Kenapa tajuk ini saya pilih untuk dikongsi bersama kalian?? Kerana ramai manusia sekarang lupa untuk menghargai dan bersyukur nikmat kurniaan Ilahi… L
Layakkah kita menghina
pakaian yang kita miliki lantaran ia tidak cantik di mata kita sedangkan masih
ramai sahabat kita di luar sana yang hanya mengimpikan pakaian untuk menutup
tubuh mereka dari bahang mentari dan dinginnya malam?? Andai pakaian yang kita
hina itu diberikan kepada mereka, betapa gembira kerana mungkin itulah pakaian
yang paling cantik yang pernah mereka miliki..
Teman, pantaskah kita mengcaci
makanan yang kita makan hanya kerana ia tidak menepati selera kita padahal
masih ramai sahabat diluar sana yang kebuluran kerana tiada makanan untuk
mengisi perut mereka.. Makanan yang kita hina itu mungkin makanan paling lazat
sepanjang hayat mereka dan mereka pasti menghargainya…
tergamakkah kita
mempertikaikan setiap nikmat dan anugerah yang Allah SWT berikan, sedangkan
ramai lagi insan di luar sana yang mengimpikan hidup seperti kita.. Sanggupkah
kita menjadi hambaNya yang sombong terhadap segala nikmatNya sedang kita hanya
insan yang lemah dan hina di muka bumiNya yang luas in?? Jadilah hambaNya yang
sentiasa bersyukur dengan nikmatNya setiap saat… Semoga kita dijauhkan daripada menjadi
hambaNya yang kufur nikmat… Aamiin… J
P/S: Bersyukurlah sebelum
terlambat…. Ingatlah segala yang Allah SWT pinjamkan kepada kita di dunia ini
adalah sementara dan Allah SWT boleh mengambilnya kembali kerana semua itu
sebenarnya milikNya... J
Tiada ulasan:
Catat Ulasan