Assalamualaikum WBT sahabat fillah… Semoga kalian
sentiasa dalam redha dan perlindunganNya.. Aamiin.. Apa khabar hati kita? Sihat
ke? Bersih ke? Hati… Cakap pasal hati, syaitan memang suka ganggu kita terutama
bila berkaitan hati…
Kalau kita nak buat sesuatu yang baik, buat je.. Sebab
syaitan akan sedaya upaya membisikkan ke dalam hati kita dengan bermacam alasan
supaya kita tak buat perkara baik tu..
Contohnya:
“Jangan buat, nanti kau riak”
“Kau ikhlas ke?”
“Kalau kau buat mesti orang cakap kau nak
menunjuk je”
Syaitan memang banyak strategi nak halang kita daripada
buat baik.. Bila kita tak buat perkara baik tu, dia gembira kerana berjaya halang kita..
Dan bila kita buat, dia akan bisikkan pula ke dalam hati
kita supaya riak.. Sebab tu kalau kita buat perkara baik, kita kena jaga hati
kita.. Bila timbul rasa riak, ujub, takbur atau perasaan yang seangkatan
dengannya, kita kena cepat2 istighfar.. Jangan sampai syaitan berjaya
merosakkan hati dan amalan kita.. Semoga Allah ampunkan kita, bersihkan hati
kita..
P/S: Sama-sama kita tambahkan amalan menuju
jalan-Nya.. Jangan lupa jaga diri, jaga iman, jaga hati… J
Tiada ulasan:
Catat Ulasan