Sabtu, 30 Mei 2015

IKHTILAT YANG TAK TERJAGA

Assalammualaikum WBT, sahabat fillah..  Bestnye petang2 macam ni kalau duduk kat tepi pantai dengan angin sepoi-sepoi bahasa sambil melihat keindahan cipataan Allah SWT.. Tapi.. yang tak bestnye bila tiba-tiba terlihat pasangan ‘couple’ yang sedang ‘berdating’… Putus mood ketenangan.. Jangan pulak kita kutuk mereka, tapi doakanlah mereka.. Kita benci perbuatan mereka, bukan diri mereka.. Moga Allah SWT beri petunjuk kepada mereka.. Aamiin.. J

Hmmmm…sambung cerita..  Kalau tengok isu pergaulan zaman sekarang ni boleh dikatakan tahap melampau… Apa tidaknya, sana sini boleh nampak pasangan ‘couple berdating’.. Ala-ala islamik pun ada.. Allahu… L Belum lagi yang lepak sana sini bercampur perempuan lelaki.. Takut dan ngeri sangat bila fikir tentang anak-anak masa depan kalau zaman sekarang pun dah macam ni.. L

Kalau kita larang, dikatanya Islam ni mengongkong.. Itu tak boleh, ini tak boleh.. Nak bergaul pun tak boleh.. Sebenarnya Islam bukan anti pergaulan, tapi islam menyekat pergaulan bebas tanpa batas yang mengundang kemurkaan Allah SWT… Nak bergaul tak salah, tapi kenalah bergaul dengan berlandaskan syariat.. Jaga batas-batas pergaulan.. Semua ni tidak lain adalah untuk menjaga diri kita daripada fitnah...




Dalam Islam, kaum hawa dan kaum adam dibenarkan berinteraksi antara satu sama lain dalam 3 keadaan..
1) Bermuamalat         
2) Belajar
3) Urusan perkahwinan

Kita bukan hanya perlu menjaga batas pergaulan dalam kehidupan realiti sahaja, tapi pergaulan di alam maya juga perlu dijaga berlandaskan syariat.. Tak kira la berhubung dengan telefon, sms atau media sosial… Semua kena jaga..  Jangan sampai terbabas ke lembah dosa dan mengundang kemurkaan Allah SWT.. Nauzubillah min zalik.. L



Saya sedih, pelik dan geram melihat umat Islam seronok berikhtilat di dalam media sosial.. Islam tak pernah ajar pun benda-benda macam tu, malah kita ditegah daripada melakukannya.. Jadi, benda yang tak ada dalam Islam janganlah kita buat.. Pesan pada diri kita, ok… J

P/S: Setiap perkara yang kita lakukan biarlah semata-mata untuk mendapatkan keredhaanNya, bukan mengundang kemurkaanNya.. Sama-sama kita jaga batas pergaulan… (^_^)

Jumaat, 29 Mei 2015

PEMIMPIN SEBENAR

Assalammualaikum WBT, sahabat fillah.. Syukur Alhamdulillah kerana masih diberi peluang untuk meneruskan hidup ini.. Berkongsi sedikit coretan dan ilmu dengan kalian.. Post kali ini saya tertarik untuk mencoretkan tentang ‘erti pemimpin yang sebenar’.

Sahabat, semua orang boleh jadi ketua, tapi tak semua orang boleh jadi pemimpin.. Dan pemimpin yang terbaik adalah orang mampu memimpin keluarganya mengikut landasan yang telah digariskan syariat…

Pemimpin yang tak mampu memimpin keluarganya bukan “pemimpin yang sebenar”.. Walau bagaimana berjaya pun sesuatu negara, organisasi, atau apa2 yang berada dibawahnya, dia sebenarnya bukan seorang “pemimpin”  tapi dia hanya seorang “ketua”..

Seorang buruh biasa yang berjaya memimpin keluarganya lebih hebat daripada seorang menteri yang hanya berjaya memimpin organisasinya tetapi gagal memimpin keluarganya..

Analoginya saya beri begini, ada dua pemandu kereta..  Seorang hanya memandu kereta mengikut caranya sendiri, seorang lagi memandu dengan mengikut segala peraturan jalanraya.. Yang mana lebih selamat?? Pastinya yang memandu dengan mengikut peraturan kan.. Mungkin ramai orang yang boleh memandu, tapi tak ramai orang boleh memandu dengan selamat.. J

Begitu juga dengan kehidupan terutama dalam rumahtangga, seorang pemimpin perlulah memimpin dengan mengikut apa yang telah Allah SWT perintahkan.. Bukan memimpin dengan dengan citarasa sendiri, kerana impaknya bukan hanya pada pemimpin tetapi juga kepada yang dipimpin..

Jadi kepada ukhti, kalau nak pilih pemimpin dalam rumahtangga, carilah yang betul2 sedia jadi “pemimpin”..  Kerana dia yang akan memimpin kita dan bakal zuriat menuju redha Ilahi.. Tak salah memilih, yang salah adalah terlalu memilih..

Dan kepada akhi pula, kalau nak jadi pemimpin dalam rumahtangga, pastikan diri benar2 bersedia.. Kerana bukan senang nak jadi pemimpin.. Perlu ada akhlak, amal dan ilmu yang cukup.. Kalau rasa masih kurang, tambah dan cukupkanlah..

Tak ada manusia yang sempurna selain Rasulullah SAW, tapi kita masih ada peluang untuk perbaiki diri kepada yang lebih baik dari hari ke hari..


P/S: Jadilah pemimpin yang “memimpin” bukan hanya “mengetuai”..      

Selasa, 5 Mei 2015

JAGA HATI KITA

Assalamualaikum WBT sahabat fillah… Semoga kalian sentiasa dalam redha dan perlindunganNya.. Aamiin.. Apa khabar hati kita? Sihat ke? Bersih ke? Hati… Cakap pasal hati, syaitan memang suka ganggu kita terutama bila berkaitan hati…

Kalau kita nak buat sesuatu yang baik, buat je.. Sebab syaitan akan sedaya upaya membisikkan ke dalam hati kita dengan bermacam alasan supaya kita tak buat perkara baik tu..

Contohnya:

“Jangan buat, nanti kau riak”
“Kau ikhlas ke?”
“Kalau kau buat mesti orang cakap kau nak menunjuk je”

Syaitan memang banyak strategi nak halang kita daripada buat baik.. Bila kita tak buat perkara baik tu, dia gembira kerana berjaya  halang kita..

Dan bila kita buat, dia akan bisikkan pula ke dalam hati kita supaya riak.. Sebab tu kalau kita buat perkara baik, kita kena jaga hati kita.. Bila timbul rasa riak, ujub, takbur atau perasaan yang seangkatan dengannya, kita kena cepat2 istighfar.. Jangan sampai syaitan berjaya merosakkan hati dan amalan kita.. Semoga Allah ampunkan kita, bersihkan hati kita..


P/S: Sama-sama kita tambahkan amalan menuju jalan-Nya.. Jangan lupa jaga diri, jaga iman, jaga hati… J