Assalamualaikum, sahabat fillah
semua.. Selamat Hari Raya Aidiladha…J Hmmm..saya baru sampai kat kolej
awal pagi tadi setelah beraya 2 hari di kampung halaman bersama keluarga
tercinta.. Alhamdulillah… J
Setelah 2 tahun menyambut Raya Korban di
perantauan, akhirnya tahun ini dapat juga beraya di kampung halaman.. Walaupun
sampai di rumah di pagi raya, Alhamdulillah saya masih sempat bantu mak buat
juadah untuk tetamu.. Untuk raya korban kali ini, mak dan ayah ambil bahagian
korban (tahun lepas x buat sebab saya tak balik raya)...
Raya kali ni memang meriah sampai saya
kena masak 2 kali.. Subhanallah... Ramai
yang datang ke rumah.. Seronok sangat bila berkumpul ramai-ramai.. Lagi-lagi
bila ada ahli keluarga baru (anak saudara pertama, anak kepada adik lelaki
nombor 3 saya).. Ahlan wa sahlan, Dhia.. Dan Alhamdulillah, mak saya dah
semakin sihat selepas pembedahan kecil 13 September lepas.. Syukur
sangat-sangat… Alhamdulillah J
Akhir kata, Selamat Hari
Raya Aidiladha sahabat semua.. maaf zahir dan batin.. Semoga raya kali ini
memberi seribu erti buat kita semua.. J
P/S: Moga Allah merahmati
dan meredhai hidup kita semua… Aamiin.. J