Assalammualaikum WBT, sahabat fillah..
Syukur Alhamdulillah kerana masih diberi peluang untuk meneruskan hidup ini..
Berkongsi sedikit coretan dan ilmu dengan kalian.. Post kali ini saya tertarik
untuk mencoretkan tentang ‘erti pemimpin yang sebenar’.
Sahabat, semua orang boleh jadi ketua,
tapi tak semua orang boleh jadi pemimpin.. Dan pemimpin yang terbaik adalah
orang mampu memimpin keluarganya mengikut landasan yang telah digariskan syariat…
Pemimpin yang tak mampu memimpin keluarganya bukan “pemimpin yang sebenar”.. Walau bagaimana berjaya pun sesuatu negara, organisasi, atau apa2 yang berada dibawahnya, dia sebenarnya bukan seorang “pemimpin” tapi dia hanya seorang “ketua”..
Seorang buruh biasa yang
berjaya memimpin keluarganya lebih hebat daripada seorang menteri yang hanya
berjaya memimpin organisasinya tetapi gagal memimpin keluarganya..
Analoginya saya beri
begini, ada dua pemandu kereta.. Seorang
hanya memandu kereta mengikut caranya sendiri, seorang lagi memandu dengan
mengikut segala peraturan jalanraya.. Yang mana lebih selamat?? Pastinya yang
memandu dengan mengikut peraturan kan.. Mungkin ramai orang yang boleh memandu, tapi tak
ramai orang boleh memandu dengan selamat.. J
Begitu juga dengan kehidupan terutama
dalam rumahtangga, seorang pemimpin perlulah memimpin dengan mengikut apa yang
telah Allah SWT perintahkan.. Bukan memimpin dengan dengan citarasa sendiri,
kerana impaknya bukan hanya pada pemimpin tetapi juga kepada yang dipimpin..
Jadi kepada ukhti, kalau
nak pilih pemimpin dalam rumahtangga, carilah yang betul2 sedia jadi
“pemimpin”.. Kerana dia yang akan
memimpin kita dan bakal zuriat menuju redha Ilahi.. Tak salah memilih, yang
salah adalah terlalu memilih..
Dan kepada akhi pula,
kalau nak jadi pemimpin dalam rumahtangga, pastikan diri benar2 bersedia..
Kerana bukan senang nak jadi pemimpin.. Perlu ada akhlak, amal dan ilmu yang
cukup.. Kalau rasa masih kurang, tambah dan cukupkanlah..
Tak ada manusia yang sempurna selain
Rasulullah SAW, tapi kita masih ada peluang untuk perbaiki diri kepada
yang lebih baik dari hari ke hari..
P/S:
Jadilah pemimpin yang “memimpin” bukan hanya “mengetuai”..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan