Assalamualaikum WBT sahabat
fillah semua.. Kaifa halukum… Semoga kalian sentiasa didalam perlindungan dan
redha Allah SWT.. Aamiin.. Hari ni genap umur saya 25 tahun.. Alhamdulillah,
syukur dengan nikmat umur yang Allah SWT pinjamkan kepada saya.. Semoga hari esok
dan hari-hari mendatang, In Syaa Allah saya menjadi hamba-Nya yang lebih
beriman dan solehah.. Aamiin.. J
Semoga
hari ini dan hari-hari yang akan tiba, saya menjadi insan yang lebih kuat
semangat, banyak manfaat, suka beramal, sentiasa ikhlas, khusyuk, tawadhuk dan
istiqamah beribadat hanya kerana Allah SWT, terus berusaha kejar cinta dan
redha-Nya dan sentiasa ingat akhirat dan kematian.. In Syaa Allah.. Aamiin
Allahumma Aamiin.. J
Sahabat, cuba kalian refresh balik tahun
lepas.. Tanya diri kita.. Apa yang kita buat masa tu? Siapa kita ketika itu?
Macam mana keadaan kita waktu tu? Adakah sekarang ni lebih baik atau mungkin
sama saja.. Tapi, harap2 jangan lagi teruk ye.. Nauzubillah min zalik..
Allah beri peluang untuk kita ubah hidup
kita tahun lepas, apa kita buat? Pernah ke kita rasa syukur dengan peluang itu?
Adakah kita dah guna peluang ini sebaik2nya atau kita hanya sia2kan peluang
itu? Sama2 kita muhasabah diri..
Tak semua orang dapat ‘peluang’ yang
sama macam kita.. Berapa banyak orang sekeliling kita ‘pergi dulu’ sebelum kita
dalam masa setahun ni? Apa ikhtibar yang kita dapat dengan pemergian mereka?
Allah masih sayang pada kita, sama2 kita guna peluang yang masih ada sebaiknya untuk
kita ubah diri kita kepada yang ‘diri yang lebih baik’ dari hari ke hari.. Moga
masih ada ‘peluang’ itu buat kita.. In Syaa Allah.. Aamiin... J
P/S: ‘Peluang’ tak semua
orang dapat tau.. Jadi bila dah dapat ‘peluang’ gunakan sebaik2nya..
Alhamdulillah.. J
Tiada ulasan:
Catat Ulasan