Khamis, 10 Mac 2016

FILEM KITA

Assalammualaikum  WBT, sahabat fillah.. Rupa-rupanya bulan ni dah masuk bulan ke 10 saya tak kongsi apa-apa kat dinding blog ni.. Subhanallah, cepatnya masa berlalu.. Rindunyee saya nak kongsi nukilan saya dengan kalian semua.. Semoga kalian semua sentiasa dalan rahmat dan perlindungan-Nya.. Aamiin..

Post kali ini, saya nak sentuh tentang filem yang selalu ditonton oleh majoriti rakyat Malaysia yang semakin hari semakin “tenat”.. Sahabat, sebut je “filem kita”, mesti kita terbayang cerita tentang hantu, gangster dan cinta kan..

Cerita hantu contohnya, tidak sewajarnya wujud dalam negara kita yang majoritinya beragama Islam.. Cerita–cerita seperti ini hanya memaparkan negatif pada pemikiran penonton terutama kepada generasi muda yang baru mengintai erti hidup.. Saya bimbang jika cerita2 begitu terus disajikan kepada penonton, akidah seseorang yang bergelar Islam akan terpesong.. Hasilnya generasi muda lebih takut pada “hantu” daripada takutkan Allah SWT.. Nauzubillah min zalik.. L

Begitu juga cerita gangster dan cinta.. Cerita gangster hanya memaparkan nilai negatif yang hanya akan merosakkan akhlak generasi muda yang menontonnya.. Cerita cinta yang dipaparkan pula lebih kepada cinta manusia yang boleh dikategorikan sebagai keterlaluan.. Cerita “cinta islamik” yang dipaparkan pula tidak “seislamik” tajuk cerita.. Banyak ‘kelompongan’ yang wujud..

Kalau dilihat secara total, pandangan saya tentang filem kita adalah negatif.. Bukan bermaksud, tiada nilai2 positif dalam filem kita, tapi nilai negatif lebih banyak berbanding nilai positif.. Dan nilai2 negatif itu telah menyerap masuk dalam kehidupan generai muda.. Sungguh menyedihkan… L


P/S: Tutup je televisyen kalau ada cerita-cerita yang tak bermanfaat macam tu kat TV.. Ambil wudhuk, baca Al-Quran, banyak lagi “cerita” yang belum kita baca dan faham… J

Tiada ulasan:

Catat Ulasan