Ahad, 23 September 2012

MAS KAHWIN



Assalammualaikum WBT ukhwah fillah semua…  Entri kali ni saya nak kongsi pendapat saya tentang  mas kahwin. 

Apa yang saya faham tentang mas kahwin adalah ia sesuatu pemberiaan WAJIB zauji kepada zaujah atas sebab perkahwinan.. Tapi sekarang ni salah satu masalah untuk berkahwin adalah mas kahwin tinggi dan ada yang tak masuk akal. Ramai yang ikut trend berbanding yang ikut sunnah Rasulullah SAW... 

Pelik kan, bila meletakkan mas kahwin tinggi kepada zauji yang sudi memperisterikan dan  menanggung dosa-dosa, malah menjadi kunci untuk zaujah solehah masuk Syurga... Apa yang berlaku sekarang sangat bertentangan dengan hadis Rasulullah SAW…

“Daripada Aisyah, Rasulullah s.a.w bersabda bermaksud: ‘Sesungguhnya nikah yang paling besar keberkatannya ialah yang paling murah (rendah) maharnya.’” (Hadis riwayat Al-Baihaqiy)

Tak perlu pun mas kahwin tinggi.. Rasulullah SAW dah cakap yang pernikahan yang paling besar berkatnya adalah yang paling murah maharnya… Keberkatan dan kebahagiaan  tak boleh dibeli dengan mas kahwin yang tinggi...  Wanita bukan dikahwini dengan wang ringgit yang tinggi, tetapi dengan maruah dan harga diri yang tinggi…

Saidina Umar berkata: “Awas! Janganlah kamu melampau dalam memberi mas kahwin kepada wanita kerana sesungguhnya jika wanita itu seorang yang mulia di dunia atau seorang yang bertakwa di sisi Allah, nescaya Rasulullah s.a.w orang yang paling utama berbanding kamu dalam memberi mas kahwin yang banyak.

Andai tiba jodoh yang telah ditetapkan Allah SWT,  In Syaa Allah saya akan memilih kitab suci Al-Quran sebagai mas kahwin… Saya yakin Al-Quran adalah mas kahwin yang terbaik buat diri saya...  Kenapa saya katakan Al-Quran adalah mas kahwin terbaik  adalah:

1. Al-Quran lambang teragung dalam agama Islam dan pemberiannya kepada insan lain umpama satu penghargaan yang tidak ternilai kepada kitab suci tersebut. Malah takrif sesuatu perkahwinan itu dapat ditafsirkan melalui pemberian al-Quran sebagai lambang cinta sejati bersyariatkan agama kepada si isteri.
2. Dapat membawa keberkatan seandainya pasangan mengamalkan isi kandungan al-Quran dalam hidup berumahtangga bersama selepas diijabkabulkan.
3. Mendapat kebaikan dan pahala andai si isteri selalu membacanya, bukan sahaja si isteri malah suami yang memberi juga turut mendapat pahala hingga ke Akhirat.
4. Mas kahwin ayat-ayat al-Quran tidak akan pernah habis dan berakhir walau dibaca berulang-ulang kali dan ayat al-Quran tersebut dapat diajarkan kepada anak, cucu-cicit hingga selama-lamanya. Berbanding mas kahwin seperti wang ringgit yang pinjaman sementara daripada Allah SWT di dunia ni..
5. Andai si suami telah meninggal dunia, seperti kita ketahui hanya amalan, anak yang soleh serta ilmu yang berguna sahaja dapat membantu di Akhirat kelak. Al-Quran yang diberi kepada isteri insya-Allah dapat memberi kemudahan dan ketenangan di sana.

Sungguh besar hikmah memilih Al-Quran sebagai mas kahwin dan manfaat yang dapat kita peroleh untuk membina keluarga sakinah di dunia dan akhirat, insyaAllah hingga Syurga.. Aamiin… Perkahwinan dilakukan untuk mendapat keredhaan daripada Allah , jadi mulakanlah perkahwinan dengan perkara yang diberkati dan diredhai di sisi Allah SWT..

P/s: Semoga kita semua sentiasa berada di dalam perlindungan Allah SWT dan mendapat syafaat Rasulullah SAW.. In syaA allah.. Aamiin.. J

Tiada ulasan:

Catat Ulasan