Rabu, 12 November 2014

ISLAM ITU MUDAH, JANGAN RUMITKAN

Assalamualaikum WBT sahabat fillah semua… Harap kalian sihat dan diredhai Allah sentiasa..Aamiin.. Lamanya saya tak mencoretkan sesuatu untuk dikongsikan ilmunya buat kalian yang saya sayang kerana Allah… J

Kalian perasan tak yang kat Malaysia ni seolah2 menjadi suatu yg agak pelik bila ada muslimat yang solat dengan tidak memakai telekung sembahyang? Macam sesuatu yang sangat asing untuk mereka terima cara tu.. Sedangkan syarat sah solat bukan pada telekung sembahyang, tapi cukup dengan memakai pakaian yang menutup aurat mengikut syariat... J

Kalau kita dah pakai tudung labuh & tutup dagu, baju longgar, hand sock, kain/seluar labuh & longgar dan stokin, solat je kat mana pun In Syaa Allah boleh... Janji bersih pakaian dan tempat nak solat tu... Sebab pakaian di dalam solat adalah sama di luar solat adalah sama...

Saya pun pernah solat kat luar tanpa pakai telekung sembahyang.. Ada yang pandang pelik dan tegur, saya jawab dan jelaskan elok2 dan Alhamdulillah mereka faham.. J

Bila kita keluar, memang senang sangat nak cari masjid atau surau sebab negara kita memang banyak rumah Allah, tapi kebarangkalian telekung sembahyang yang disediakan cukup dan bersih sukar dijangkakan. Jadi, saya agak kesal, bila ada muslimat yang meninggalkan solat atau solat di akhir waktu hanya kerana tidak ada telekung sembahyang.

Nak selamat, pakailah pakaian yang menutup aurat mengikut syariat.. Kalau bimbang pakaian kotor, bawalah telekung sendiri.. Selesai masalah.. J

Sesungguhnya, Islam adalah agama yang sangat mudah, jadi mengapa kita sebagai penganutnya merumitkan? Tepuk dada, tanya iman..

P/S: Islam itu mudah, tapi jangan ambil mudah.. Peringatan buat diri dan sahabat semua… J

Tiada ulasan:

Catat Ulasan