Sabtu, 22 September 2012

CINTA SELEPAS KAHWIN


Assalamualaikum WBT ukhwah fillah… Indahnya cinta selepas kahwin.. Cinta yang diredhai Allah, cinta kerana Allah... Semoga impian saya untuk memiliki cinta yang diredhai Allah SWT dimakbulkan.. Aamiin.. 

Saya suka tengok cara mak dan ayah jalankan tanggungjawab kehidupan sebagai suami isteri dan ibubapa. Diaorang adalah pasangan yang paling sweet dalam hidup saya.. Walaupun mak dan ayah tak pernah kenal sebelum kahwin (bercinta memang jauh sekali) dan kenal masa kahwin, tapi diaorang tetap bahagia dalam melayari bahtera perkahwinan.. Dengan apa yang telah saya lihat membuatkan saya yakin, yakin dan yakin dengan cinta selepas kahwin.



Walaupun ada sesetengah insan beranggapan cinta selepas kahwin dan bercinta dengan pasangan selepas berkahwin adalah mustahil untuk dikecapi, namun keyakinan saya tentang cinta selepas kahwin tetap utuh dan konkrit.

Allah SWT telah memberi kita garis panduan untuk mengecapi kebahagiaan dan segala-galanya bermula daripada redha AllahSWT. Perkahwinan adalah perkara yang amat dituntut dalam Islam. Dengan berkahwin secara  sah, perkara yang haram akan menjadi halal dan maksiat akan dijauhi.

Banyak kebaikan bercinta selepas kahwin dalam mencari redha Ilahi, antaranya  adalah, selepas berkahwin ungkapan "I love you", “I miss you” dan seangkatan dengannya akan menjadi sesuatu yang indah dan tidak salah dan tidak berdosa diungkapkan oleh pasangan. Malah ia dapat memekarkan percintaan antara suami isteri dan dipandang mulia disisi Allah Taala... Sweet kan.. J



Malah,berjalan berpegangan tangan juga tidak salah, malah mampu menggugurkan dosa pasangan kerana ianya halal dan menambahkan kemesraan antara pasangan. Apatah lagi jika kita dikurniakan pasangan yang soleh dan solehah.. In Syaa Allah  kita akan bahagia hingga ke akhir hayat. Pasangan yang sentiasa mencari Mardhotillah akan mengecapi keindahan bercinta selepas berkahwin. Segala maksiat akan dapat dielakkan malah pahala dapat dilipat  gandakan dengan perkahwinan.



Kebahagiaan duniawi dan ukhrawi juga turut sama-sama dapat diseimbangkan.Matlamat utama tentunya syurga dan keredhaan Allah.

"Manusia akan bercinta lagi di syurga,tempat pertama yang melahirkan cinta. Ketika itulah fitrah akan menjadi anugerah yang berharga dan bernilai". Subhanallah…

Renungilah firman-firman ALLAH berikut:
"Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya - Hawa), dan juga yang membiakkan dari keduanya - zuriat keturunan - lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-yebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu". (An-Nisaa' ayat:1)

"Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; dan sesiapa yang menurut jejak langkah Syaitan, maka sesungguhnya Syaitan itu sentiasa menyuruh (pengikut-pengikutnya) melakukan perkara yang keji dan perbuatan yang mungkar. Dan kalaulah tidak kerana limpah kurnia Allah dan rahmatNya kepada kamu, nescaya tidak ada seorang pun di antara kamu menjadi bersih dari dosanya selama-lamanya; akan tetapi Allah membersihkan sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan (ingatlah Allah Maha Mendengar) lagi Maha Mengetahui". (An-Nuur ayat:21)

"(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia". (An-Nuur ayat:26)

Dan hayatilah Sabda Rasullullah Sallallahu 'Alaihi Wassalam:
"Kepadaku diberikan tiga idaman oleh ALLAH di dunia:isteri solehah,berwangi-wangian dan sejuk mata (jiwa) ku dalam sembahyang". (Hadis Riwayat Ahmad dan An Nasai).

Walaubagaimana kita cuba memperindahkan cinta sebelum kahwin dengan bait-bait yang indah, hakikatnya cinta selapas kahwin juga yang  terindah kerana  disertakan redha ibubapa dan Ilahi.. Sebaiknya, kita jaga hati kita ini sebaik-baiknya  sebelum kahwin. Jangan biarkan hati kita disakiti, dicalari atau dikotori dengan cinta yang dimurkai.  Serahkan hati kita yang tulus dan suci kepada yang berhak dengan sepenuh hati kerana Allah SWT bila kita kahwin nanti.  Semoga cinta itu akan menambahkan ketaatan dan rasa cinta kita kepada-Nya..  Aamiin..



P/S: Andai telah ditakdirkan dan tertulis di luth mahfuz tiada cinta insan buat kita, cukuplah cinta Ilahi menyuluh, memayungi dan menghiasi  hidup kita. Itulah yang terbaik.. Semoga hidup lebih bahagia.. Indahnya cinta aturan Allah SWT..  Subhanallah..J

4 ulasan:

  1. alhamdulillah..smoga Allah makbulkan doa kq tin .. :) mira pn klu diizinkan pn nk cinta lpas kwen gk..hehe. ^_^

    BalasPadam
  2. InsyaAllah,semoga Allah mudahkan segala urusan kita dan makbulkan doa kita.. Aamiin.. :)

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah.. Syukran.. (^_^)

    BalasPadam