Assalamualaikum WBT sahabat fillah
semua.. Semoga kalian sentiasa dalam perlindunganNya di dunia dan di akhirat..
Lama tak menconteng di dinding blog tersayang ni.. J
Sahabat perasan tak, ramai
di kalangan umat Islam semacam ‘selesa’ dengan budaya berpasanganan
(bercouple).. Seolah2 ia menjadi suatu keperluan dan kemestian.. Bila seseorang
itu tidak mempunyai “couple” seolah2 menjadi suatu yang pelik pula... Allahu...
L
Yang pelik lagi bila ada
yang cemburu bila tengok orang ‘bercouple’..
Orang buat benda yang Allah SWT larang pun nak cemburu?? Allahu.. Muhasabah
diri sama..
Perasaan tu tak sewajarnya ada dalam
diri seorang yang bergelar Islam.. Perasaan yang sewajarnya wujud dalam diri
apabila melihat kemungkaran itu adalah membenci perbuatan itu, bersyukur kerana
kita tidak terjerumus dalam dosa itu dan berdoa semoga Allah lindungi kita dari
berbuat kemaksiatan.. Kita sama2 berdoa agar mereka yang terlibat diberikan
petunjuk.. Aamin.. J
Begitu juga dengan kemungkaran yang lain
seperti meninggalkan solat, riba, derhaka kepada orang tua, tabbaruj dan
kemungkaran2 yang lain yang seolah2 menjadi perkara biasa pada akhir zaman
ini.. Sedangkan ia adalah bentuk2 kemaksiatan dilarang Allah SWT..
P/S: Semoga kita semua
sentiasa di dalam rahmat dan keredhaanNya di dunia dan di akhirat.. Aamiin..
(^_^)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan