Assalamulaikum sahabat.. Ni post last
untuk pagi ni.. J Dah lama tulis entri ni, pagi ni baru sempat
post…
Sahabat, kita ni selalu je takut
berdepan dengan realiti atau hakikat hidup kan.. Kita takut dengan apa yang
sedang dan bakal tempuh.. Tapi kita terus alpa dengan dunia fantasi ciptaan
sendiri.. Hanyut dengan angan2 palsu
sedangkan realiti hidup tak semudah yang kita mimpikan.. Mahu atau tidak, kita
harus hadapinya jua..
Kita cakap takut akan kematian,
tapi hakikatnya kita sedang menuju ke arahnya.
Kita cakap sayang nyawa kita, tapi hakikatnya kita selalu
‘membuangnya’ kpd perkara2 lagha.
Kita tahu dunia ni cuma sementara, tapi hakikatnya kita sedang
mengejarnya.
Kita tahu Akhirat kekal selamanya, tapi hakikatnya kita selalu
mengabaikannya.
Kita akui Al-Quran dan sunnah adalah panduan hidup, tapi
hakikatnya kita tak amalkannya.
Kita akui Islam itu indah, tapi hakikatnya kita tak praktikkan
keindahannya dalam hidup.
~HAKIKATNYA, kita hambaNya yang tak
pernah kering dari buat dosa… Sama2 kita mohon ampun dan bermunajat kepadaNya… Perjuangan
menuju Allah bukan mudah, perlu ada keteguhan iman, istiqomah dan sentiasa
muhasabah… Moga kita mejadi hambaNya
yang soleh / solehah.
P/S:
Pesanan dan ingatan buat diri dan ukhwah fillah..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan