Assalammualaikum
WBT ukhwah fillah semua… Entri kali ni saya nak kongsi
pendapat saya tentang mas kahwin.
Apa
yang saya faham tentang mas kahwin adalah ia sesuatu pemberiaan WAJIB zauji kepada zaujah atas sebab perkahwinan.. Tapi sekarang ni salah
satu masalah untuk berkahwin adalah mas kahwin tinggi dan ada yang tak masuk akal. Ramai yang ikut trend berbanding yang ikut sunnah Rasulullah SAW...
Pelik kan, bila meletakkan mas kahwin
tinggi kepada zauji yang sudi memperisterikan dan menanggung dosa-dosa, malah menjadi kunci
untuk zaujah solehah masuk Syurga... Apa yang berlaku sekarang sangat
bertentangan dengan hadis Rasulullah SAW…
“Daripada Aisyah, Rasulullah s.a.w bersabda bermaksud:
‘Sesungguhnya nikah yang paling besar keberkatannya ialah yang paling murah
(rendah) maharnya.’” (Hadis riwayat Al-Baihaqiy)
Tak perlu pun mas kahwin tinggi.. Rasulullah SAW dah cakap yang pernikahan yang paling besar berkatnya
adalah yang paling murah maharnya… Keberkatan dan kebahagiaan tak boleh dibeli dengan mas kahwin yang tinggi... Wanita bukan dikahwini dengan wang
ringgit yang tinggi, tetapi dengan maruah dan harga diri yang tinggi…
Saidina Umar berkata: “Awas!
Janganlah kamu melampau dalam memberi mas kahwin kepada wanita kerana
sesungguhnya jika wanita itu seorang yang mulia di dunia atau seorang yang
bertakwa di sisi Allah, nescaya Rasulullah s.a.w orang yang paling utama
berbanding kamu dalam memberi mas kahwin yang banyak.
Andai tiba jodoh yang telah ditetapkan Allah
SWT, In Syaa Allah saya akan memilih kitab suci Al-Quran sebagai mas kahwin… Saya yakin Al-Quran adalah mas kahwin yang
terbaik buat diri saya... Kenapa saya katakan Al-Quran adalah mas kahwin terbaik adalah:
1. Al-Quran
lambang teragung dalam agama Islam dan pemberiannya kepada insan lain umpama
satu penghargaan yang tidak ternilai kepada kitab suci tersebut. Malah takrif
sesuatu perkahwinan itu dapat ditafsirkan melalui pemberian al-Quran sebagai
lambang cinta sejati bersyariatkan agama kepada si isteri.
2. Dapat membawa
keberkatan seandainya pasangan mengamalkan isi kandungan al-Quran dalam hidup
berumahtangga bersama selepas diijabkabulkan.
3. Mendapat
kebaikan dan pahala andai si isteri selalu membacanya, bukan sahaja si isteri
malah suami yang memberi juga turut mendapat pahala hingga ke Akhirat.
4. Mas kahwin ayat-ayat
al-Quran tidak akan pernah habis dan berakhir walau dibaca berulang-ulang kali
dan ayat al-Quran tersebut dapat diajarkan kepada anak, cucu-cicit hingga selama-lamanya.
Berbanding mas kahwin seperti wang ringgit yang pinjaman sementara daripada
Allah SWT di dunia ni..
5. Andai si suami
telah meninggal dunia, seperti kita ketahui hanya amalan, anak yang soleh serta
ilmu yang berguna sahaja dapat membantu di Akhirat kelak. Al-Quran yang diberi
kepada isteri insya-Allah dapat memberi kemudahan dan ketenangan di sana.
Sungguh besar
hikmah memilih Al-Quran sebagai mas kahwin dan manfaat yang dapat kita peroleh
untuk membina keluarga sakinah di dunia dan akhirat, insyaAllah hingga Syurga..
Aamiin… Perkahwinan dilakukan untuk mendapat keredhaan daripada Allah , jadi
mulakanlah perkahwinan dengan perkara yang diberkati dan diredhai di sisi Allah
SWT..
P/s: Semoga
kita semua sentiasa berada di dalam perlindungan Allah SWT dan mendapat syafaat
Rasulullah SAW.. In syaA allah.. Aamiin.. J
Tiada ulasan:
Catat Ulasan