Selasa, 21 April 2015

FESYEN

Assalamualaikum WBT sahabat fillah semua…  Kaifa halukum.. Moga kalian sentiasa dalam perlindunganNya.. In Syaa Allah… Aamiin… Post saya hari ini adalah berkaitan fesyen.. Sebut pasal fesyen, ada yang berpersepsi positif, ada yang fikir negative dan yang tak rasa apa-apa pun.. Tak kisah la negatif atau positif, tu semua persepsi masing-masing…

Kat atas muka bumi Allah ni ada macam2 jenis fesyen.. Tengok kat Malaysia je, macam2 fesyen ada.. Hehehe.. Mungkin ada di kalangan sahabat yang tertanya-tanya soal hukum fesyen ni.. Sahabat sayang, hukum asal fesyen tak ada dalil soheh lagi soreh ( tepat lagi jelas) yang mengatakan fesyen itu haram.. Tak kira la apa jenis fesyen yang kita pakai, yang penting ikut syariat dan tak mendatangkan fitnah pada diri dan agama… J

Jom kita selongkar sikit fesyen yang dibenarkan syarak:
#Tidak ketat, longgar, tak nipis
#Tak menyerupai wanita kafir
#Tak tabbaruj
#Tak menyerupai lelaki
#Bukan pakaian dengan niat untuk menunjuk walaupun pakaian zuhud

Jadi sebelum kita keluar, check balik cara kita berpakaian ye… Moga Allah redha hidup kita di dunia dan di akhirat.. J


P/S: Ingat tau sahabat sekalian.. Islam bukan anti fesyen, tapi Islam anti dedah aurat dalam berfesyen.. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan