Isnin, 4 November 2013

SALAM MAAL HIJRAH

Assalamualaikum WBT ukhwah fillah semua… Salam Maal Hijrah saya ucapkan  buat kalian.. Semoga dosa-dosa kita pada  
tahun lepas diampunkan oleh-Nya dan semoga tahun baru 1435 Hijrah ini menambahkan amal ibadat dalam usaha mendekatkan kita kepada-Nya dan mendapat mardhotillah daripada-Nya.. In Syaa Allah menjadikan kita hamba-Nya yang lebih soleh/solehah.. Aamiin.. J



P/S: Jaga diri, jaga hati dan jaga iman… J

Selasa, 15 Oktober 2013

SALAM AIDILADHA

Assalammualaikum WBT ukhwah fillah semua… Semoga kalian sihat dan dilindungi Allah SWT sentiasa.. Aamiin.. Hari ini adalah hari yang istimewa buat kita sebagai umat Islam kerana hari ini kita menyambut Hari Raya Aidiladha.. Dikesempatan ini, saya ingin mengucapkan salam Aidiladha buat kalian… Semoga Aidiladha kali ini memberi seribu pengertian buat kita...



Tahun ini adalah tahun kedua saya beraya di negeri orang tanpa keluarga tersayang…  Keluarga saya selalunya akan buat ibadah korban pada Hari Raya Korban, tapi untuk dua tahun ini keluarga saya mengambil keputusan tidak membuat ibadat korban kerana saya tidak pulang beraya di kampung..
(La tahzan wahai hati....) :)

Apa pun, saya terima semua ini sebagai ketentuan dari Yang Maha Esa kerana saya tahu dan yakin setiap perancangan Allah adalah tebaik... Semoga pengorbanan ini diberkati dan deterima Ilahi dan kerana-Nya jua saya tekadkan azam dan kuat semangat harungi semua ini..  J

P/S: Semoga teman-teman yang turut berjauhan dari keluarga tercinta demi berjuang menuntut ilmu terus tabah, sabar, cekal dan tidak berputus asa.. Moga redha dan rahmat Ilahi sentiasa ada buat kita.. Aamiin.. J

Ahad, 8 September 2013

'DOSA-DOSA SEMALAM'

Assalammualaikum WBT ukhwah fillah semua… Semoga kita semua sentiasa didalam rahmat dan keredhaaNya.. Aamiin.. Alhamdulillah masih diberi peluang olehNya untuk mencoret sesuatu buat tatapan bersama.. J Coretan saya kali ini berkisar tentang diri yg berdoasa kembali kepadaNya…

Kadang2 bila kita tiba2 teringat dgn kekhilafan kita yg lepas, pasti kita akan rasa betapa kerdilnya diri kita di sisiNya.. Tp percayalah setiap apa yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya dan mungkin disebabkan kita lalui semua itu, kita jadi "kita" sekarang.. Allah tak jadikan sesuatu itu sia-sia.. Syukur kepadaNya kerana masih diberi kesempatan untuk mendekatkan diri kepadaNya dan bertaubat atas dosa-dosa semalam.. Semoga ruang hidup yang masih ada dapat kita manfaatkan ke jalan yang diredhaiNya.. In Syaa Allah, aamiin… 




Setiap peristiwa yang kita lalui jadikan ibrah dlm hidup.. Setiap perancangan Allah SWT adalah yang terbaik.. Alhamdulilllah.. 

Allah tak beri apa yang kita nak, tapi Allah bagi apa yang kita perlu.. Sebagai hambaNya, kita perlulah bersabar, redha dan sentiasa bersangka baik terhadapNya walau apa keadaan sekalipun.. In Syaa Allah…. Aamiin.. J

P/S:Semoga kita sentiasa ikhlas, khusyuk, istiqomah dan muhasabah diri dalam melaksanakan ibadat kepadaNya… Semoga juga kita tergolong dalam kalangan hambaNya yang bertaqwa.. Aamiin.. :)

Sabtu, 31 Ogos 2013

MERDEKAKAH KITA???

Assalammualaikum WBT ukhwah fillah semua.. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana masih lagi diberi peluang  menghirup udara segar ciptaan-Nya hari ini.. 

Selamat Ulangtahun Kemerdekaan yang ke 56 tahun saya ucapkan kepada kalian.. J Alhamdulillah.. Dlm menikmati kemerdekaan, kadang2 kita tidak sedar yg kita masih dijajah..Penjajahan yang saya maksudkan ialah dari segi cara hidup kita..

Contoh penjajahan dari segi pergaulan (terutama umat Islam ) telah dibutakan sekian lama oleh penjajah.. Dalam Islam kita diseru supaya menjauhi zina dan cinta sewajarnya berpaksikan kepada Ilahi.. Namun penjajah telah men’brain wash’ pemikiran remaja Islam mengenai definisi cinta yg bertentangan dengan syariat Islam  melalui televisyen, akhbar, majalah, novel dan media sosial yang sememangnya menjadi medium untuk mereka menjalankan agenda tersembunyi.. 


Kita turut disajikan dengan fesyen moden yang tidak mengikut syariat agama.. Penjajah sentiasa mengintai peluang untuk merosakkan imej Islam.. Cara pemakaian yang mereka terapkan secara terang-terangan bertentangan dengan yang dituntut syarak.. Umat Islam dilekakan dengan perubahan zaman dan moden dlm berfesysen, sedangkan tiada istilah perubahan zaman menjalankan syariat Islam.. Aurat wanita dan lelaki wajib untuk dilindungi, bukan untuk diperagakan.. Islam sangat-sangat menjaga soal aurat setiap umatnya walaupun disaat jasad tidak lagi bernyawa..

Semakin hari sunnah-sunnah Rasulullah yang kita cintai semakin dilupakan.. L Hiburan diserapkan dalam jiwa umat  juga sangat keterlaluan..Kebanjiran rancangan realiti hiburan yang tumbuh bak cendawan lebih tertumpu kepada golongan remaja yang pastinya akan bakal menjadi pemimpin negara... 

Yang paling menyedihkan adalah apabila ibubapa mengizinkan dan memberi sokongan penyertaan terutama anak2 gadis mereka dlm rancangan hiburan.. Bukankah ibabapa sepatutnya mengisi setiap jiwa anak-anak dengan pengisian yang bermanfaat seperti tuntutan agama?? Dalam Islam, berhibur tidak salah tapi berhibur jangan sampai melampaui batas.. Sesungguhnya Allah benci hambaNya yang melampaui batas..

Nauzubillah.... :'(

P/S: Merdeka bukan hanya dari segi fizikal, tapi juga pengisian rohani.. Railah kemerdekaan dengan pengertian “merdeka” yang sebenar… J

Sabtu, 10 Ogos 2013

SALAM IDULFITRI

Assalamualaikum WBT ukhwah fillah semua.. Alhamdulillah, malam ni dah masuk 4 Syawal 1434 Hijrah dan bermakna sudah 4 hari Ramadhan meninggalkan kita.. Semoga kita diberi peluang  untuk bertemu lagi dengan bulan mulia Ramadhan pada tahun depan dan tahun-tahun yang seterusnya… In Syaa Allah, aamiin.. J 

Syukur Alhamdulillah kerana Allah SWT memberi keizinan untuk kita meraikan kemenangan ini.. Semoga kemenangan kita kali ini lebih bermakna dari tahun-tahun lepas dan menjadikan kita hamba-Nya yang lebih beriman dan bertaqwa… Aamiin.. J Di kesempatan post saya kali ini juga, saya ingin mengucapkan Salam Idul Fitri buat kalian semua… Taqobalallahu minna wa minkum.. Maaf zahir dan batin.. J


Rabu, 10 Julai 2013

RAMADHAN TIBA LAGI...

Assalammualaikum WBT… Malam ini dah masuk 2 Ramadhan 1434 Hijrah... Mungkin masih belum terlambat untuk saya ucapkan salam Ramadhan Al Mubarak buat sahabat fillah semua…. Alhamdulillah, Ramadhan yang dirindui tiba lagi…. Semoga Ramadhan kali ini lebih memberikan kita lebih pengertian dan penghayatan..  :) 



P/S: Puasa jgn x puasa.. Hehehe.. :D

Isnin, 1 Julai 2013

HIDUPLAH KERANA ALLAH SWT

Assalamualaikum WBT ukwah fillah… Alhamdulillah masih diberi peluang untuk mencoretkan sesuatu buat kalian setelah menyepi buat seketika waktu dek kesibukan diri dan tahap kesihatan yang tidak mengizinkan..

Entri kali ini saya ingin berkongsi sedikit kekesalan dan kesedihan saya tentang tingkahlaku atau tabiat sesetengah umat Islam yang berada di sekeliling saya.. Saya sedih bila ada diantara umat Islam yang tidak menitik beratkan tentang suruhan utama Allah SWT iaitu solat... 

Bila terdengar azan yang menandakan telah masuk waktu solat, seolah-olah tidak ada rasa tanggungjawab mereka untuk melaksanakan tiang agama itu di awal waktu.. Ada juga yang sengaja menunda-nunda untuk menunaikan solat dan akhirnya, solatnya di akhir waktu.. Yang paling tragis bila mereka tidak menunaikan solat... Seolah-olah solat hanya perkara main-main dan tidak penting langsung bagi mereka... 

Sebagai hamba yang kerdil dan hina dimuka bumi Allah SWT ini seharusnya kita bersyukur dengan segala nikmat yang Allah berikan kepada kita dengan melaksanakan ketaatan terhadapNya... Bukankah bila seorang hamba itu tidak melaksanakan suruhan Allah, dia adalah seorang hamba yang tidak tahu bersyukur dan merasakan dirinya lebih hebat daripada Allah?? Semoga mereka semua kembali menyembah kepadaNya... Aamiin.... :)

P/S: Hiduplah kerana Allah SWT dan hargailah nikmat hidup yang dipinjamkan oleh Allah SWT sewajarnya agar kita tidak merasa rugi di kemudian hari… Pesanan dan ingatan buat diri sendiri juga… Semoga hidup kita semua akan sentiasa dilimpahi rahmatNya… In Syaa Allah.. Aamiin… J

Ahad, 21 April 2013

SANAH HELWAH BUAT DIRI.... (^_^)

Assalamualaikum WBT, ukhwah fillah semua… Syukur Alhamdulillah, hari ini genap usia saya 23 tahun… Alhamdulillah... Semoga hidup saya  di hari esok dan hari-hari seterusnya lebih baik daripada hari ini..

Saya tak perlukan hadiah daripada sesiapa, kerana hadiah yang terbaik dan terindah dalam hidup saya adalah apabila melihat mak dan ayah saya sentiasa tersenyum bahagia... Kebahagiaan mereka adalah kebahagian saya... :)


Semakin meningkat usia, semakin dekat diri dengan pertemuaan dengan Allah SWT.. Semoga Allah mengizinkan diri ini untuk terus menikmati perjuangan hidup dan memperbaiki kelemahan diri dalam usaha mengapai mardhotillah dan cintaNya yang hakiki... J

Moga dengan meningkatnya usia saya ini, meningkat juga amal, taqwa dan kualiti ibadat saya yang saya kumpulkan di dunia ini untuk destinasi akhirat yang abadi... Dan semoga saya terus istiqomah dalam usaha menjadi muslimah solehah yang sejati dan dipermudahkah segala urusan... In Syaa Allah... Aamiin.. Kalian doakan untuk saya juga ye...  J

P/S:  Semoga Allah SWT  sentiasa memayungi dan mengiringi hidup ini dengan kasih sayang dan keredhaanNya.. Aamiin…

Sabtu, 20 April 2013

MAAFKANLAH...

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang… Assalamualaikum WBT, ukhwah fillah yang saya sayang kerana Allah SWT semua..  Entri  pada kali ini bertajuk  “ Maafkanlah… “.


Pernahkah kalian merasa disakiti, dihina, dilukai atau dikhianati? Adakah kalian merasakan sukar untuk memaafkannya? Atau kalian merasakan dia tidak layak untuk menerima kemaafan dari kalian lantaran kalian merasakan kesilapannya itu  terlalu besar kepada kalian?

Memang memaafkan itu sesuatu yang amat sukar untuk dilakukan, apatah lagi jika berkaitan dengan kesilapan yang besar.. Tapi apakah manfaat yang kita perolehi andai terus memendamkan kemarahan atau lebih kronik apabila ia menjadi dendam… Jadilah seorang pemaaf, bukan seorang pendendam…



Kita hanya manusia biasa dan selalu dan banyak melakukan kesilapan.. Mungkin kita juga pernah buat silap kepada seseorang tanpa sedar.. Jadi kenapa tidak kita merendahkan dan melembutkan hati kita untuk memaafkan kesilapan insan lain terhadap kekhilafannya itu.. Maafkanlah kerana ia pasti akan memutihkan yang hitam dan menjernihkan yang keruh... Jangan biarkan hati kita diselubungi dengan kebencian dan dendam... :) 

Allah SWT itu sifatNya Maha Pengampun, jadi mengapakah kita hambaNya tidak mampu untuk memaafkan kesilapan sesama insan??

Mungkin akan ada yang mengatakan "Itu Allah, kita hanya hambaNya yang lemah"... Oleh kerana kita hambaNya yang lemahlah kita perlu menjadi pemaaf sesama kita.. Jadi sahabat, marilah kita sama-sama muhasabah diri… J



Allah SWT berfirman:
“…dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak suka bahwa Allah mengampunimu? Dan Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang.” (QS. An Nuur, 24:22)

 … dan jika kamu maafkan dan kamu santuni serta ampuni (mereka), maka sungguh, Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang. (QS. At Taghaabun, 64:14)


Sabda Rasulullah SAW:
Siapa yang memberi kemaafan (ke atas kesalahan orang), padahal ia mampu bertindak balas (di atas perbuatan tersebut), Allah akan memaafkannya, dihari yang susah” (Riwayat Thobroni)



Sebelum kalian lelapkan mata dan di alam lena, maafkanlah segala kesilapan insan lain terhadap kita dan mohonlah pada Allah SWT agar insan lain turut memaafkan kesilapan kita kerana kita tidak tahu adakah esok masih ada untuk kita..Semoga Allah SWT memudahkan segala urusan kita dan meletakkan kita di kalangan hamba-hambaNya yang beriman dan bertakwa… Aamiin…J


P/S: Maaf andai entri kali ini agak panjang… J Semoga kita sama-sama mendapat maafaat daripada perkongsian pada kali ini.. Jangan lupa sentiasa memohon kemaafan dan memaafkan sesama kita… Moga hidup jadi lebih indah… J

Sabtu, 13 April 2013

NIKMAT ILAHI

Assalamualaikum WBT, ukhwah fillah… Alhamdulillah kerana Allah SWT masih mengizinkan saya untuk mencatatkan ilham yang Dia hadirkan dalam fikiran saya ini... Allah SWT telah meminjamkan kepada kita pelbagai nikmat yang kadang-kadang kita sendiri tidak sedar tentang kehadiran nikmat itu… Saya ingin mengajak kalian sama-sama  muhasabah diri...




Cuba lihat dan gerakkan tangan beberapa kali… Pernah tak kalian terfikir bagaimana tangan kita ni bergerak dan memainkan fungsinya? Pastinya semua itu adalah kehendak dan kuasa Allah SWT… Pernahkah terlintas pada fikiran kalian, bagaimana andai satu hari nanti tangan yang  ini tiba2 hilang atau tidak dapat berfungsi lagi? Oleh itu, hargailah anugerah itu dengan sebaiknya dengan menggunakannya hanya untuk perkara kebaikan…

Terlalu banyak anugerah yang Allah berikan kepada kita.. Tapi, adakah kita menyedari dan mesyukurinya?

Sahabat, masih ramai sahabat kita yang tidak mampu memiliki yang apa yang sedang kita miliki sekarang, jadi bersyukurlah dan gunakanlah nikmat itu dengan sebaiknya… Jadikanlah nikmat itu sebagai alat untuk  kita mengumpul sebanyak mungkin pahala, bukannya dosa…

Betapa banyaknya nikmat Allah SWT yang kita rasai, namun seringkali kita sebagai hambaNya salah guna nikmat itu.. Natijahnya, kita sendiri yang rugi... Bersama-samalah kita muhasabah diri agar mampu menjadi hambaNya yang sentiasa redha, syukur dan bahagia serta menggunakan nikmat itu untuk menghampiriNya...

P/S: Sama2 muhasabah diri dan hargailah nikmatitu dengan sebaiknya.. Pesanan buat  diri sendiri dan sahabat…

Jumaat, 5 April 2013

SOLEHAHKAH SAYA??/

Assalamualaikum WBT, ukhwah fillah semua..  Alhamdulillah,  di hari yang mulia ini kita masih dipinjamkan nikmat hidup daripada Allah SWT.. Tajuk entri saya pada kali ini adalah “Solehahkah saya??? ”..

 Bila sebut pasal “solehah”, terasa rindu kepada mak dan ayah dikampung semakin kuat..Terasa sebak dihati ini menahan sebuah kerinduan…




Seringkali saya terbaca dan mendengar kata-kata "saya ingin menjadi isteri solehah untuk suami", namun jarang terdengar kata-kata "saya ingin menjadi anak solehah untuk insan mulia bergelar emak dan ayah"..

Kenapa jadi begitu???  Saya tidak bermaksud untuk menidakkan kewajipan untuk menjadi seorang isteri solehah, tapi alangkah lebih baik kita menjadi anak yang solehah terlebih dahulu buat insan yang telah banyak berkorban untuk kita dari kecil hingga sekarang… Mari kita muhasabah diri kita sama-sama, adakah kita sudah cukup solehah buat ibubapa…


Lupakah kita susah payah ayah menanggung segala yang berkait dengan kita selagi kita belum berkahwin dan syurga kita di bawah tapak kaki emak selagi kita belum mendirikan rumah tangga??

Mereka telah banyak  menabur kasih sayang dang mengharungi pelbagai pengorbanan untuk kita.. Andai diberi satu dunia bersama isinya, pasti masih tidak mampu untuk membalas segala yang mereka  berikan kepada selama ini.. Terlalu besar apa yang mereka titipkan buat kita selama ini..

Merekalah yangbekerja keras mencari rezeki halal buat kita, memberi kita didikan agama, berjaga malam untuk kita, menangis kerana kita, terlalu banyak hingga tak mampu untuk dicongak lagi.. 

Hargailah emak dan ayah selagi mereka masih ada disisi kita.. Jadilah anak yang menyejukkan hati mereka, yang menjadi penghibur di kala mereka duka, yang menjadi kebanggaan mereka, yang menjadi “tulang belakang” di usia tua mereka dan yang menjadi “harta” mereka di saat mereka sudah tiada…



Andai kita mempunyai impian untuk menjadi isteri yg solehah buat suami yg soleh, maka jadilah anak yang solehah buat kedua ibubapa terlebih dahulu.. Kenapa?? Kerana jika kita mampu menjadi anak yang solehah, InsyaAllah secara automatik kita juga mampu menjadi isteri yang solehah.. In Syaa Allah...

Jangan kerana nak kahwin atau selepas kahwin baru kita nak jadi solehah, kerana solehah perlu dipupuk dalam diri sebelum itu lagi.. Semoga segala  impian dan harapan dimakbulkan Ilahi.. InsyaAllah… Aamiin… J Jom muhasabah…



P/S: Didiklah diri menjadi anak yang solehah buat ibubapa sebelum memasang impian menjadi zaujah solehah buat zauji soleh… J

Ahad, 31 Mac 2013

BERSYUKURLAH...

Assalamualaikum WBT, ukhwah fillah.. Semoga kita semua sentiasa di dalam redha Ilahi.. Rindunya ingin berkongsi ilmu dengan kalian.. J Entri saya kali ini adalah tentang syukur.. 

Kenapa tajuk ini saya pilih untuk dikongsi bersama kalian?? Kerana ramai manusia sekarang lupa untuk menghargai dan bersyukur nikmat kurniaan Ilahi…  L


Layakkah kita menghina pakaian yang kita miliki lantaran ia tidak cantik di mata kita sedangkan masih ramai sahabat kita di luar sana yang hanya mengimpikan pakaian untuk menutup tubuh mereka dari bahang mentari dan dinginnya malam?? Andai pakaian yang kita hina itu diberikan kepada mereka, betapa gembira kerana mungkin itulah pakaian yang paling cantik yang pernah mereka miliki..

Teman, pantaskah kita mengcaci makanan yang kita makan hanya kerana ia tidak menepati selera kita padahal masih ramai sahabat diluar sana yang kebuluran kerana tiada makanan untuk mengisi perut mereka.. Makanan yang kita hina itu mungkin makanan paling lazat sepanjang hayat mereka dan mereka pasti menghargainya…



tergamakkah kita mempertikaikan setiap nikmat dan anugerah yang Allah SWT berikan, sedangkan ramai lagi insan di luar sana yang mengimpikan hidup seperti kita.. Sanggupkah kita menjadi hambaNya yang sombong terhadap segala nikmatNya sedang kita hanya insan yang lemah dan hina di muka bumiNya yang luas in?? Jadilah hambaNya yang sentiasa bersyukur dengan nikmatNya setiap saat…  Semoga kita dijauhkan daripada menjadi hambaNya yang kufur nikmat… Aamiin… J



P/S: Bersyukurlah sebelum terlambat…. Ingatlah segala yang Allah SWT pinjamkan kepada kita di dunia ini adalah sementara dan Allah SWT boleh mengambilnya kembali kerana semua itu sebenarnya milikNya... J

Selasa, 12 Februari 2013

JODOH...


Assalamualaikum WBT,ukhwah fillah .. Tajuk entri saya pada kali ini adalah tentang JODOH.. J

Pastinya dalam melayari hidup ini kita inginkan setiap apa kita lakukan sentiasa mendapat keberkatan dan keredhaan Allah SWT di dunia dan di akhirat kan..  Begitu jugalah berkaitan dengan jodoh..

Jodoh adalah rahsia Allah SWT.. Dulu saya pernah terfikir, siapakah jodoh saya, layakkah saya untuk dia, bolehkah dia terima saya seadanya dan macam-macam lagi persoalan yang berlegar-legar di dalam kotak fikiran saya.. J 

Tapi sekarang, bila saya muhasabah diri dan banyak belajar mengenainya, saya rasa saya tak perlu terlalu memikirkan soal jodoh kerana ia adalah urusan Allah dan pastinya Allah dah tentukan siapa jodoh saya sejak azali lagi.. Adalah lebih baik saya sibukkan diri saya dengan mencintai Allah SWT dan mensolehahkan diri terlebih dahulu dan semoga Allah memberikan jodoh yang baik untuk saya.. 

Semoga Allah SWT menganugerahkan kepada saya seorang suami yang soleh kerana terdidiknya seorang isteri kerana solehnya suami.. Begitu  juga buat  kalian yang saya sayang kerana Allah SWT.. In syaa Allah, aamiin..

……………………………………………………………………………………………

CORETAN HATI SEORANG WANITA



Jodoh adalah satu anugerah yang terindah pemberiaan Allah SWT kepada hambaNya.. Andai suatu hari nanti jodoh saya tiba, InsyaAllah saya akan menerima jodoh itu dengan hati yang terbuka samada jodoh itu pilihan hati atau pilihan ibubapa.. Semoga saya redha dengan apa yang Allah tetapkan kerana pilihan Allah SWT adalah yang terbaik kerana Dia lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya.. J Sebagai wanita suatu kewajipan untuk saya mencintai dan mentaati insan yang telah Allah SWT tetapkan buat saya sejak di Luth Mahfuz.. Betapa bertuah dan bersyukurnya diri ini andai anugerah itu saya perolehi kerana tidak semua insan dapat memilikinya.. J

Jodoh dan hidup bersama insan yang dicintai hingga ke akhir hayat?? Tak semua yang dapat peluang itu kerana kadang-kadang Allah tidak akan beri apa yang kita ingin tapi Allah beri apa yang kita perlu.. Boleh jadi apa yang kita suka, tidak baik untuk kita dan apa yang kita tidak suka itu mungkin yang terbaik untuk kita.. Sesungguhnya Allah SWT Maha Mengetahui setiap sesuatu di langit dan di bumi… Bersangka baiklah sentiasa  kepadaNya.. J



Sebelum jodoh itu tiba, saya perlu memperbaiki diri saya untuk menjadi muslimah yang solehah.. Saya perlu lebihkan usaha untuk menjadi yang solehah daripada usaha untuk mencari yang soleh.. Saya yakin dengan kalam Allah SWT bahawa wanita yang baik untuk lelaki yang baik, begitu juga sebaliknya.. Saya perlu periksa dan muhasabah diri adakah apa yang Dia perintahkan sudah saya laksanakan dan adakah ibadat itu telah saya lakukan dengan sempurna dan diterimaNya.. Saya perlu berusaha mengapai cintaNya terlebih dahulu sebelum menyerahkan cinta itu kepada insan yang ditetapkan untuk saya tanpa berkurang cinta saya terhadapNya.... J




Cinta… Saya yakin pada perasaan cinta kerana saya juga insan biasa yang memiliki naluri untuk rasa dicintai, menyintai, dikasihi, dirindui, dibelai, dihargai dan dilindungi oleh insan yang benama suami.. Semoga cinta yang bakal hadir dalam diri ini adalah cinta kerana Ilahi.. Saya tak ingin cinta yang dimurkai dan tidak diredhai.. Biarlah cinta itu menambahkan lagi ketaatan dan cinta kami kepadaNya.. Dan semoga insan yang bakal menjadi suami saya adalah insan yang memiliki agama yang teguh dan pekerti yang luhur dan dapat memimpin saya dan bakal zuriat kami di dunia dan di akhirat, In syaa Allah hingga ke Jannah.. Aamiin..  J

Kalian doakan saya ye.. Syukran…J

-Cik Fatin Syuhaidah-
……………………………………………………………………………………………………………….

P/S: Anugerah yang ALLAH SWT berikan terlalu indah dan berharga untuk  hambaNya… Hargailah ia dengan pandangan mata hati.. J

Jumaat, 1 Februari 2013

ALLAH MAHA BIJAKSANA

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih  lagi Maha Penyayang…

Assalamualaikum WBT, ukhti wa akhi semua.. Salam Jumaat juga kepada kalian.. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW.. J  Pada entry kali ini saya ingin membicarakan tentang kekuasaan Allah SWT.

Segala yang berlaku di langit dan di bumi adalah atas kehendakNya dan setiap ciptaan Allah SWT pastinya ada keunikan dan keistimewaan tersendiri.  

Tapi adakah kita sedar dan teliti setiap apa yang Allah ciptakan terutama  yang berada di sekeliling kita???  Tepuk dada, tanya iman.. J

Saya ambik contoh dari segi bahasa.. Pernah tak kalian terfikir bagaimana dari satu bahasa iaitu bahasa Arab yang menjadi bahasa pertuturan Nabi Adam boleh berkembang kepada begitu banyak bahasa di dunia ni?

Contoh paling senang, di negara Asia sendiri dah pelbagai bahasa berlainan yang menjadi pertuturan negara yang berlainan. Dalam negara kita sendiri dah banyak bahasa kan.. Ada bahasa melayu, cina dan india, belum lagi bahasa bangsa lain yang terdapat di negeri Borneo.. Malah bahasa melayu dituturkan dalam pelbagai dialek mengikut neger masing-masing.. Subhanallah, sesungguhnya Allah SWT Maha Bijaksana.. J

P/S: Sahabat, indah dan unik kan ciptaan Allah SWT.. J Dunia ni meriah dengan pelbagai bahasa dan sesungguhnya Allah SWT Maha Mengetahui.. J

Khamis, 24 Januari 2013

SEMARAK CINTA RASULULLAH SAW


Assalamualaikum WBT, ukhwah fillah semua .. Syukur Alhamdulillah kita masih mampu bernafas dan sama-sama meraikan Maulidur Rasul SAW pada  hari ini, 12 Rabiulawal 1434 Hijrah.. 

Di pagi yang mulia ini marilah kita sama-sama memperbanyakkan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW dan semoga amalan ini kita dapat lakukan secara istiqomah pada hari esok dan hari-hari seterusnya, aamiin..

SELAWAT RASULULLAH SAW

Kita sering mengatakan bahawa kita cinta dan rindu terhadap  baginda SAW, tetapi apakah yang telah kita lakukan untuk membuktikan rasa cinta dan rindu kita itu??? 

Rasulullah SAW telah meninggalkan terlalu banyak sunnah untuk diamalkan oleh umat Baginda SAW dan sebagai umat Baginda SAW, marilah kita bersama-sama menyemarakkan cinta terhadap  Rasulullah SAW dengan menghidupkan, melaksanakan dan melestarikan sunnah Rasulullah SAW secara sedaya upaya kita dan istiqomah dalam kehidupan seharian kita..

Antara amalan sunnah Rasulullah SAW yang boleh kita amalkan adalah solat Tahajjud, solat Dhuha, membaca Al-Quran, solat berjemaah di masjid, sedekah setiap hari, jaga wudhu terus-menerus, dan amalkankan istighfar setiap hari.. Marilah kita sama-sama mengamalkannya.. 

Kalau tidak mampu untuk melakukan seperti yang di atas, paling kurang pun kita laksanakan sunnah Rasulullah SAW seperti cara Baginda memotong kuku, makan, berpakaian, berbicara dan lain-lan lagi.. Semoga kita menjadi hamba Allah SWT dan umat Nabi Muhammad SAW yang sentiasa bersyukur.. InsyaAllah, aamiin..

Betapa bertuahnya kita menjadi umat Nabi Muhammad SAW.. Seharusnya kita bersyukur dan menghargai perjuangan dan pengorbanan Rasulullah SAW menegak dan menyebarkan agama Islam sehingga kita pada akhir zaman hari dapat menikmati nikmat Islam.. Semoga kita sentiasa berusaha menjadi umat Baginda SAW yang sentiasa menyintai dan merindui baginda dengan rasa cinta dan rindu yang sebenarnya.. InsyaAllah, aamiin.. J

Rasulullah SAW bersabda:

“Barang siapa yang menghidupkan Sunnahku berarti dia cinta kepadaku dan  barangsiapa yang cinta kepadaku, maka ia akan bersamaku di dalam syurga.”
(Hr. As Sajzi dari Anas)

Rasulullah SAW sangat menyintai umat Baginda sehingga di saat kewafatan Baginda, Baginda SAW masih risau akan keadaan umat Baginda selepas ketiadaan Baginda.. Sungguh besar rasa cinta Rasulullah SAW terhadap kita, umat Baginda SAW.. Subhanallah.. J 

Hargailah pengorbanan dan kasih sayang Baginda yang tidak ternilai untuk kita dengan penuh penghayatan.. Semoga kita memperolehi syafaat daripada Baginda SAW dan bersama-sama Baginda di hari akhirat kelak. InsyaAllah, aamiin.. J


P/S: Jom kita perbanyakan selawat ke atas junjungan besar Rasulullah SAW.. J

Ahad, 20 Januari 2013

KETENTUAN ILAHI...


Assalamualaikum WBT, ukhwah fillah semua…  Segala puji bagi Allah , Tuhan sekalian alam dan selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW..

Dalam mengharungi hidup pinjaman Ilahi ni, kita pasti sering menghadapi sesuatu yang berada di luar kotak fikiran kita kan… Lain yang kita harapkan, lain yang kita dapat..  Lantas kedengaran keluhan dan rintihan di bibir dan di lubuk hati.. Ada kalanya jugak perkara yang pernah atau baru terlintas dalam benak dan hati kita benar-benar terjadi, pantas hati kita mebuat kesimpulan bahawa ianya hanya secara kebetulan.. 

Lupakah kita  bahawa setiap apa yang berlaku adalah ketentuan  Allah SWT dan setiap yang Allah jadikan pastinya berhikmah..??? Jadi tiada yang terjadi secara kebetulan di langit dan di bumi melainkan di atas kehendak Allah SWT yang Maha Kuasa.. Bersangka baiklah kepada Allah SWT kerana sesungguhnya Allah Maha Mengetahui.. 



“Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan), sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang Mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.”
(Al-Baqarah:216)

"Dan pada sisi Allah jualah anak kunci perbendaharaan segala yang ghaib, tiada sesiapa yang mengetahuinya melainkan Dia lah sahaja; dan Ia mengetahui apa yang ada di darat dan di laut; dan tidak gugur sehelai daun pun melainkan Ia mengetahuinya, dan tidak gugur sebutir bijipun dalam kegelapan bumi dan tidak gugur yang basah dan yang kering, melainkan (semuanya) ada tertulis di dalam kitab (Lauh Mahfuz) yang terang nyata."
(Al-An'aam: 59)




Sebagai hambaNya yang kerdil dan lemah di muka bumi Allah SWT, kita seharusnya bersyukur dan redha kepada Allah di atas setiap ketentuanNya terhadap diri kita.. Allah lebih mengetahui apa yang terbaik buat hambaNya.. Alhamdulillah.. 

Terimalah setiap apa yang dihadirkan olehNya dalam hidup kita dengan senyuman.. Walaupun ia kadang-kadang pahit untuk ditelan tapi percayalah pasti ada kemanisannya di kemudian hari.. InsyaAllah.. Sesungguhnya ilmu kita hanya setitis jika dibandingkan dengan selautan ilmu Allah SWT.. Allah Maha Kuasa atas setiap sesuatu di langit dan di bumi.. Allah, Allah, Allah… 


P/S: Bersangka baiklah kepada Allah SWT walau apa pun yang terjadi kerana Dia Maha Mengetahui setiap di langit dan di bumi .. Semoga hati kita menjadi lebih tenang. Aamiin… J

Isnin, 14 Januari 2013

ISTIKHARAH CINTA


Assalamualaikum WBT ukhti wa akhi yang saya sayangi semua..Entri kali ini saya ingin membawa kalian kepada topik istikharah cinta.. Saat hati keliru antara dua pilihan, hanya kepada-Nya kita memohon petunjuk.. 

Hanya kepada Allah tempat kita mengadu dan meminta pertolongan.. Allah sentiasa rindu mendengar hambNya meminta dan berdoa kepada-Nya. 

Saat insan lain sedang lena dibuai mimpi, bangunlah dan dirikanlah solat istikharah pada 2/3 malam untuk mendekatkan diri kepada Allah dan memohon petunjuk daripada-Nya..



Hamba itu lebih hampir kepada Tuhannya, saat dia sujud...
Kala hati mula pasrah, segalanya terjawab melalui istikharah...
Istikharah hati mendebunga cinta dan menemukan jawapan...
Jawapan yang pasti, dalam memburu cinta Ilahi...


Bersaksi cinta diatas cinta
Dalam alunan tasbih ku ini
Menerka hati yang tersembunyi
Berteman dimalam sunyi penuh do'a

Sebut nama Mu terukir merdu
Tertulis dalam sajadah cinta
Tetapkan pilihan sebagai teman
Kekal abadi hingga akhir zaman

Istikharah cinta memanggilku
Memohon petunjukmu
satu nama teman setia
Naluriku berkata

Dipenantian luahan rasa
Teguh satu pilihan
Pemenuh separuh nafasku
Dalam mahabbah rindu

diistikharah cinta.. 

Sabtu, 12 Januari 2013

KUN FAYA KUN

Assalamualaikum WBT semua... Segala puji bagi Allah SWT yang telah mengizinkan kita untuk menikmati nikmat kurniaan-Nya yang sangat besar... Sesungguhnya tiada upaya untuk kita melakukan sesuatu melainkan dengan izin Allah.. 

Betapa lemahnya kita di muka bumi-Nya ini...  Apabila Allah bekehendak dan mengkehendakinya, Dan apabila Dia menetapkan sesuatu maka cukuplah dengan Allah berfirman kepadanya dengan kalimah "Jadilah, maka jadilah ia".. Subhanallah...Maha Suci Allah yang menjadikan setiap sesuatu.. Sesungguhnya janji Allah SWT itu benar.. 

[Al Baqarah:117]
Allah Pencipta langit dan bumi, dan bila Dia berkehendak sesuatu, maka Dia hanya mengatakan kepadanya: "Jadilah!" Lalu jadilah ia."

P/S: Marilah kita sama-sama menjadi hamba-Nya yang beriman, beramal dan bertaqwa kepada-Nya dengan istiqamah setiap hari.. InsyaAllah.. Aamiin..

Khamis, 10 Januari 2013

MATI ITU PASTI, HIDUP INSYAALLAH

Assalammualaikum WBT ukhwah fillah semua... Entri saya pada kali adalah tentang kematian.. Semoga kita bersedia saat kematian itu tiba... Aamiin...

Pada satu masa kita pasti akan dirisik,
Pertunangan sejak azali dan juga berlangsung perkahwinan dengan maut,
Hantarannya sakit dan nazak,
Tamu bertandang menghadiahkan tangisan dan melagukan yasin,
Lalu pengantin dimandikan dan dipakaikan kain putih,
Wangian gharu cendana jadi pelamin,
Kemudian pengantin bersanding sendirian,
Diarak keliling kampung dan dikompangkan azan dan kalimah qudus,
Akad nikah dengan talkin, berwalikan liang lahad dan bersaksikan batu nisan,
Siraman mawar daripada keluarga,
Malam pertama bersama kekasih berdindingkan tanah dan menuntut janji perkahwinan…

“Setiap yang hidup pasti akan merasai mati”     

Sesungguhnya kematian adalah suatu kepastian yang tak dapat dipercepatkan atau ditunda walau sesaat.. Ia datang tak kira masa, tempat atau keadaan.. Persoalannya adakah kita bersedia menghadapinya?? Subhanallah.. Peringatan buat diri sendiri dan sahabat seagama sekalian.. Semoga disaat kematian kita, kita medapat husnul khotimah.. InsyaAllah.. Aamiin.. :)