Khamis, 10 April 2014

GAME SEBUAH KEHIDUPAN

Assalamualaikum WBT ukhwah fillah semua.. Entri saya pada kali ini bertajuk ‘GAME SEBUAH KEHIDUPAN’. Syukur Alhamdulillah kepada Allah SWT kerana menganugerahkan ilham dan ilmu ini kepada saya untuk dikongsikan kepada kalian.  



Kehidupan kita di dunia ini jika dilihat dan diteliti seolah2 sebuah ‘game’… Dipermulaan kehidupan, kita lalui hidup ini dengan mudah, kemudian datang segala macam ujian, nikmat dan pertolongan daripada Allah dalam perjalanan menuju ke garisan penamat.

Allah sentiasa memberikan nikmat dan anugerah untuk kita syukuri dan gunakan dengan sebaiknya ke jalanNya. Tapi kadang2 Dia juga berikan juga kita sedikit dugaan dan ujian untuk kita hadapi dengan redha dan sabar keranaNya..


Andai kita terleka, kita mungkin akan tersasar dari laluan yang sebenar. Namun, rahmat dan pertolongan Allah SWT sentiasa ada dan akan datang kepada kita sebagai panduan dan tuntunan supaya kita kembali ke laluan yang lurus dan benar. Allah sentiasa beri peringatan, ruang dan peluang untuk kita perbetulkan keadaan dan tidak mengulangi kesilapan.. Alhamdulillah… J




Jangan biarkan nikmat dunia memesongkan jalan dan ujian daripada Allah melemahkan perjuangan hidup kita kerana semua itu adalah tanda kasihNya yang tidak pernah hilang untuk kita. Matlamat akhir kita adalah Akhirat yang kekal abadi..  Kumpullah pahala sebanyak-banyaknya untuk Akhirat dan jangan biarkan dosa mengurangi dan menghalang kita memasuki Syurga Ilahi.. 

Perjalanan menuju Allah bukannya mudah… Perlu ada mujahadah, istiqamah, redha, sabar dan ikhlas keranaNya...

Jangan pernah mengalah walau apa pun yang datang menghalang kerana pertolongan Allah sentiasa ada untuk kita.. Andai kita berjaya lalui jalan yang benar, Syurga adalah ganjarannya.. Tapi andai kita terus terpesong dari jalan itu, Neraka adalah hukumannya.. Allahu… :’(



P/S: Dunia sementara diciptakan untuk manusia, tetapi manusia diciptakan untuk Akhirat yang kekal abadi.. Hargailah hidup ini sebelum hidup kita “game over”…

Tiada ulasan:

Catat Ulasan