Rabu, 26 Mac 2014

JAGA-JAGA AURATMU SAYANG....

Assalammualaikum WBT ukhwah fillah  yang saya sayang kerana Allah… Sebelum ni saya pernah post tentang keseluruhan aurat dan aurat kaki kan.. Entri yang saya ingin kongsikan dengan kalian pada kali pula bertajuk “ Jaga-jaga auratmu sayang”.

Saya ingin berkongsi kepentingan kita memakai peng“cover” aurat walaupun kita dah tutup aurat ikut yang syariat Islam gariskan..


Baiklah, kita mulakan dari bawah dulu ye ukhti… Walaupun kita sudah pakai jubah, baju kurung atau skirt labuh probability untuk aurat kaki kita terserlah agak tinggi tau.. Contohnya masa kita naik kat tangga, motosikal atau kereta atau apa2 yang tinggi mesti kain ita akan terselak kan.. Jadi, cara untuk men”cover” aurat tu adalah dengan  memakai seluar panjang sebagai pakaian  dalam walaupun kain kita memang dah labuh n tebal.. J



Dalil pakai seluar bagi kaum wanita ialah:
"Allah sentiasa merahmati para wanita yang memakai seluar panjang" (Riwayat Al-Uqayli, Dar Qutni dari Abu Hurairah, Musannaf Abd Razak, no 5043; Kanzul Ummal, no 41245) .

Hadith ini berlaku di satu ketika ada seorang wanita jatuh dari kenderaannya sehingga terselak kainnya di hadapan Nabi dan para sahabat, maka dengan segera Nabi saw memalingkan wajahnya, maka para sahabat berkata dia (wanita itu) memakai seluar. Lalu Rasulllah saw memuji dan menyebut hadith di atas. (Al-Bayan wa At-Ta'rif, Ibn Hamzah al-Husyani, 3/ 252, no 1831)


Seterusnya adalah pemakaian handsock.. Ukhti sayang, kadang-kadang aurat kita boleh terdedah tanpa sedar walaupun kita dah memakai baju yang labuh dan longgar.. Perasan tak masa kita tengah buat tengah menulis kat whiteboard atau buat kerja yang memerlukan kita mengangkat tangan, lengan baju kita mesti terselak kan.. Jadi solusinya, pakailah handsock demi menjaga aurat kita ye.. Tak susah pun kan.. J


Akhir sekali adalah aurat dagu.. Aurat dagu ni agak dipandang remeh dalam bab aurat walaupun ianya penting.. Aurat wanita adalah seluh badan kecuali muka dan tapak tangan. Dan dagu termasuk dalam bahagian aurat.. 



Khilaf Ulama'
Pendapat #1
Pendapat yang lemah sebahagian Ulama' mengatakan no need to tutup bawah dagu.

Pendapat #2
Pendapat majoriti Ulama' mengatakan perlu tutup bawah dagu.

Jadi nak lebih selamat, adalah lebih afdhal kita ikut pendapat majoriti Ulama’ ye ukhti2 sayang… J

Senang cerita kita guna kaedah Fiqh ni dalam semua ni:
“Ma laa yatimmul waajib illa bihi fahua wajib”
Apa-apa benda wajib yang tidak sempurna tanpa 'sesuatu itu', maka ‘sesuatu itu’ jadi wajib.


P/S: Jom sama-sama kita muhasabah diri adakah kita dah sempurna menutup aurat.. Kalau belum, sama-sama kita ubah ye sayang..  Moga Allah SWT redha dengan perjuangan kita menuju jalan-Nya.. (^_^)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan