Isnin, 21 April 2014

ALHAMDULILLAH... (^_^)

Assalamualaikum WBT, ukhti wa akhi semua… Syukur Alhamdulillah, hari ini genap usia saya 24 tahun… Alhamdulillah, masih dipanjangkan usia ini... Mungkin agak lambat saya menulis tentang hari indah ini kerana beberapa minit je lagi nak masuk ke tarikh baru...  J



Pagi tadi, saya terima mesej ucapan hari lahir dari keluarga saya nun jauh di kampung halaman... Terubat juga rindu di hati...  Hehe.. Maklum la, dah lama tak balik kampung, jadi rindu pun membuak-buak lah...

Dah hampir 3 tahun saya menuntut ilmu di negeri orang dan 3 tahun juga la saya tak sambut hari lahir bersama keluarga.. Sebabnya asal je hari lahir saya, mesti study week dan asal je study week mesti tak dapat balik sebab ada extra class.. Tapi never mind la, ilmu lagi penting kan.. Hehe.. Nanti balik kampung boleh la sambut... J

Apa-apa pun, saya harap saya dapat gunakan usia ini dengan lebih manfaat dan lebih kebaikan yang dapat saya lakukan.. Saya harap saya dapat terus istiqamah berusaha menjadi wanita solehah dan kuat untuk tempuh walau apa dugaan dan rintangan yang datang menghalang.. Semoga saya dan keluarga dilindungi, dirahmati dan dilindungi di dunia dan di akhirat.. Begitu juga kalian... In Syaa Allah… Aamiin… 


P/S: Semoga saya dapat gunakan peluang dan usia pemberian Allah SWT ini untuk perbaiki diri... Aamiin.. J

Khamis, 10 April 2014

GAME SEBUAH KEHIDUPAN

Assalamualaikum WBT ukhwah fillah semua.. Entri saya pada kali ini bertajuk ‘GAME SEBUAH KEHIDUPAN’. Syukur Alhamdulillah kepada Allah SWT kerana menganugerahkan ilham dan ilmu ini kepada saya untuk dikongsikan kepada kalian.  



Kehidupan kita di dunia ini jika dilihat dan diteliti seolah2 sebuah ‘game’… Dipermulaan kehidupan, kita lalui hidup ini dengan mudah, kemudian datang segala macam ujian, nikmat dan pertolongan daripada Allah dalam perjalanan menuju ke garisan penamat.

Allah sentiasa memberikan nikmat dan anugerah untuk kita syukuri dan gunakan dengan sebaiknya ke jalanNya. Tapi kadang2 Dia juga berikan juga kita sedikit dugaan dan ujian untuk kita hadapi dengan redha dan sabar keranaNya..


Andai kita terleka, kita mungkin akan tersasar dari laluan yang sebenar. Namun, rahmat dan pertolongan Allah SWT sentiasa ada dan akan datang kepada kita sebagai panduan dan tuntunan supaya kita kembali ke laluan yang lurus dan benar. Allah sentiasa beri peringatan, ruang dan peluang untuk kita perbetulkan keadaan dan tidak mengulangi kesilapan.. Alhamdulillah… J




Jangan biarkan nikmat dunia memesongkan jalan dan ujian daripada Allah melemahkan perjuangan hidup kita kerana semua itu adalah tanda kasihNya yang tidak pernah hilang untuk kita. Matlamat akhir kita adalah Akhirat yang kekal abadi..  Kumpullah pahala sebanyak-banyaknya untuk Akhirat dan jangan biarkan dosa mengurangi dan menghalang kita memasuki Syurga Ilahi.. 

Perjalanan menuju Allah bukannya mudah… Perlu ada mujahadah, istiqamah, redha, sabar dan ikhlas keranaNya...

Jangan pernah mengalah walau apa pun yang datang menghalang kerana pertolongan Allah sentiasa ada untuk kita.. Andai kita berjaya lalui jalan yang benar, Syurga adalah ganjarannya.. Tapi andai kita terus terpesong dari jalan itu, Neraka adalah hukumannya.. Allahu… :’(



P/S: Dunia sementara diciptakan untuk manusia, tetapi manusia diciptakan untuk Akhirat yang kekal abadi.. Hargailah hidup ini sebelum hidup kita “game over”…

Ahad, 6 April 2014

DUNIA ATAU AKHIRAT PRIORITY KITA???

Assalammualaikum WBT, ukhwah fillah semua.. Entri saya pada kali ini adalah tentang dunia dan akhirat kita.. Mungkin ia sekadar luahan hati saya tentang keduniaan yang terlampau di akhir zaman ini.. Sedih sangat bila fikir semua tu.. Terkadang kita sukar untuk kita lari dari terpalit dengan semua itu..


Asal ada cerita ‘panas’ asal aib orang lain, mesti ramai yang duk ambil part.. Beristighfar banyak-banyak.. Sebenarnya tu semua tak penting pun.. Allah tak tanya pun kita pasal diaorang kat Akhirat kelak, tapi Allah tanya pasal amalan kita..





Daripada kita sibuk pasal diaorang, adalah lebih afdhal kita sibuk pasal diri kita ni.. Entah macam mana kita keadaan kita masa menghadap Allah nanti, kat dalam kubur, kat padang Masyhar,  amalan2 kita kt dunia ni Allah terima ke tak, mampu ke kita melintasi siratulmustaqim dengan selamat, syurga atau neraka yang akan kita dapat nanti dan banyak lagi la perlu dimuhasabah bersama.. Allahu.. L




Yang lagi sedih, bila ada yang cakap pasal agama, ingatkan tentang kematian, tanya tentang Allah dan Rasululullah atau apa2 berkaitan Akhirat cepat2 angkat tangan dan tutup telinga.. Pelik.. Padahal itu yang perlu kita risau dan ambik tahu..



Kita kat dunia ni kejap je, Akhirat tujuan kita yg sebenar.. Jangan lupa tujuan Allah SWT jadikan kita kat dunia ni.. Moga kita tak lupa janji kita kat Allah SWT dulu.. Dunia ni memang Allah ciptakan untuk kita, tapi kita diciptakan utk Akhirat..  Dunia hanya pinjaman, Akhirat jua yang selamanya..



P/S: Pesan pada diri, setiap apa yag kita buat kat dunia ni tak kan terlepas dari penglihatan Allah dan akan dihakimi.. Ingatan buat diri kita yg selalu alpa dan lupa..