Assalammualaikum WBT ukhwah fillah semua… Semoga kalian sihat dan dilindungi Allah SWT sentiasa..
Aamiin.. Hari ini adalah hari yang istimewa buat kita sebagai umat Islam kerana
hari ini kita menyambut Hari Raya Aidiladha.. Dikesempatan ini, saya ingin
mengucapkan salam Aidiladha buat kalian… Semoga Aidiladha kali ini memberi
seribu pengertian buat kita...
Tahun ini adalah tahun kedua
saya beraya di negeri orang tanpa keluarga tersayang… Keluarga saya selalunya akan buat ibadah korban
pada Hari Raya Korban, tapi untuk dua tahun ini keluarga saya mengambil
keputusan tidak membuat ibadat korban kerana saya tidak pulang beraya di
kampung..
(La tahzan wahai hati....) :)
(La tahzan wahai hati....) :)
Apa pun, saya terima semua ini
sebagai ketentuan dari Yang Maha Esa kerana saya tahu dan yakin setiap
perancangan Allah adalah tebaik... Semoga pengorbanan ini diberkati dan
deterima Ilahi dan kerana-Nya jua saya tekadkan azam dan kuat semangat harungi
semua ini.. J
P/S: Semoga teman-teman
yang turut berjauhan dari keluarga tercinta demi berjuang menuntut ilmu terus tabah, sabar, cekal dan tidak berputus asa.. Moga redha dan
rahmat Ilahi sentiasa ada buat kita.. Aamiin.. J
Tiada ulasan:
Catat Ulasan