindu pun membuak-buak lah...

Dah hampir 3 tahun saya menuntut ilmu di negeri orang dan 3 tahun juga la saya tak sambut hari lahir bersama keluarga.. Sebabnya asal je hari lahir saya, mesti study week dan asal je study week mesti tak dapat balik sebab ada extra class.. Tapi never mind la, ilmu lagi penting kan.. Hehe.. Nanti balik kampung boleh la sambut... J

Apa-apa pun, saya harap saya dapat gunakan usia ini dengan lebih manfaat dan lebih kebaikan yang dapat saya lakukan.. Saya harap saya dapat terus istiqamah berusaha menjadi wanita solehah dan kuat untuk tempuh walau apa dugaan dan rintangan yang datang menghalang.. Semoga saya dan keluarga dilindungi, dirahmati dan dilindungi di dunia dan di akhirat.. Begitu juga kalian... In Syaa Allah… Aamiin… 


P/S: Semoga saya dapat gunakan peluang dan usia pemberian Allah SWT ini untuk perbaiki diri... Aamiin.. J

Khamis, 10 April 2014

GAME SEBUAH KEHIDUPAN

Assalamualaikum WBT ukhwah fillah semua.. Entri saya pada kali ini bertajuk ‘GAME SEBUAH KEHIDUPAN’. Syukur Alhamdulillah kepada Allah SWT kerana menganugerahkan ilham dan ilmu ini kepada saya untuk dikongsikan kepada kalian.  



Kehidupan kita di dunia ini jika dilihat dan diteliti seolah2 sebuah ‘game’… Dipermulaan kehidupan, kita lalui hidup ini dengan mudah, kemudian datang segala macam ujian, nikmat dan pertolongan daripada Allah dalam perjalanan menuju ke garisan penamat.

Allah sentiasa memberikan nikmat dan anugerah untuk kita syukuri dan gunakan dengan sebaiknya ke jalanNya. Tapi kadang2 Dia juga berikan juga kita sedikit dugaan dan ujian untuk kita hadapi dengan redha dan sabar keranaNya..


Andai kita terleka, kita mungkin akan tersasar dari laluan yang sebenar. Namun, rahmat dan pertolongan Allah SWT sentiasa ada dan akan datang kepada kita sebagai panduan dan tuntunan supaya kita kembali ke laluan yang lurus dan benar. Allah sentiasa beri peringatan, ruang dan peluang untuk kita perbetulkan keadaan dan tidak mengulangi kesilapan.. Alhamdulillah… J




Jangan biarkan nikmat dunia memesongkan jalan dan ujian daripada Allah melemahkan perjuangan hidup kita kerana semua itu adalah tanda kasihNya yang tidak pernah hilang untuk kita. Matlamat akhir kita adalah Akhirat yang kekal abadi..  Kumpullah pahala sebanyak-banyaknya untuk Akhirat dan jangan biarkan dosa mengurangi dan menghalang kita memasuki Syurga Ilahi.. 

Perjalanan menuju Allah bukannya mudah… Perlu ada mujahadah, istiqamah, redha, sabar dan ikhlas keranaNya...

Jangan pernah mengalah walau apa pun yang datang menghalang kerana pertolongan Allah sentiasa ada untuk kita.. Andai kita berjaya lalui jalan yang benar, Syurga adalah ganjarannya.. Tapi andai kita terus terpesong dari jalan itu, Neraka adalah hukumannya.. Allahu… :’(



P/S: Dunia sementara diciptakan untuk manusia, tetapi manusia diciptakan untuk Akhirat yang kekal abadi.. Hargailah hidup ini sebelum hidup kita “game over”…

Ahad, 6 April 2014

DUNIA ATAU AKHIRAT PRIORITY KITA???

Assalammualaikum WBT, ukhwah fillah semua.. Entri saya pada kali ini adalah tentang dunia dan akhirat kita.. Mungkin ia sekadar luahan hati saya tentang keduniaan yang terlampau di akhir zaman ini.. Sedih sangat bila fikir semua tu.. Terkadang kita sukar untuk kita lari dari terpalit dengan semua itu..


Asal ada cerita ‘panas’ asal aib orang lain, mesti ramai yang duk ambil part.. Beristighfar banyak-banyak.. Sebenarnya tu semua tak penting pun.. Allah tak tanya pun kita pasal diaorang kat Akhirat kelak, tapi Allah tanya pasal amalan kita..





Daripada kita sibuk pasal diaorang, adalah lebih afdhal kita sibuk pasal diri kita ni.. Entah macam mana kita keadaan kita masa menghadap Allah nanti, kat dalam kubur, kat padang Masyhar,  amalan2 kita kt dunia ni Allah terima ke tak, mampu ke kita melintasi siratulmustaqim dengan selamat, syurga atau neraka yang akan kita dapat nanti dan banyak lagi la perlu dimuhasabah bersama.. Allahu.. L




Yang lagi sedih, bila ada yang cakap pasal agama, ingatkan tentang kematian, tanya tentang Allah dan Rasululullah atau apa2 berkaitan Akhirat cepat2 angkat tangan dan tutup telinga.. Pelik.. Padahal itu yang perlu kita risau dan ambik tahu..



Kita kat dunia ni kejap je, Akhirat tujuan kita yg sebenar.. Jangan lupa tujuan Allah SWT jadikan kita kat dunia ni.. Moga kita tak lupa janji kita kat Allah SWT dulu.. Dunia ni memang Allah ciptakan untuk kita, tapi kita diciptakan utk Akhirat..  Dunia hanya pinjaman, Akhirat jua yang selamanya..



P/S: Pesan pada diri, setiap apa yag kita buat kat dunia ni tak kan terlepas dari penglihatan Allah dan akan dihakimi.. Ingatan buat diri kita yg selalu alpa dan lupa..