Assalammualaikum WBT ukhwah fillah yang saya sayang kerana Allah… Sebelum ni
saya pernah post tentang keseluruhan aurat dan aurat kaki kan.. Entri yang saya
ingin kongsikan dengan kalian pada kali pula bertajuk “ Jaga-jaga auratmu
sayang”.
Saya ingin berkongsi kepentingan kita
memakai peng“cover” aurat walaupun kita dah tutup aurat ikut yang syariat Islam
gariskan..
Baiklah, kita mulakan dari bawah dulu ye
ukhti… Walaupun kita sudah pakai jubah, baju kurung atau skirt labuh
probability untuk aurat kaki kita terserlah agak tinggi tau.. Contohnya masa
kita naik kat tangga, motosikal atau kereta atau apa2 yang tinggi mesti kain
ita akan terselak kan.. Jadi, cara untuk men”cover” aurat tu adalah dengan memakai seluar panjang sebagai pakaian dalam walaupun kain kita memang dah labuh n
tebal.. J
Dalil pakai seluar bagi
kaum wanita ialah:
"Allah sentiasa
merahmati para wanita yang memakai seluar panjang" (Riwayat Al-Uqayli, Dar
Qutni dari Abu Hurairah, Musannaf Abd Razak, no 5043; Kanzul Ummal, no 41245) .
Hadith ini berlaku di satu
ketika ada seorang wanita jatuh dari kenderaannya sehingga terselak kainnya di
hadapan Nabi dan para sahabat, maka dengan segera Nabi saw memalingkan
wajahnya, maka para sahabat berkata dia (wanita itu) memakai seluar. Lalu
Rasulllah saw memuji dan menyebut hadith di atas. (Al-Bayan wa At-Ta'rif, Ibn
Hamzah al-Husyani, 3/ 252, no 1831)
Seterusnya adalah pemakaian handsock..
Ukhti sayang, kadang-kadang aurat kita boleh terdedah tanpa sedar walaupun kita
dah memakai baju yang labuh dan longgar.. Perasan tak masa kita tengah buat
tengah menulis kat whiteboard atau buat kerja yang memerlukan kita mengangkat
tangan, lengan baju kita mesti terselak kan.. Jadi solusinya, pakailah handsock
demi menjaga aurat kita ye.. Tak susah pun kan.. J
Akhir sekali adalah aurat dagu.. Aurat
dagu ni agak dipandang remeh dalam bab aurat walaupun ianya penting.. Aurat
wanita adalah seluh badan kecuali muka dan tapak tangan. Dan dagu termasuk
dalam bahagian aurat..
Khilaf Ulama'
Pendapat #1
Pendapat yang lemah
sebahagian Ulama' mengatakan no need to tutup bawah dagu.
Pendapat #2
Pendapat majoriti Ulama'
mengatakan perlu tutup bawah dagu.
Jadi nak lebih selamat, adalah lebih
afdhal kita ikut pendapat majoriti Ulama’ ye ukhti2 sayang… J
Senang cerita kita guna
kaedah Fiqh ni dalam semua ni:
“Ma laa yatimmul waajib
illa bihi fahua wajib”
Apa-apa benda wajib yang
tidak sempurna tanpa 'sesuatu itu', maka ‘sesuatu itu’ jadi wajib.
P/S: Jom sama-sama kita
muhasabah diri adakah kita dah sempurna menutup aurat.. Kalau belum, sama-sama
kita ubah ye sayang.. Moga Allah SWT
redha dengan perjuangan kita menuju jalan-Nya.. (^_^)