Assalammualaikum
WBT ukhwah fillah semua… Semoga kalian sihat2 selalu hendaknya… Aamiin… Moga
segala urusan dipermudahkan olehNya.. In
Syaa Allah.. Aamiin… J
Sahabat,
hati saya sakit sangat bila dengar orang buka aib orang… Telinga macam panas
je…
Cara yang saya praktikkan untuk elakkan diri berkongsi “dosa buka aib orang”:
1) Lari je dari situ
2) Kalau tak boleh lari (atas sebab2 tertentu), pakai earphone
dengar bacaan al quran ke, zikir ke, nasyid ke..
3) Kalau memang tak boleh nak buat apa, berzikir dan istighfar
tanpa henti.. Moga Allah ampunkan dosa kita.. Astaghfirullah…L
Kalau
tengok orang buka aib orang, macam seronok je dorang tu kan... Memanglah, sebab
syaitan akan jadikan maksiat itu indah kepada pelakunya.. Astaghfirullah… L
Kenapa la suka sangat nak bagi ‘FREE’ pahala kat orang lain..
Dah la pahala bukannya banyak sangat.. Dah habis pahala tu, dosa dia pulak kita
kena tanggung.. Nauzubillah min zalik.. L
Sahabat,
sebesar mana pun dosa seseorang itu, kita tak berhak membuka aibnya..
Kalau
kita di tempatnnya, mesti kita akan malu, marah kan kalau orang buka aib kita..
Cukup
dengan kita menjadikan kesilapannya sebagai ikhtibar dan mendoakannya berubah..
Mungkin
suatu hari nanti, dia lebih baik daripada kita…
Siapa tahu kan…
Ya, tiada yang mustahil bagi Allah SWT...
Kita
tak berhak menghukum, kerana kita juga insan berdosa… L
Kerja
menghukum, kerja Allah…
Jadi
kita buat je tanggungjawab kita sebagai hamba-Nya…
Tambah
amal, bukan tambah dosa…
P/S: Tutuplah aib orang di dunia ni, nescaya Allah akan tutup
aib kita di akhirat.. Allahu..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan