Rabu, 22 April 2015

BUDAYA KEMUNGKARAN

Assalamualaikum WBT sahabat fillah semua.. Semoga kalian sentiasa dalam perlindunganNya di dunia dan di akhirat.. Lama tak menconteng di dinding blog tersayang ni.. J

Sahabat perasan tak, ramai di kalangan umat Islam semacam ‘selesa’ dengan budaya berpasanganan (bercouple).. Seolah2 ia menjadi suatu keperluan dan kemestian.. Bila seseorang itu tidak mempunyai “couple” seolah2 menjadi suatu yang pelik pula... Allahu... L

Yang pelik lagi bila ada yang cemburu bila tengok orang ‘bercouple’..  Orang buat benda yang Allah SWT larang pun nak cemburu?? Allahu.. Muhasabah diri sama..

Perasaan tu tak sewajarnya ada dalam diri seorang yang bergelar Islam.. Perasaan yang sewajarnya wujud dalam diri apabila melihat kemungkaran itu adalah membenci perbuatan itu, bersyukur kerana kita tidak terjerumus dalam dosa itu dan berdoa semoga Allah lindungi kita dari berbuat kemaksiatan.. Kita sama2 berdoa agar mereka yang terlibat diberikan petunjuk.. Aamin.. J

Begitu juga dengan kemungkaran yang lain seperti meninggalkan solat, riba, derhaka kepada orang tua, tabbaruj dan kemungkaran2 yang lain yang seolah2 menjadi perkara biasa pada akhir zaman ini.. Sedangkan ia adalah bentuk2 kemaksiatan dilarang Allah SWT..


P/S: Semoga kita semua sentiasa di dalam rahmat dan keredhaanNya di dunia dan di akhirat.. Aamiin.. (^_^)

Selasa, 21 April 2015

HARGAI ‘PELUANG’ YANG ADA

Assalamualaikum WBT sahabat fillah semua.. Kaifa halukum… Semoga kalian sentiasa didalam perlindungan dan redha Allah SWT.. Aamiin.. Hari ni genap umur saya 25 tahun.. Alhamdulillah, syukur dengan nikmat umur yang Allah SWT pinjamkan kepada saya.. Semoga hari esok dan hari-hari mendatang, In Syaa Allah saya menjadi hamba-Nya yang lebih beriman dan solehah.. Aamiin.. J
Semoga hari ini dan hari-hari yang akan tiba, saya menjadi insan yang lebih kuat semangat, banyak manfaat, suka beramal, sentiasa ikhlas, khusyuk, tawadhuk dan istiqamah beribadat hanya kerana Allah SWT, terus berusaha kejar cinta dan redha-Nya dan sentiasa ingat akhirat dan kematian.. In Syaa Allah.. Aamiin Allahumma Aamiin.. J

Sahabat, cuba kalian refresh balik tahun lepas.. Tanya diri kita.. Apa yang kita buat masa tu? Siapa kita ketika itu? Macam mana keadaan kita waktu tu? Adakah sekarang ni lebih baik atau mungkin sama saja.. Tapi, harap2 jangan lagi teruk ye.. Nauzubillah min zalik..

Allah beri peluang untuk kita ubah hidup kita tahun lepas, apa kita buat? Pernah ke kita rasa syukur dengan peluang itu? Adakah kita dah guna peluang ini sebaik2nya atau kita hanya sia2kan peluang itu? Sama2 kita muhasabah diri..

Tak semua orang dapat ‘peluang’ yang sama macam kita.. Berapa banyak orang sekeliling kita ‘pergi dulu’ sebelum kita dalam masa setahun ni? Apa ikhtibar yang kita dapat dengan pemergian mereka? Allah masih sayang pada kita, sama2 kita guna peluang yang masih ada sebaiknya untuk kita ubah diri kita kepada yang ‘diri yang lebih baik’ dari hari ke hari.. Moga masih ada ‘peluang’ itu buat kita.. In Syaa Allah.. Aamiin... J



P/S: ‘Peluang’ tak semua orang dapat tau.. Jadi bila dah dapat ‘peluang’ gunakan sebaik2nya.. Alhamdulillah.. J

Sabtu, 18 April 2015

YAKINLAH JANJI ALLAH

Assalammualaikum WBT, sahabat fillah… Kaifa halukum.. Diharapkan kalian didalam pelindungan Allah SWT sentiasa.. Aamiin… Lama betul saya tak menconteng dinding blog ni kan.. Kali ni entri saya berkaitan dengan keyakinan kita terhadap janji Allah SWT.. J

Sahabat, Allah SWT tidak akan menjadikan sesuatu itu sia-sia... Setiap sesuatu yang Allah SWT telah tetapkan untuk seseorang hambaNya adalah yang terbaik untuk hambaNya itu.. Kita sebagai hambaNya perlu yakin dengan ketentuanNya itu..

Begitu juga berkaitan dengan jodoh.. Kadang2 saya tak faham kenapa bila ternampak pasangan yang dirasakan tidak sesuai dari segi rupa, darjat atau  kedudukan, maka akan ada suara yang mempersoalkan semua itu… L

Allah SWT dah janji yang wanita yang baik untuk lelaki yang baik dan begitu juga sebaliknya. Allah tak pernah janji bahawa orang yang cantik dengan orang hensem dan orang kaya dengan orang yang kaya jugak kan…  Tapi yang Allah SWT janji adalah orang baik yang baik.. Jadi yakinlah dengan janji Allah SWT…

Andai  kita pernah menyimpan perasaan atau tertarik dengan akhlak seseorang dan berharap dia menjadi pasangan hidup kita.. Namun, dia bukan jodoh untuk kita.. Redha dan bersangka baiklah kepada Allah SWT bahawa Dia dah tetapkan orang baik lain atau yang lebih baik untuk kita begitu juga dia.. Jadi, jangan sedih atau putus asa.. J

Apa yang penting, jadi hambaNya yang taat kepada segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya.. Semoga jodoh yang Allah SWT tetapkan buat kita adalah jodoh yang baik juga.. In Syaa Allah.. Aamiin Allahumma Aamiin… J


P/S: Yakinlah dengan kasih sayangNya bahawa setiap ketentuanNya itu adalah yang terbaik  buat kita… Sesungguhnya, Allah SWT Maha Mengetahui apa yang terbaik buat hambaNya