Isnin, 27 Ogos 2012

BALASAN UNTUK SOLAT YANG DITINGGALKAN


Assalamualaikum WBT ukhwah fillah....  Entri saya kali adalah tentang SOLAT... Solat adalah ibadat yang diwajibkan oleh Allah SWT terhadap hamba-Nya dan sebagai bukti kecintaan seorang hamba kepada Sang Pencipta Yang Maha Esa..


“Sesungguhnya apabila seseorang hamba berdiri untuk solat maka diletakkan semua dosa-dosanya diatas kepala dan kedua bahunya. Setiap kali ia rukuk atau sujud akan berjatuhlah dosa-dosanya itu” – Hadis riwayat Attabrani.

Perkara pertama yang akan disoal di akhirat kelak adalah solat.. Jika sempurna dan diterima baik solat itu, maka amalan dan ibadat lain juga akan diterima dengan kiraan yang mudah... Begitu juga sebaliknya.. Betapa pentingnya solat dalam kehidupan kepada seseorang hamba-Nya..

Jika seseorang menjaga solat 5 waktu, maka Allah akan memuliakannya dengan 5 perkara:

* Masuk syurga tanpa dihisab.
* Dihindarkan dari seksaan kubur.
* Dihindarkan dari kesempitan hidup.
* Berjalan di atas sirat bagaikan kilat.
* Diberi kitab amalnya dengan tangan kanan.

Tetapi jika seseorang memandang ringan tentang ewajipannya untuk menunaikan solat maka, Allah akan membalas perbuatannya itu dengan 15 seksaan:

Ketika di dunia:
1. Dicabut berkat pada umurnya.
2. Dihapus tanda orang soleh pada wajahnya.
3. Amalan yang dikerjakannya tiada pahala.
4. Doanya tidak diangkat ke langit.
5. Tidak mendapat pahala orang solehin.

Ketika mati;
6. Mati dalam kehinaan.
7. Mati dalam kelaparan.
8. Mati dalam kehausan, walau diberi air selautan pun tidak
mencukupi.

Ketika dalam kubur:
9. Disempitkan kuburnya hingga berselisih tulang rusuknya.
10. Dinyalakan api di dalam kubur lalu bermainlah ia di dalamnya siang
dan malam.
11. Didatangi ular `Syuja` yang buta mata dan kukunya dari besi dimana
setiap kuku panjangnya mengambil masa perjalanan sehari.

Ketika hari kiamat:
12. Diberatkan hisabnya.
13. Mendapat kemurkaan Allah.
14. Dimasukkan terus ke dalam neraka.
15. Putus dari rahmat Allah.

“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan solat, dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk”

P/S: Marilah kita sama-sama mengingatkan diri sendiri supaya sentiasa bertakwa dan berpegang teguh dengan suruhan dan perintah Allah. Setiap kebaikan dan ibadah yang dilakukan, pastinya diberikan ganjaran terbaik oleh Allah S.W.T.

Sabtu, 25 Ogos 2012

FADHILAT PUASA ENAM DI BULAN SYAWAL :)


Assalammualaikum W.B.T dan salam ukhwah buat ukhti dan akhi semua.. Pada malam ini  saya ingin mencoretkan sesuatu buat kalian.. Tajuk entri pertama saya adalah tentang puasa enam...

Kepada yang belum berpuasa enam dan berhajat untuk menambahkan amalan di bulan mulia ni, masih belum terlambat untuk melakukannya... Untuk ukhti yang tidak mahu melepaskan keistimewaan puasa enam ini,seelok-eloknya ganti puasa Ramadhan dulu ye... Kita buat yang wajib dulu, lepas tu buat yang sunat pula.. InsyaAllah sempat kalu kita buat segera.. Rugi rasanya kalau kita biarkan keistimewaan puasa enam pergi begitu saja..

Dari Abu Hurairah (r.a), Nabi bersabda: "Barangsiapa berpuasa Ramadhan lantas disambung dengan 6 hari di bulan Syawal, maka ia bagaikan telah berpuasa selama setahun".

Satu keistimewaan yang difahami dari sabda Nabi Muhammad SAW itu ialah satu kebajikan dan peluang yang paling berharga disediakan kepada orang-orang yang mengejar nikmat dan kemurahan Allah taala sepanjang hidup terdapat pula di bulan syawal iaitu puasa enam hari di dalamnya. Ganjaran pahala diberikan oleh Allah SWT kepada mereka yang berpuasa enam di bulan Syawal ini ialah seperti ganjaran pahala kepada yang berpuasa setahun.

Diantara kelebihan puasa enam hari di bulan syawal ialah puasa enam umpama sunat rawatib sesudah solat fardhu bagi menampung kekurangan puasa fardhu menjadi tanda diterima puasa ramadhan yang kita kerjakan sebagai tanda bersyukur kepada ni'mat yang diberikan di bulan Ramadhan seperti nikmat kesihatan tubuh badan yang baik mendapat kebaikan berlipat ganda serta diangkat darjatnya memudahkan malaikatul maut mencabut nyawa. Oleh yang demikian marilah kita merebut peluang yang ada dan mengerjakan puasa enam demi mendapatkan fadhilat yang ditetapkan Allah padanya serta inginkan keredhaan Nya.

P/S: SELAMAT BERPUASA ENAM SEMUA... Moga kita melakukan ibadah dengan ikhlas dan istiqomah dan semoga ibadah tersebut diterima oleh Allah SWT.. Aamiin... :)