Assalammualaikum sahabat fillah.. Dah 2 tahun 6 bulan sy x update apa2 entri di dinding blog. Rindunye.. Ok, kali ni entri saya tentang 'RAHSIA ALLAH'..
Dalam hidup kita, ada beberapa perkara yang Allah rahsiakan daripada kita. Kenapa Allah rahsiakan?
Ada 2 sebab:
1) Allah nak kita berusaha
2) Allah nak kita bersedia
Saya ambil contoh jodoh n ajal ye. Sebab 2 perkara ni yg selalu jadi topik perbualan.
Macam jodoh, Allah rahsiakan sebab Dia nak kita berusaha. Usaha utk perbaiki kualiti diri dalam setiap aspek. Nak jodoh yang baik, kena la jadi baik dulu. Yang penting lakukan semata2 kerana Allah SWT. Andai tiada jodoh di dunia, In Syaa Allah di syurga.. Aamiin..
Ajal pula Allah nak kita bersedia. Setiap orang pasti merasai detik kematian. Oleh itu, kita perlu bersedia menghadapinya. Bersedia dengan memperbanyakkan amalan di dunia utk diperhitungkan di akhirat. Kerana kita tak tahu bila Allah akan jemput kita untuk bertemu dengan-Nya. Sungguh, kehidupa di dunia hanya persinggahan sebelum menuju ke destinasi abadi. Semoga husnul khotimah untuk kita.. Aamiin..
Allah jua yang Maha Mengetahui setiap sesuatu di langit dan di bumi.. Allahu..
P/S: Sentiasalah husnuldzon kepada Allah SWT. Mati itu pasti, jodoh In Syaa Allah.
Khamis, 14 Disember 2017
Sabtu, 30 Mei 2015
IKHTILAT YANG TAK TERJAGA
Assalammualaikum WBT, sahabat
fillah.. Bestnye petang2 macam ni kalau
duduk kat tepi pantai dengan angin sepoi-sepoi bahasa sambil melihat keindahan
cipataan Allah SWT.. Tapi.. yang tak bestnye bila tiba-tiba terlihat pasangan
‘couple’ yang sedang ‘berdating’… Putus mood ketenangan.. Jangan pulak kita
kutuk mereka, tapi doakanlah mereka.. Kita benci perbuatan mereka, bukan diri
mereka.. Moga Allah SWT beri petunjuk kepada mereka.. Aamiin.. J
Hmmmm…sambung cerita.. Kalau tengok isu pergaulan zaman sekarang ni
boleh dikatakan tahap melampau… Apa tidaknya, sana sini boleh nampak pasangan
‘couple berdating’.. Ala-ala islamik pun ada.. Allahu… L Belum lagi yang lepak sana sini
bercampur perempuan lelaki.. Takut dan ngeri sangat bila fikir tentang
anak-anak masa depan kalau zaman sekarang pun dah macam ni.. L
Kalau kita larang, dikatanya Islam ni
mengongkong.. Itu tak boleh, ini tak boleh.. Nak bergaul pun tak boleh..
Sebenarnya Islam bukan anti pergaulan, tapi islam menyekat pergaulan bebas
tanpa batas yang mengundang kemurkaan Allah SWT… Nak bergaul tak salah, tapi
kenalah bergaul dengan berlandaskan syariat.. Jaga batas-batas pergaulan..
Semua ni tidak lain adalah untuk menjaga diri kita daripada fitnah...
Dalam Islam, kaum hawa dan
kaum adam dibenarkan berinteraksi antara satu sama lain dalam 3 keadaan..
1)
Bermuamalat
2) Belajar
3) Urusan perkahwinan
Kita bukan hanya perlu menjaga batas
pergaulan dalam kehidupan realiti sahaja, tapi pergaulan di alam maya juga
perlu dijaga berlandaskan syariat.. Tak kira la berhubung dengan telefon, sms
atau media sosial… Semua kena jaga..
Jangan sampai terbabas ke lembah dosa dan mengundang kemurkaan Allah
SWT.. Nauzubillah min zalik.. L
Saya sedih,
pelik dan geram melihat umat Islam seronok berikhtilat di dalam media sosial..
Islam tak pernah ajar pun benda-benda macam tu, malah kita ditegah daripada
melakukannya.. Jadi, benda yang tak ada dalam Islam janganlah kita buat.. Pesan
pada diri kita, ok… J
P/S: Setiap perkara yang
kita lakukan biarlah semata-mata untuk mendapatkan keredhaanNya, bukan
mengundang kemurkaanNya.. Sama-sama kita jaga batas pergaulan… (^_^)
Jumaat, 29 Mei 2015
PEMIMPIN SEBENAR
Assalammualaikum WBT, sahabat fillah..
Syukur Alhamdulillah kerana masih diberi peluang untuk meneruskan hidup ini..
Berkongsi sedikit coretan dan ilmu dengan kalian.. Post kali ini saya tertarik
untuk mencoretkan tentang ‘erti pemimpin yang sebenar’.
Sahabat, semua orang boleh jadi ketua,
tapi tak semua orang boleh jadi pemimpin.. Dan pemimpin yang terbaik adalah
orang mampu memimpin keluarganya mengikut landasan yang telah digariskan syariat…
Pemimpin yang tak mampu memimpin keluarganya bukan “pemimpin yang sebenar”.. Walau bagaimana berjaya pun sesuatu negara, organisasi, atau apa2 yang berada dibawahnya, dia sebenarnya bukan seorang “pemimpin” tapi dia hanya seorang “ketua”..
Seorang buruh biasa yang
berjaya memimpin keluarganya lebih hebat daripada seorang menteri yang hanya
berjaya memimpin organisasinya tetapi gagal memimpin keluarganya..
Analoginya saya beri
begini, ada dua pemandu kereta.. Seorang
hanya memandu kereta mengikut caranya sendiri, seorang lagi memandu dengan
mengikut segala peraturan jalanraya.. Yang mana lebih selamat?? Pastinya yang
memandu dengan mengikut peraturan kan.. Mungkin ramai orang yang boleh memandu, tapi tak
ramai orang boleh memandu dengan selamat.. J
Begitu juga dengan kehidupan terutama
dalam rumahtangga, seorang pemimpin perlulah memimpin dengan mengikut apa yang
telah Allah SWT perintahkan.. Bukan memimpin dengan dengan citarasa sendiri,
kerana impaknya bukan hanya pada pemimpin tetapi juga kepada yang dipimpin..
Jadi kepada ukhti, kalau
nak pilih pemimpin dalam rumahtangga, carilah yang betul2 sedia jadi
“pemimpin”.. Kerana dia yang akan
memimpin kita dan bakal zuriat menuju redha Ilahi.. Tak salah memilih, yang
salah adalah terlalu memilih..
Dan kepada akhi pula,
kalau nak jadi pemimpin dalam rumahtangga, pastikan diri benar2 bersedia..
Kerana bukan senang nak jadi pemimpin.. Perlu ada akhlak, amal dan ilmu yang
cukup.. Kalau rasa masih kurang, tambah dan cukupkanlah..
Tak ada manusia yang sempurna selain
Rasulullah SAW, tapi kita masih ada peluang untuk perbaiki diri kepada
yang lebih baik dari hari ke hari..
P/S:
Jadilah pemimpin yang “memimpin” bukan hanya “mengetuai”..
Selasa, 5 Mei 2015
JAGA HATI KITA
Assalamualaikum WBT sahabat fillah… Semoga kalian
sentiasa dalam redha dan perlindunganNya.. Aamiin.. Apa khabar hati kita? Sihat
ke? Bersih ke? Hati… Cakap pasal hati, syaitan memang suka ganggu kita terutama
bila berkaitan hati…
Kalau kita nak buat sesuatu yang baik, buat je.. Sebab
syaitan akan sedaya upaya membisikkan ke dalam hati kita dengan bermacam alasan
supaya kita tak buat perkara baik tu..
Contohnya:
“Jangan buat, nanti kau riak”
“Kau ikhlas ke?”
“Kalau kau buat mesti orang cakap kau nak
menunjuk je”
Syaitan memang banyak strategi nak halang kita daripada
buat baik.. Bila kita tak buat perkara baik tu, dia gembira kerana berjaya halang kita..
Dan bila kita buat, dia akan bisikkan pula ke dalam hati
kita supaya riak.. Sebab tu kalau kita buat perkara baik, kita kena jaga hati
kita.. Bila timbul rasa riak, ujub, takbur atau perasaan yang seangkatan
dengannya, kita kena cepat2 istighfar.. Jangan sampai syaitan berjaya
merosakkan hati dan amalan kita.. Semoga Allah ampunkan kita, bersihkan hati
kita..
P/S: Sama-sama kita tambahkan amalan menuju
jalan-Nya.. Jangan lupa jaga diri, jaga iman, jaga hati… J
Rabu, 22 April 2015
BUDAYA KEMUNGKARAN
Assalamualaikum WBT sahabat fillah
semua.. Semoga kalian sentiasa dalam perlindunganNya di dunia dan di akhirat..
Lama tak menconteng di dinding blog tersayang ni.. J
Sahabat perasan tak, ramai
di kalangan umat Islam semacam ‘selesa’ dengan budaya berpasanganan
(bercouple).. Seolah2 ia menjadi suatu keperluan dan kemestian.. Bila seseorang
itu tidak mempunyai “couple” seolah2 menjadi suatu yang pelik pula... Allahu...
L
Yang pelik lagi bila ada
yang cemburu bila tengok orang ‘bercouple’..
Orang buat benda yang Allah SWT larang pun nak cemburu?? Allahu.. Muhasabah
diri sama..
Perasaan tu tak sewajarnya ada dalam
diri seorang yang bergelar Islam.. Perasaan yang sewajarnya wujud dalam diri
apabila melihat kemungkaran itu adalah membenci perbuatan itu, bersyukur kerana
kita tidak terjerumus dalam dosa itu dan berdoa semoga Allah lindungi kita dari
berbuat kemaksiatan.. Kita sama2 berdoa agar mereka yang terlibat diberikan
petunjuk.. Aamin.. J
Begitu juga dengan kemungkaran yang lain
seperti meninggalkan solat, riba, derhaka kepada orang tua, tabbaruj dan
kemungkaran2 yang lain yang seolah2 menjadi perkara biasa pada akhir zaman
ini.. Sedangkan ia adalah bentuk2 kemaksiatan dilarang Allah SWT..
P/S: Semoga kita semua
sentiasa di dalam rahmat dan keredhaanNya di dunia dan di akhirat.. Aamiin..
(^_^)
Selasa, 21 April 2015
HARGAI ‘PELUANG’ YANG ADA
Assalamualaikum WBT sahabat
fillah semua.. Kaifa halukum… Semoga kalian sentiasa didalam perlindungan dan
redha Allah SWT.. Aamiin.. Hari ni genap umur saya 25 tahun.. Alhamdulillah,
syukur dengan nikmat umur yang Allah SWT pinjamkan kepada saya.. Semoga hari esok
dan hari-hari mendatang, In Syaa Allah saya menjadi hamba-Nya yang lebih
beriman dan solehah.. Aamiin.. J
Semoga
hari ini dan hari-hari yang akan tiba, saya menjadi insan yang lebih kuat
semangat, banyak manfaat, suka beramal, sentiasa ikhlas, khusyuk, tawadhuk dan
istiqamah beribadat hanya kerana Allah SWT, terus berusaha kejar cinta dan
redha-Nya dan sentiasa ingat akhirat dan kematian.. In Syaa Allah.. Aamiin
Allahumma Aamiin.. J
Sahabat, cuba kalian refresh balik tahun
lepas.. Tanya diri kita.. Apa yang kita buat masa tu? Siapa kita ketika itu?
Macam mana keadaan kita waktu tu? Adakah sekarang ni lebih baik atau mungkin
sama saja.. Tapi, harap2 jangan lagi teruk ye.. Nauzubillah min zalik..
Allah beri peluang untuk kita ubah hidup
kita tahun lepas, apa kita buat? Pernah ke kita rasa syukur dengan peluang itu?
Adakah kita dah guna peluang ini sebaik2nya atau kita hanya sia2kan peluang
itu? Sama2 kita muhasabah diri..
Tak semua orang dapat ‘peluang’ yang
sama macam kita.. Berapa banyak orang sekeliling kita ‘pergi dulu’ sebelum kita
dalam masa setahun ni? Apa ikhtibar yang kita dapat dengan pemergian mereka?
Allah masih sayang pada kita, sama2 kita guna peluang yang masih ada sebaiknya untuk
kita ubah diri kita kepada yang ‘diri yang lebih baik’ dari hari ke hari.. Moga
masih ada ‘peluang’ itu buat kita.. In Syaa Allah.. Aamiin... J
P/S: ‘Peluang’ tak semua
orang dapat tau.. Jadi bila dah dapat ‘peluang’ gunakan sebaik2nya..
Alhamdulillah.. J
Sabtu, 18 April 2015
YAKINLAH JANJI ALLAH
Assalammualaikum
WBT, sahabat fillah… Kaifa halukum.. Diharapkan kalian didalam pelindungan
Allah SWT sentiasa.. Aamiin… Lama betul saya tak menconteng dinding blog ni
kan.. Kali ni entri saya berkaitan dengan keyakinan kita terhadap janji Allah
SWT.. J
Sahabat, Allah
SWT tidak akan menjadikan sesuatu itu sia-sia... Setiap sesuatu yang Allah SWT
telah tetapkan untuk seseorang hambaNya adalah yang terbaik untuk hambaNya
itu.. Kita sebagai hambaNya perlu yakin dengan ketentuanNya itu..
Begitu
juga berkaitan dengan jodoh.. Kadang2 saya tak faham kenapa bila ternampak
pasangan yang dirasakan tidak sesuai dari segi rupa, darjat atau kedudukan, maka akan ada suara yang
mempersoalkan semua itu… L
Allah
SWT dah janji yang wanita yang baik untuk lelaki yang baik dan begitu juga
sebaliknya. Allah tak pernah janji bahawa orang yang cantik dengan orang hensem
dan orang kaya dengan orang yang kaya jugak kan… Tapi yang Allah SWT janji adalah orang baik yang
baik.. Jadi yakinlah dengan janji Allah SWT…
Andai
kita pernah menyimpan perasaan atau
tertarik dengan akhlak seseorang dan berharap dia menjadi pasangan hidup kita..
Namun, dia bukan jodoh untuk kita.. Redha dan bersangka baiklah kepada Allah
SWT bahawa Dia dah tetapkan orang baik lain atau yang lebih baik untuk kita
begitu juga dia.. Jadi, jangan sedih atau putus asa.. J
Apa yang penting,
jadi hambaNya yang taat kepada segala perintah-Nya dan meninggalkan segala
larangan-Nya.. Semoga jodoh yang Allah SWT tetapkan buat kita adalah jodoh yang
baik juga.. In Syaa Allah.. Aamiin Allahumma Aamiin… J
Langgan:
Catatan (Atom)
















